Dapat UNIQLO Thermo Mug Dan HWC Drip Bag Coffee Percuma
Uniqlo, salah satu brand pakaian yang saya suka. Kalah membeli menang memakai orang kata. Biarpun harganya agak mahal sikit tapi berbaloi dengan kualiti dan materialnya yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia ni terutamanya rangkaian AIRism Terbaik!

Saiz mug pun sangat sesuai bancuh 1 sachet kopi. Design thermo mug dengan pemegang yang comel. Cuma HWC Drip Bag Coffee je belum sempat saya rasmikan.


Untung dapat percuma sebab tak ada dijual di Uniqlo pun. Merchandise yang exclusive dan berguna bagi saya.
Kita ni pantang tau kalau Uniqlo ada buat promo atau bagi free gift. Cepat-cepat lah grab awal, Grab awal tak kalut. Biasanya beli awal kalau free gift tu berbaloi lah pada saya. Kalau tiada keperluan mungkin tidaklah kalut nak membeli.
Sekarang sedang berlansung Thank You Festival bermula 26 Mei sehingga 8 Jun 2023 untuk pembeli Uniqlo. Jadi dalam tempoh tu adalah beberapa barangan exclusive untuk diberikan kepada pelanggan Uniqlo dengan syarat-syarat tertentu. Antara barangannya ialah :
- UNIQLO Thermo Mug & HWC Drip Bag Coffee
- UNIQLO Cable Organizer Pouch
- And some Sweet Treats
Setiap gift ada tempoh dan syarat-syaratnya. Apa yang terpaling saya nak semestinya Thermo Mug dan HWC Drip bag coffee tu. Haruslah kan untuk peminat kopi. Nanti bolehlah kupi-kupi dengan mug baru.
Thermo mug pun lawa betul. Nampak exclusive! Nama pun thermo kan, sangat berguna untuk kekalkan kepanasan air. Dapat minum air kopi suam-suam pun best juga dari minum air kopi terbiar sejuk kalau buat kerja lama-lama tu kan.
Thermo mug pun lawa betul. Nampak exclusive! Nama pun thermo kan, sangat berguna untuk kekalkan kepanasan air. Dapat minum air kopi suam-suam pun best juga dari minum air kopi terbiar sejuk kalau buat kerja lama-lama tu kan.

Saiz mug pun sangat sesuai bancuh 1 sachet kopi. Design thermo mug dengan pemegang yang comel. Cuma HWC Drip Bag Coffee je belum sempat saya rasmikan.
baca juga

Didatangkan bersama penutup jenis flip. Mudah nak minum on the go tanpa perlu buka penutup utama. Dalam thermo mug ni stainless steel (SUS304). Tahan panas dan dapat menahan suhu panas lebih lama.

Selain warna hitam, ada satu lagi pilihan warna iaitu gold dan hitam. Macam cantik juga yang itu. Kalau ada rezeki bolehlah membeli dan dapat thermo mug percuma lagi selagi stok masa ada sebelum 8 Jun 2023.
Syarat untuk dapatkan thermo mug ni perlu membuat pembelian RM300 ke atas dalam 1 resit pembelian samaada online atau di store. Kalau terlebih shopping tu, jangan lupa minta. Kadang staff lupa nak bagi. Kan ke rugi kalau tak dapat melainkan kalau dah habis stok.
Syarat untuk dapatkan thermo mug ni perlu membuat pembelian RM300 ke atas dalam 1 resit pembelian samaada online atau di store. Kalau terlebih shopping tu, jangan lupa minta. Kadang staff lupa nak bagi. Kan ke rugi kalau tak dapat melainkan kalau dah habis stok.
Untung dapat percuma sebab tak ada dijual di Uniqlo pun. Merchandise yang exclusive dan berguna bagi saya.
Whoaaa..Hadiah yang bergunaaaa...Nanti ushar Uniqlo..tak pernah beli situ...
ReplyDeleteBerguna sangat ni nona...Shopping jangan tak shopping.
DeleteCantikkk
ReplyDeleteKann..nice sangat
Deletesuka juga mug mug tahan panas macam ni.
ReplyDeleteSedap dapat menikmati air panas gitu kan.
DeleteAlamak boleh tahan kena RM300 ke atas baru dapat. Hehe kalau peminat Uniqlo mungkin banyak benda hendak dibeli.
ReplyDeleteRM300 pun tak banyak dapat barangnya kak.
Delete