Penang vs JDT Live Streaming 3 Jun 2023 LS13

Pasukan Penang FC bertemu sekali lagi dengan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super 2023 minggu ketiga belas (LS13) selepas saingan perlawanan Suku akhir Piala FA 2023 pada 28 Mei lalu di Stadium Sultan Ibrahim.

Tahniah buat Skuad Harimau Selatan yang telah berjaya ke peringkat separuh akhir Piala FA 2023. Kedua-dua pasukan bertemu semula di Stadium Bandaraya Pulau Pinang bagi merebut 3 mata dalam saingan Liga Super 2023 minggu ketiga belas yang dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 pukul 8.15 malam.

Dalam perlawanan minggu kedua belas (LS12), Pasukan Penang FC kalah tipis menentang Pasukan Terengganu FC dengan 1 gol. Dengan kekalahan tersebut, Penang FC kekal ditangga ke-9 dengan 14 mata dalam Carta Liga Super 2023.

Johor Darul Ta'zim meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC (SPFC) apabila menewaskan pasukan itu 2-0 pada aksi

Manakala pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus cemerlang menambah 3 mata menentang Sri Pahang dengan 2 gol tanpa balasan. Sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super 2023 minggu kedua belas (LS12)

Pasukan Kelab Bolasepak JDT juga terus kekal mempertahankan di tangga teratas dalam carta Liga Super 2023 dengan 36 mata. Beza 8 mata dengan pasukan Kelab Bolasepak Selangor FC di tangga kedua.

Saingan hari kedua LS13 bakal menyaksikan sekali lagi pertembungan antara Skuad Harimau Kumbang dan Skuad Harimau Selatan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.


Pembelian tiket perlawanan Penang FC vs JDT

Peminat dan penyokong bola sepak pasukan Penang FC dan JDT yang ingin menyaksikan perlawanan Penang FC vs JDT dalam saingan Liga Super 2023 LS13 di Stadium Bandaraya, boleh mendapatkan tiket secara online melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung/ Live Streaming Penang FC vs JDT Liga Super 3 Jun 2023 LS13

Penonton dirumah boleh menyaksikan siaran lansung Liga Super 2023 antara penang FC melawan JDT yang akan disiarkan secara lansung menerusi saluran 803 astro Arena Bola. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, tonton menerusi astroGO dan platform penstriman Sooka seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra perlawanan.

Perlawanan Penang FC vs JDT Live Streaming LS13 2023 di platform penstriman Sooka, boleh melanggan dengan pas 1 perlawanan yang berharga RM7.90.

Penang vs JDT Live Streaming 3 Jun 2023 LS13

Siaran Lansung/Live Penang FC vs JDT (LS13)

Waktu siaran : Sabtu, 3 Jun 2023, pukul 8.15 malam
Tempat : Stadium Bandaraya Pulau Pinang
Siaran TV/ Platform penstriman  : astro Arena Bola (CH803), astroGo dan Sooka
Link streaming : Channel 1

Keputusan masa penuh perlawanan Penang FC vs JDT Liga Super 2023 (LS13)

FT : PENANG FC (0) - (2) JDT
 Corbin-Ong 18’
 Fernando Forestieri 85'


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.