Mencuba Gimbap Tuna Klasik Family Mart

Azhafizah MN
By -
10

Teringin makan sushi. Tiberrr... Dia macam ni tau. Nak makan nasi tapi tak nak makan nasi. Bosan agaknya makan nasi. Jadi kita pun rasa sushi lah pilihan yang tepat. Mudah dan sedap dimakan ganti nasi. 

Pesan pada encik suami beli sushi masa balik kerja nanti. Saya pesan, beli sushi macam dekat AEON tu. Maksudnya dalam satu pek ada pelbagai sushi. Disebabkan perjalanan balik kerja tak melalui AEON, singgah Family Mart je lah.

Sudahnya encik suami beli Gimbap! Gimbap pun gimbap lah. Sama je dengan sushi. Gimbap dari Korea, Sushi dari Jepun. Walaupun ada perbezaaan dari segi bahan dan pembuatannya, tetap lebih kurang je kot kan. 

Encik suami beli classic tuna gimbap (Gimbap tuna klasik) yang dipek dalam bekas. Dalam satu bekas ada 8 potong gimbap. Sorang makan 4 potong, jangan mengelat! Hihi...Tapi tulah kadang mampu makan 2 potong je. Lepas tu simpan dan makan kemudian.

Gimbap Tuna Klasik Family Mart

Pertama kali sebenarnya makan gimbap Family Mart ni sebab biasanya beli onigiri je. Saiz gimbap yang besar juga. Sepotong tak muat nak sekali masuk dalam mulut. Kena makan separuh separuh masuk mulut baru habis sepotong.

Ada hirisan timun jepun, tomago, lobak merah, isi tuna dan mayonnaise. Gimbap yang sedap cuma yang tak bestnya bila nasi tak cukup padat. Bila makan separuh tu berderai terus. Bagi yang makan terus sepotong memang tak ada masalah lah.

Gimbap Tuna Klasik Family Mart

Hidangan gimbap memang sedap dan ringkas. Sesuai buat bekal harian. Tapi nak membuatnya tu agak lecehlah. Agak costly juga sebab bahan-bahan tak berapa nak murah. Nak senang, beli je kalau teringin.

Selain suka makan sushi/gimbap. Suka juga membeli onigiri. Satu kegembiraan kalau dapat keluarkan onigiri dari bungkusan dengan elok tanpa merosakkan pembalut seaweed. Barulah syok makan tanpa seaweed terkoyak.

Spicy Tuna Onigiri Family Mart

Dekat Family Mart ni apa je yang tak sedap. Semua sedap². Yang sedap-sedap dan viral tu selalu cepat habis dekat rak. 

Harga Gimbap Tuna Klasik tak silap RM10 lebih macam tu. Puas hati sedap dan kenyang makan dengan saiz yang besar. Isi tuna kalau lebih sikit mesti lagi sedap. 

Tags:

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Aduh, kalau pergi FM, rasa nak tapau aje semua makanan yg ada tau.

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lagi, family mart pun tak sempat nak pergi lagi walaupun dah ada cawangan kat tempat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah banyak cawangan FM kan. Mana mana ada je. Takpelah, next time kalau termasuk FM bolehlah cuba.

      Delete
  3. Sama juga suka sushi dan gimbap. Onigiri kurang sedikit sebab nasi lagi banyak macam tidak seimbang dengan lauk. Tapi boleh sahaja makan tidak tolak orang bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah onigiri nasi dia lebih lagi daripada isi. Kalau lapar lapar kenyang juga. Rezeki jangan ditolak.

      Delete
  4. Onigiri Kalau ada rasa pedas.pedas tu saya suka..Yang macam gimbap ni, tak minat sangat..tapi bolehlah telan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pedas pedas sedap sikit kan. Taklah boring rasa dia.

      Delete
  5. Saya pun berfikiran gimbap dan sushi lebih kurang saja rasanya.
    Cuma sushi lebih menarik sebab banyak variasinya. Berwarna-warni pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sushi macam lagi menarik banyak pilihan dan bercampur warna.

      Delete
Post a Comment