Drama Diva Seroja Di TV3

Drama Diva Seroja, drama melayu bersiri terbaharu 13 episod lakonan Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira, Fasha Sandha dan ramai lagi. Diva Seroja akan bersiaran mulai 9 Jun 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3.

Drama Diva Seroja di arahkan oleh pengarah hebat iaitu Mohd Fazli Yahya atau lebih dikenali dengan gelaran Pali Yahya diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Drama Diva Seroja Di TV3

DRAMA DIVA SEROJA

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 9 Jun 2023
Waktu siaran : Khamis-Sabtu, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Lestary TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Pengarah : Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya)
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS DRAMA DIVA SEROJA

  • Puteri Balqis Ashikin sebagai Amanda
  • Harissa Adlynn Halim sebagai Maya
  • Amanda Tan sebagai Vivy
  • Kashika Selvam sebagai Shanty
  • Nur Amira Syahira sebagai Leyla
  • Fasha Sandha sebagai Cikgu Suzila
  • Nafiz Muaz sebagai Azlan
  • Shazia Rozaini sebagai Suzanne
  • Nasz Sally sebagai Cikgu Mariaton
  • Syazuwan Hassan

Drama Diva Seroja Di TV3

Drama Diva Seroja mengisahkan sekumpulan pelajar Tingkatan 4 di Private School, Sekolah Swasta Sri Seroja yang dikenali sebagai geng Ratu Emoji. Seperti remaja biasa, mereka juga cakna dengan kemodenan teknologi. Mereka semua merupakan pengguna aktif aplikasi pemesejan yang dikenali sebagai Besties.

Kehadiran guru baharu yang dikenali sebagai Cikgu Suzila (lakonan Fasha Sandha) telah membawa pembaharuan kepada hidup kumpulan gadis ini. Pada awalnya, Cikgu Suzila telah berasa terkejut dengan status kebudayaan sukma sekolah swasta it yang sudah tidak aktif bertahun lamanya.

Cikgu Suzila berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan kelab kebudayaan yang terkenal dengan persembahan tarian tradisional Melayu. Jadi, Cikgu Suzila ingin memujuk geng Ratu Emoji untuk menyertainya.

Misi Cikgu Suzila untuk memartabatkan kembali budaya dan tarian tradisional Melayu dalam kalangan pelajar sekolahnya bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya bersama kumpulan Diva Seroja.

Mampukah guru ini berjaya merealisasikan visinya bersama para pelajarnya itu? Ikuti kisah mereka dalam Drama Diva Seroja mulai 9 Jun 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3.

LAGU TEMA (OST) DRAMA DIVA SEROJA

Tajuk lagu : Ya Laila
Penyanyi : Aiman Nomad & Syaz


2 comments:

  1. kalau x silap dulu fasha pun ada pegang watak nama seroja. lama dah kot drama tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.