Portable Hanging Neck Mini Fan Lebih Praktikal Dan Selesa Digunakan

Azhafizah MN
By -
2
Syukur sejak akhir-akhir ni hujan kerap juga turun. Sejuk sikit rasa. Kalau tidak, musim panas tak boleh bawa bincang lansung! Pasang pendingin hawa pun tak rasa sejuknya. Boleh pula kadang tu berpeluh. Ish ish...panas bukan main-main.

Nasib kau lah pendingin hawa kena bekerja kuat bila tiba musim panas berpanjangan. Mujur juga bil elektrik yang perlu dibayar tak tinggi melambung-lambung. Risau setiap kali bil elektrik datang berkunjung. 

Musim panas haritu sangat jarang keluar rumah. Lepas tu bila lama tak keluar, tiba-tiba rasa macam puteri lilin pula dah. Tak boleh kena panas. Bukan sekadar berpeluh tau tapi dia datang dengan pakej penyakit kulit. 

Bila terkena panas, haba atau bahang tu kulit akan macam terbakar je rasa. Pakai sunscreen padahal. Ke tak cukup pakai suncsreen? Sebelum ni okay je. Mungkin cuaca betul-betul panas menusuk ke dalam kulit kot.

Kulit terbakar satu hal, lepas tu merah-merah dan gatal-gatal. Larhh pularkkk! Lambat pakai moisturizer je, dia akan cepat kering dan kulit mengelupas. Bagus juga pakai cleanser oil safi tu. Selain bersihkan muka, dia macam satu terapi juga bila urutkan pada muka. 

Dah jadi macam tu, kita ready dengan kipas portable mini gantung kat leher (Portable Hanging Neck Mini Fan) ni. Dulu pernah beli USB mini handheld fan MR.DIY, tapi macam leceh nak kena pegang dan halakan ke muka bila panas. 

Keluar pula hanging neck mini fan di FYP TikTok. Nampak macam menarik juga. Senang tak perlu pegang pun. Gantung je pada leher dan boleh rasa angin kipas tu. Lebih selesa dan memudahkan lah berbanding yang sebelum ni.

Portable Hanging Neck Mini Fan

Ciri-ciri Portable Hanging Neck Mini Fan 

1. Multi-scene available, can hang on neck, can hang on waist, can be placed on the desktop.
2. High-capacity battery, up to 10 hours of life.
3. High-quality silent brushless motor.
4. 3-speed adjustable wind volume.
5. Wide angle air outlet, strong wind.
6. Simple appearance and fresh color scheme. 

Selain mudah digantung, kalau duduk di meja tu boleh letak atas meja tanpa perlu disandarkan pada objek lain sebab dia ada penyandar macam frame gambar pada bahagian belakang tu. 

Portable Hanging Neck Mini Fan

Specification : 
Color : White, Pink, Green
Operating current : 0.3-1.2A
Rated power : 1.2-5W
Battery capacity : 2000mA Battery life: 1-speed fan about 10 hours; 2-speed fan about 4.5 hours; 3-speed fan about 2.5 hours
Charging time : about 2 hours
Fan function : Press the switch once to start 1-speed airflow, press the second switch to start 2-speed airflow, press the third switch to start 3-speed airflow, press the fourth switch to turn off the power. Display screen function: three air volume gears are displayed "01" "02" "03"; remaining power display "01-100%"; low power display "LO"; fully charged display "100%" Material : ABS / electronic components
Size : 123x83x43mm/4.84x3.26x1.69in

Package content :
1 x neck fan
1 x charging cable
1 x rope
1 x box

Di bawah ni kipas pada padangan atas. Kelajuan kipas boleh pilih dari 1 sehingga 3. Didatangkan dengan paparan battery charged. Senanglah kita nak tahu peratusan bateri tu.

Portable Hanging Neck Mini Fan

Tak rugi membeli sebab sangat berguna di musim panas atau boleh bawa untuk travel. Sangat praktikal. Harga dia agak mahal sedikit berbanding kipas pegang tu. Tapi penggunaannya setara dengan harganya lah. 

Boleh survey harga murah-murah di platform shopping online Shopee, Lazada dan TikTok. Pilih je mana yang berkenan sebab ada banyak jenis design dan harga juga. 

Antara 3 pilihan warna iaitu putih, pink dan hijau, saya pilih pink of course! Warna kegemaran kan. Barulah selari dengan blog sihatimerahjambu.




Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment