Filem Kau Pilih Siapa Di Pawagam 8 Jun 2023

Azhafizah MN
By -
4
Filem Kau Pilih Siapa ditayangkan (release date) pada 8 Jun 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Filem Kau Pilih Siapa sarat dengan unsur komedi dan santai dibarisi pelakon Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Avaa Vanja, Seramaymax, Anas Ridzuan, D'Boy Hamdan, Sathia, Bohari Ibrahim, Wei Tian Tz, Ema, Weera Audadi, Chillex dan ramai lagi.

Kau Pilih Siapa merupakan arahan sulong Saifullah Khaisas yang juga merupakan anak didik pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid muncul menghasilkan filem bersama Dato Athy seorang pengarah yang berpengalaman.

FILEM KAU PILIH SIAPA

Genre : Komedi
Tarikh tayangan : 8 Jun 2023
Penulis skrip : Qawiem Hamizan & Hanis Ali
Pengarah : Saifullah Khaisas & Dato Athy
Produksi : AT Movies

Filem Kau Pilih Siapa Di Pawagam 8 Jun 2023

PELAKON DAN SINOPSIS FILEM KAU PILIH SIAPA

Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Avaa Vanja, Seramaymax, Anas Ridzuan, D'Boy Hamdan, Sathia, Bohari Ibrahim, Wei Tian Tz, Ema, Weera Audadi, Chillex

Berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan. Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Kemudian penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat.

Pelbagai ujian dan dugaan yang melanda selepas Pian C pulang kampung, Apakah yang terjadi kepada Pian C seterusnya?

Saksikan Filem Kau Pilih Siapa di pawagam berhampiran rumah anda.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment