Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

Azhafizah MN
By -
4
Drama Hijrah Jannah lakonan Remy Ishak, Daniella Sya, Puteri Sarah Liyana bersiaran mulai 5 Jun 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6.00 petang di Slot Tiara saluran 104 Astro Ria. Juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi astroGO untuk pilihan yang fleksibel.

Pelakon Remy Ishak sebagai Syawal, hero drama rantaian ini dan Puteri Sarah memegang watak antagonis, Munirah iaitu isteri kedua Syawal manakala Daniella Sya memegang watak utama, Jannah/Janet.

Hijrah Jannah, drama melayu bersiri 40 episod ini turut dibintangi pelakon Daniel Fong, Rahim Jailani, Angeline Tan, Kenji Sawahi, Ooi Liang Chia, Kak Ema, Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Hanna Halim, Riz Amin, Erynn Abdullah, Ady Mohammad dan ramai lagi dibawah arahan pengarah Feroz Kader.

Drama Hijrah Jannah mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita memeluk Islam selepas berkahwin berubah menjadi mimpi ngeri serta memaparkan polemik perkahwinan dimana tugas dan tanggungjawab lelaki sebagai suami di dalam konteks poligami. Hijrah Jannah juga turut memberi penekanan terhadap penerimaan golongan mualaf di kalangan keluarga dan masyarakat.

Menurut hantaran Puteri Sarah Liyana di instagram, Drama Hijrah Jannah adalah drama Layangan Putus versi Malaysia.

DRAMA HIJRAH JANNAH

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 5 Jun 2023
Waktu siaran : Isnin - Jumaat, pukul 6.00 petang
Siaran TV/ Platform penstriman: Slot Tiara Astro Ria dan astroGo
Penulis skrip: Azzu Roslan
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : MIG Production
Penerbit : David Teo

Drama Hijrah Jannah Di Astro Ria

PELAKON HIJRAH JANNAH

Remy Ishak, Daniella Sya, Puteri Sarah Liyana, Hanna Halim, Riz Amin, Erynn Abdullah, Ady Mohammad, Daniel Fong, Rahim Jailani, Angeline Tan, Kenji Sawahi, Ooi Liang Chia, Kak Ema, Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah dan ramai lagi.

WATAK PELAKON HIJRAH JANNAH

  • Remy Ishak sebagai Syawal Fitri
  • Daniella Sya sebagai Jannah/ Janet
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah
  • Hanna Halim sebagai Zahra
  • Riz Amin sebagai Azim
  • Ezaidi Aziz sebagai Aziz
  • Khalidah Atlibah sebagai Puan Sri Rafidah
  • Erynn Abdullah sebagai Medina
  • Ady Mohammad sebagai Ikram
  • Daniel Fong sebagai Danial
  • Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin
  • Angeline Tan sebagai Puan Lian
  • Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat
  • Ooi Liang Chia sebagai Yin Lee
  • Kak Ema sebagai Mak Embun

SINOPSIS HIJRAH JANNAH

Kisah bermula apabila Jannah/ Janet yang memeluk Islam demi untuk berkahwin dengan kekasihnya, Syawal Fitri. Namun pengorbanannya turut menyaksikan diri Jannah disisih oleh keluarganya sendiri, malah penerimaan ibu mertuanya bagaikan racun menyusuk perhubungan suami isteri antara Syawal dan Jannah.

Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu Syawal, Puan Sri Rafidah nekad untuk menyiksa hidup menantunya itu. Setiap Langkah Janet yang kini namanya Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena.

Kebenciannya pada Jannah membawa kepada dia memaksa anakya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dengan keputusan ibunya itu dan menerima Munirah. Akan tetapi dia tidak menyangka sama sekali yang isteri barunya itu, Munirah adalah seorang yang berpura-pura baik sahaja.

Pernikahannya dengan Munirah membawa pergolakkan diantara Syawal dan Jannah. Walaupun mengharungi pelbagai dugaan termasuk dimadukan, Jannah tetap mendalami ilmu agama demi menjadi seorang isteri yang baik. 

Dalam usaha mencari ilmu dan demi mendalami agama barunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar ilmu agama. Dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu.

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang in untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

Ikuti kisahnya dalam Drama Hijrah Jannah bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, pukul 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran 104 Astro Ria. Juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi astroGO.


Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Saved. Memang nak tengok..Sebab melibatkan Hal pasal muallaf ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menonton. Jalan cerita menarik dan pelakon pun hebat² tu.

      Delete
  2. ooo ni ya drama lakonan puteri sarah lps 'kes' tu...

    ReplyDelete
Post a Comment