Surah As-Saffat Ayat 100, Doa Agar Dikurniakan Zuriat Dan Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

Azhafizah MN
By -
4
Surah As-Saffat Ayat 100 adalah doa permohonan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat keturunan. Nabi Ibrahim a.s telah diuji lambat mempunyai zuriat. Selama bertahun-tahun, Nabi Ibrahim a.s sabar menanti dan akhirnya, Baginda dan isterinya Siti Hajar dikurniakan zuriat walaupun usianya sudah lanjut ketika itu.

Jika difikirkan secara logiknya , sangat mustahil untuk manusia mengandung dan memiliki anak pada usia yang lanjut. Tetapi apabila Allah berkehendak, tiada apa yang mampu menghalangnya. Allah maha berkuasa dan sebaik-baik perancang.

Kisah Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti Hajar boleh dijadikan inspirasi terutama pada pasangan yang belum dikurniakan zuriat.

Percayalah, sesungguhnya masa yang terbaik pasti akan hadir, iaitu masa yang paling tepat menurut perkiraan Allah bukan menurut perkiraan manusia.

Teruskanlah berdoa kepada Allah kerana dia pasti tidak akan meninggalkan hamba-Nya.”

Bersama kita kuat dan tabah mengharungi ujian dan cabaran serta tetap teguh berharap hanya pada Allah semata.

Marilah sama-sama kita amalkan doa agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah. 

Surah As-Saffat Ayat 100

Firman Allah SWT :
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya : 
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. —Surah al-Saffat : Ayat 100
Perkongsian daripada Ustazah Asma' binti Harun

Surah As-Saffat Ayat 100

Selain Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria juga turut diberikan ujian yang sama. Kedua-dua kisah ini menunjukkan Nabi yang begitu tinggi tarafnya dan terpelihara dari dosa turut diuji dengan zuriat, apatah lagi kita manusia biasa.
 
Jadi jangan putus mengharap, sentiasa berdoa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana Allah pasti akan memberikan zuriat mengikut kemampuan dan tepat pada masanya yang kehendaki-Nya.

Selain itu, terdapat beberapa doa yang lain untuk diamalkan.

5 Doa untuk dikurniakan zuriat keturunan yang baik

1. Surah Al-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
Maksudnya : Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 89

وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ 
Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

3. Surah Al-Furqaan ayat 74

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوٰجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

4. Surah Ibrahim ayat 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

5. Surah Al-Baqarah ayat 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ 
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Mulakanlah bacaan dengan Surah Al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. terlebih dahulu. Sesungguhnya, memulai doa dengan cara sebegini dan turut memuji kebesaran Allah adalah lebih baik.

Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan hajat kita semua. Cukuplah Allah bagi kami, kerana Dialah sebaik-baik Pelindung. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah mendengar semua doa hamba-Nya. Sekiranya belum dimakbulkan, banyakkan bersabar.

Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. in shaa allah semoga Allah perkenankan doa Fiza dan suami

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Semoga Allah makbulkan doa Fiza dan Suami.. Serta mereka yang berdoa dan berusaha.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih KakSha doakan kami dan yang lain.

      Delete
Post a Comment