Telefilem Ayahku Adiwira (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Ayahku Adiwira, sebuah telefilem khas sempena Hari Bapa bersiaran pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.30 malam di RTM TV2. 

Ayahku Adiwira merupakan terbitan terbaru Wan Det Film Production Sdn. Bhd. yang merupakan rakan rasmi KDA FC menampilkan pelakon Ucop Cecupak, Hamidah Wahab, Wan Nor Azlin, Sulaiman Yasin, Adam Shahz, Bobby Kiran, Wawa Amdia, Mat Over, Seri Tun Teja dan ramai lagi.

Juga boleh tonton online Telefilem Ayahku Adiwira live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

TELEFILEM AYAHKU ADIWIRA

Waktu siaran : Sabtu, 17 Jun 2023, jam 10.30 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Mazelan Manan
Lakon layar : Najmie Maziez
Pengarah : Ruslan Ahmad
Produksi : Wandet Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Ayahku Adiwira TV2

PELAKON DAN SINOPSIS AYAHKU ADIWIRA

Dibarisi pelakon Ucop Cecupak, Hamidah Wahab, Wan Nor Azlin, Sulaiman Yasin, Adam Shahz, Bobby Kiran, Wawa Amdia, Mat Over, Seri Tun Teja dan ramai lagi.

Telefilem Ayahku Adiwira mengisahkan tentang Mustaffa yang mengidap Asperger Syndrome, membesarkan anaknya Aisyah. Zaiton, ibu Mustaffa bimbang kerana dirinya yang sakit sering keluar masuk wad dan tidak dapat membantu menjaga cucunya itu. Zaiton dicadangkan mencari keluarga angkat buat cucunya. 

Ramai yang berminat termasuklah Mastura. Bagi mencapai hasratnya, Mastura cuba mempengaruhi Zaiton agar mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan akan keadaan anaknya, Mustaffa. Perkara tersebut telah mendinginkan hubungan mereka anak beranak.

Apakah kesudahannya? Saksikan Telefilem Ayahku Adiwira di TV2 pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 jam 10.30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)