JDT Vs Penang Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir (Quarter Final) 28 Mei

Perjalanan Liga Super2023 berehat seketika bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA 2023 yang kini telah sampai ke peringkat suku akhir. Perlawanan antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim menentang pasukan Penang FC merupakan perlawanan yang dinantikan oleh para peminat bola sepak tanahair khususnya peminat Skuad Harimau Selatan dalam aksi saingan Suku Akhir Piala FA 2023.

Perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT vs Penang FC dijadualkan berlansung pada hari Ahad, 28 Mei 2023, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. 

Skuad Harimau Kumbang/ The Panthers akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad Harimau Selatan bagi saingan Suku Akhir dalam merebut tempat ke Separuh Akhir Piala FA 2023 dalam aksi kalah mati.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim selaku tuan rumah, Juara 9 kali Liga Super dan juga Juara Piala FA 2022 sudah pasti akan bermain habis-habisan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berjaya menjulang Piala FA 2023.

Bagi pasukan pelawat, Penang FC juga akan memberikan saingan hebat dalam saingan suku akhir Piala FA 2023 ini.

2 Pasukan yang berjaya menempatkan tempat ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2023 adalah pasukan Terengganu FC dan Selangor FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2023 yang berlansung pada 27 Mei 2023.

Dalam saingan 16 terbaik sebelum ini, pasukan JDT berjaya menewaskan pasukan PDRM dengan jaringan 3 gol tanpa balasan. Manakala pasukan Penang FC menang bergaya dengan 4 gol menumpaskan Kuching City FC tanpa jaringan gol.



Pembelian tiket perlawanan JDT Vs Penang FC

Tiket untuk penyokong perlawanan suku akhir Piala FA 2023 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Penang FC pada hari Ahad, 28 Mei 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dijual menerusi tickethotline pada 26 Mei bermula jam 2 petang khas untuk penyokong JDT.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas.

Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 2023

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran lansung Suku Akhir (Quater Final) Piala FA 2023 antara pasukan Kelab Bolasepak JDT menentang Penang FC secara lansung yang disiarkan menerusi saluran 803 astro ARENA BOLA atau tonton secara live streaming online dengan astroGo secara percuma khas untuk pengguna astro sahaja.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton perlawanan JDT Vs Penang FC Live Streaming Suku Akhir (Quater Final) Piala FA 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

JDT Vs Penang Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir 28 Mei

Siaran Lansung JDT vs Penang FC Live Streaming

Waktu siaran : Ahad, 28 Mei 2023, pukul 8.15 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
Siaran TV/ Platform penstriman : astro ARENA BOLA (CH803), astroGO dan Sooka
Link streaming LIVE : Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs Penang FC Piala FA 2023 (QF)

FT : JDT (5) - (0) PENANG FC
Ousmane Fane (OG) 32'
Jordi Amat 38'
Arif Aiman (Pen) 49'
 Corbin Ong 58'
 Syafiq Ahmad 90+2'
 
Tahniah JDT berjaya mara ke peringkat separuh Akhir Piala FA 2023 menentang pasukan Selangor FC.

Tarikh Perlawanan Piala FA 2023 Malaysia/ Malaysia FA Cup 2023

  • Perlawanan pusingan pertama : 8 Mac 2023 ✔
  • Pusingan ke-16 : 14 – 15 April 2023 ✔
  • Peringkat suku akhir : 27 – 28 Mei 2023  ✔
  • Separuh akhir : 25 – 26 Jun 2023 
  • Akhir : 22 Julai 2023

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.