Uniqlo Limited Edition Stainless Steel Water Bottle

Sekali lagi terjebak shopping di Uniqlo sebab ada sale. Sebab satu lagi dapat free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle. Padahal baru je membeli haritu dapat tote bag dan recycle cup holder.

Dah lama tak shopping baju baru sejak PKP nak pergi mana mana pun tak boleh masa tu kan. Bagilaha peluang tambah baju baru. Mujurlah saiz tak berubah. Kah!

Bila ada sale value buy atau e-member price special tu kira berbaloilah jugalah membeli. Kalau tidak, tunggu bila perlu baru membeli. Baru-baru ni pun Uniqlo meraikan Thank You Festival dari 26 November 2021 sehingga 2 Disember 2021.

Jadi, Uniqlo menyediakan free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle sebagai penghargaan kepada pembeli dengan terma dan syarat. Berguna ni bawa pergi travel atau nak bawa bekal jalan jalan.


Yang penting design dia cantik dan berguna. Dek kerana alang alang shopping, rebut peluang sekalilah dapatkan percuma. 

Dapat jugak bawa beliau bercuti sekali haritu. Tak sesia lah dapat si comel ni. Untung jugak dia dapat ikut bercuti. 

nota : maaflah kalau saya belum singgah lagi balas kunjungan. Elok dah ada masa, banyak tinggalkan komen sekali keluar notification "You have created the maximum number of comments for today, please try again tomorrow." Tanda kena berhenti komen dah tu. Dengki betul kan tak bagi kita komen banyak banyak.


26 comments:

  1. memang comel. samalah saya masa PKP tak berapa beli baju or kasut sebab duduk rumah je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKP banyak habis membeli makanan je. This time untuk pakaian lah pulak kan :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kena membeli apa yang patut tu..hehe..tapi dah habis promo dah tu.

      Delete
  3. Menarik ni. Last week masuk Uniqlo cuci cuci mata je nanti nak shopping jugaklah. Berkenan kat dress cantik cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni bolehlah shopping pulak kan. Selamat shopping :)

      Delete
  4. Comel dan kecik cenonet je botol tuu, senang nak bawak travel. Kalau botol besar besar ni susah nak bawak hahaha. Part komen tuu dah lama saya tak alami, kalau dulu pernah jugak alami, sekarang jarang jarang je buka blog sebab masa betul betul mencemburui >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia comel lah beria membeli tu. hehe..kalau komen tak henti henti memang akan keluar camtu. huhu..Faham Atiqah busy sekarang.

      Delete
  5. Cantik botol tu..
    Komen pun ada limit ke ..Nampak sangat Fiza ni peramah..Rajin komen sampai kena hadkan...🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan comel. Jadi tertarik untuk dapatkan dia.
      Iye mama cella, baru baru ada limit pulak dia. Hihi..taklah peramah nau tapi kena jugak balas kunjungan gitu :)

      Delete
  6. Simple and nice.
    Much easier to carry with.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, mudah nak dibawa kemana mana. Ada pemegang dan saiz yang comel letak dalam beg pun muat.

      Delete
  7. So cute! Hihi!
    Err, tak pernah dapat noti gitu..WAW!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cute :)
      Install apps dan register as member nona.

      Delete
  8. UNIQLO di Jakarta pun sedang ada diskount besar untuk akhir tahun. Kemarin saya kesana , hampir tergoda nak beli macam2, untung saja debit card terlupa bawa 🤣🤣🤣. Tapi memang UNIQLO ini brand favorit. Saya kalo sudah waktunya beli baju baru, pastilah perginya UNIQLO saja. Simple tapi nyaman. Dan kadang banyak hadiah kalo beli banyak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung hujung tahun ni meriah dengan Year End Sale. Haha..boleh jimat banyak kalau terlupa bawa debit card. Brand fav saya jugak. Simple fashion, selesa dan banyak pilihan. ya, kadang terjebak beli sebab ada gift tu. Hehe...

      Delete
  9. Betul beli apabila berbaloi harga.
    Barang percuma pun bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli value buy atau e-member special memang untung lagi. Yep, betul boleh digunakan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.