Bila April Tiba

Bila april tiba, tandanya apa? Bukan april fools pranks ataupun april fools day! Sambutan april fool dan hukum april fool dalam islam adalah haram. Janganlah di trending kan ye. Lainlah jika non-muslim.

April Fools Day

1 April, hari April fool/ April fools day adalah hari yang disambut oleh kebayakan negara Eropah dan dunia barat. Hari April fool diraikan dengan usikan dan gurauan kepada individu tak kira kawan, musuh, jiran dan sesiapa juga dengan tujuan bergurau ataupun memalukan mereka.

Hukum April fool dalam Islam

Hukum menyambut dan meraikan April fool adalah HARAM kerana :
  • Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  • Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  • Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  • Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
sumber : Dakwah Jakim

Harap faham dan jelas di situ. Okay sambung persoalan ayat pertama di atas. Bila april tiba, tandanya tak lama lagi Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Marhaban ya Ramadhan. Eh, termenyanyi pulak! Ramadhan bulan yang dinantikan.

Apa yang pastinya, Ramadhan kali ni sama macam tahun lepas juga. Kita sambut dalam suasana COVID-19 masih  berleluasa.

Ramadhan kali ni kita boleh menunaikan solat terawih di Surau/Masjid dan Bazaar Ramadhan dibenarkan.

Barulah ada feels sikit Ramadhan orang kata. Tapi itulah, SOP ingat ingatlah sikit ye.

april calendar 2021

Do my best is more important than being the best
I just need to work harder and smarter
I already know what giving up feels like
Now I want to see what happens if I don't.

Masih ada yang memikirkan cuti ke? Sejak COVID-19 melanda ni dah malas nak fikir cuti. Nak gi aner pun tak oleh! Tapi yang berkerja of courselah suka ada cuti. Dapat juga merehatkan diri stay home dan rehat-rehat.

Cuti Umum Bulan April 2021

2 April (Jumaat) : Good Friday Sabah & Sarawak
13 April (Selasa) : Awal Ramadhan Johor, Kedah & Melaka
15 April (Khamis) : Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 April (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
29 April (Khamis) : Hari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak

april calendar 2021
The only way to get what you want
in this world
is through hardwork

If you do your best
each and every day
good thigs are sure
to come your way

Princess Tiana
-The frog Prince -
Semoga yang baik baik je di hari mendatang. Tahu ramai yang semakin tertekan dengan kehidupan sekarang luar dari biasa. Tak boleh kemana mana dengan bebas, masalah kewangan. Iman dan mental kena kuat buat masa sekarang.

Seram dengar kes orang bunuh diri, dibunuh dan membunuh. Kes bunuh diri naik mendadak, kadang tu puncanya kecil je tapi kesannya besar boleh mendorong orang untuk membunuh diri.

Macam kes remaja kena marah dengan parents sebab asyik menghadap game handphone sampai nak bunuh diri, mujur polis dapat selamatkan. 

Ada satu kes lagi tu, terus dia bunuh bapak dia. Nauzubillahiminzalik... Baru baru ni ada kes pukul isteri sebab lambat rendang. Sampai macam tu sekali pun ada. 

Stay safe dan semoga Allah lindungi kita semua dan mempermudahkan segala urusan. Aaaminn...

13 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Selamat Menyambut Ramadhan fiza.. Nnt email kak ret details bole?

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang 2 minggu hendak puasa. Tidak sabar hendak masuk masjid tapi hari pertama mungkin tidak pergi sebab fikir mesti ramai.
    Harap Fiza tidak tertekan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tak lama lagi je nak Ramadhan. Terawih hari pertama mesti ramai. Terima kasih kak :)

      Delete
  3. Dah sampai April. tak lama lagi Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu kena April Fool!
    Esok, kami cuti sehari sempena Good Friday.

    ReplyDelete
  5. ye fiza...akak kan keluar je macam biasa pergi review buffet ramadhan semua..tapi bila drive sepanjang jalan, tengok semua pakai mask..still rasa this is not our normal life..but this is indeed our new normal...huhu..rasa tak best macam dulu..da tak bebas...

    ReplyDelete
  6. Sekejap je masa berlalu, dah masukk april. Baru haritu terasa saya habis praktikal bulan 1, but now dah 1 april hehehe. Lagi beberapa hari nak masukkkk bulan puasa. Betul, makin cepat masa berlaluu. Selamat menyambut bulan ramadhan! :)

    ReplyDelete
  7. dulu zaman skolah excited nak kacau org dgn april fool.. now rasa mcm fool kalau still sambut april fool hahah

    ReplyDelete
  8. Ramadan ini new norma.. since last year cuba biasakan diri.. Harap dapat rentas negeri ikut SOP.. sobbs!!!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال