Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Tako

Amboiii..pagi-pagi dah upload gambar makanan! Buat orang telan air liur je kan. Motif??? Motifnya nak bagi kakak-kakak semua rajin ke dapur petang nanti buat kuih badak berendam versi tako yang comel ni ha. Disebabkan nampak comel, saya kongsikan kat blog untuk perkongsian bersama. 

Saya nak buat entah bila lah kan walaupun ada resepi. Tunggu rajin dan teringin sangat baru mencuba buat. Dahlah kuih badak berendam ni kegemaran husband. Kuih sopang orang nismilan panggil. Haritu Mak mertua saya buat, entah berapa biji badak husband dah ngap. 

Resepi kuih badak berendam ni saya ambil dari perkongsian Mas Cotek seperti nama dalam gambar resepi ni. Resepi Kuih badak berendam versi/kukus. Yang bulat tu rebus buat macam kuih buah melaka. Yang tu saya pandailah buat. 

Bab dadih tu agak failed sikit sebab biasa masak pun guna santan kotak je. Kurang umphh guna santan kotak ni. Santan fresh dari kelapa baru betul-betul sedap. Okay, petang ni kalau takde idea nak buat pemanis mulut untuk berbuka tu boleh cuba resepi ni. 


Nampak comel je bila buat stail macam kuih tako ni kan. Kalau takde daun pandan boleh je letakkan dalam mangkuk/bekas kecil-kecil tu. Pun boleh.


Biasanya badak berendam warna kelabu ungu macam tu sebab ada yang guna pulut hitam juga kan. Kali ni versi hijau ala-ala kuih buah melaka. Haishhh banyak betul kacukan kuih badak berendam ni. Dah kena bagi nama lain dah ni.


Selamat mencuba!

Kredit resepi & gambar : Mas Cotek

Post a Comment

10 Comments

  1. Wah... Sedapnya juadah nih.. Boleh cuba..

    ReplyDelete
  2. comel kuih ni. ok gak variasi kuih2 lama cenggini. time puasa je boleh jumpa kuih2 cenggini

    ReplyDelete
  3. wah sedap ni.. tak pernah pual rasa badan berendam versi tako ni.. eh harini akak nak balik Pilah, nak cari kuih sopang hehe..

    ReplyDelete
  4. alamak...tak pernah pulak nampak kuih ni kat luar..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.