Mei 2026 | Gerak dari Teluk Batik pukul 2.03pm. Tak jumpa kedai berdekatan dengan hotel yang kami nak check in. Sudahnya beli subway buat bekalan makanan tengah hari di hotel seterusnya. Kami check in Lumuda Hotel Lumut pula untuk 3 hari 2 malam.

Dari hotel berbintang-bintang, kita kurangkan bintang sikit. Kami sampai di sini pukul 2.55pm. Waktu yang tepat sampai sini. Jadi, bolehlah check in tepat pada masanya. Percutian di Lumut ni sebenarnya pertama kali saya sampai sini. Jarang nak explore negeri Perak ni.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Hotel ni dekat je dengan Lumut Waterfront dan 5 minit je menuju ke Jeti Lumut. Kami pilih hotel ni sebab dekat dengan Jeti Lumut dan seaview dia cantik dari balkoni bilik. Saya jumpa hotel ni di TikTok dan booking melalui whatsapp dengan full payment.

Saya pilih executive room higher level dengan seaview ada balkoni. Harga RM240 sehari on weekend dan musim cuti sekolah masa tu. Kalau weekdays RM220. Kami pergi on weekend dan kebetulan cuti sekolah. Jadi total 3 hari 2 malam, RM480. Saya booking seminggu awal dari tarikh check in. 

Lumuda Hotel ni masih baru mula beroperasi ke kembali beroperasi macam tu. Muslim owned. Kami request bilik tingkat atas sekali lebih privasi dan view lebih cantik. Hotel ni tak ada lif ye. Jadi, kena naik tangga lah kome. Ate, sampai Perak kena cakap Perak lerr..lulus tak?

Check in Lumuda Hotel Lumut

Masuk lobby hotel terus ke reception/front desk untuk check in. Kena bayar deposit RM50 dan akan dipulangkan masa check out nanti. Urusan check in pun tak lama sangat. Kami diberikan access card dan juga satu beg ada sejadah dan juga remote TV dan aircond.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Ada jualan baju-baju juga di sebelah tu. Disediakan juga sofa di ruang lobby hotel. Saya tak duduk pun. Sibuk ambil gambar. Tak lama tu, kami pun naiklah ke bilik. Nak makan, bersihkan diri, solat dan berehat.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Laluan ke tangga untuk ke bilik atas. Kalau tak larat naik tangga, ada je bilik-bilik level bawah ni. Tapi tak adalah seaview.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Masih ada tenaga, jadi tak penat sangat untuk ke tingkat paling atas tingkat 2. Naiklah pelan-pelan dengan  bawa luggage. Sebab tu awal-awal masa kat Double Tree dah keluarkan baju kotor siap-siap. Nak kurangkan beban luggage. Bijak tak saya? hihi...

Check in Lumuda Hotel Lumut

Bila masuk bilik, hilang segala penat tengok seaview dari balkoni bilik. Tak payah duduk balkoni, tengok dari dalam bilik pun tak best dah. 

Langsir dia bukan jenis blockout. Bila cahaya terang masuk, bilik jadi terang dan bahang sikit tepi tu. Kalau jenis langsir blockout syoklah bilik gelap dan sejuk sikit. Nak tidur pun selesa sikit bila gelap. Itu pada pendapat sayalah. Bilik hotel biasanya jenis blockout kain tebal dan tak jarang. 

Check in Lumuda Hotel Lumut

Tak ada bilik yang hanya ada katil king sahaja atau queen sahaja untuk 2 orang. Terpaksalah kami ambil bilik untuk 3 orang ada extra katil single ni. Ruang bilik yang luas juga. Yang penting ruang solat luas dan selesa.

Check in Lumuda Hotel Lumut
POV dari dalam bilik

Tuala dilipat kemas bentuk pasangan angsa. Tiada tuala extra di bilik mandi. Jadi, gunakan tuala yang ada atas katil ni je lah.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Perabot bilik yang ringkas dan agak old skol sikit. Ruang mengopi dan juga tempat bersiap di tempat yang sama. 

Check in Lumuda Hotel Lumut

Bilik air pula luas dan disediakan sabun mandi dan shampoo. Ada kekurangan sikit di bilik airnya, paip agak uzur dan ada rak yang senget. Tak boleh nak letak toiletries kita. Bilik air pun kurang bersih sikit. Faham hotel lama. So buat-buat tak nampak. Kita dah penat, tak nak fikir lain dah.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Jom tengok balkoni pula. Balkoni luas. Best juga mengopi ke bersembang kat luar ni sambil menikmati seaview. Dapatlah tengok boat dan ferry ke Pulau Pangkor lalu depan ni. Ada juga orang memancing kat sini katanya.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Bila tengok keindahan pantai ni rasa berbaloi lah juga menginap di sini. Sekali imbas gambar ni nampak macam laut oversea pula dengan adanya kincir angin tu. Laut pun warna biru laut dalam tu. Cantiknya lah.

Check in Lumuda Hotel Lumut

Okay masa untuk berehat. Makan, bersihkan diri, solat dan rehat. Lepas solat asar, kita baru keluar ke destinasi seterusnya.

Bersambung...