Header Ads

Kacang Salut Tepung Crispy, Kudapan Sedap Makan Tak Sedar Diri

Semalam mak mentua datang singgah rumah. Mak mak kita kalau singgah rumah anak anak tak sah tak bawak apa apa buah tangan. Itu belum lagi kalau balik kampung dengan macam-macam bekalan.

Tradisi orang melayu kita kalau datang ke rumah orang mesti ada buah tangan. Benda tu lah yang saya pratikkan juga. Segan datang rumah orang tak bawak apa apa buah tangan. Dah terbiasa cuma kekadang tu ter'missed' juga nak bawak.

Mak bagi kacang salut tepung. Favourite kudapan buat kudap kudap sambil tengok movie. Kalau tak sedar diri, sekali hadap berdua memang habis terus tak sempat simpan esok. Takut stok kudapan cepat habis, kenalah  makan berpada pada gitu.

Kacang salut tepung bukan hanya sekadar kudapan. Dijadikan juga kuih raya joing geng rempeyek dan kerepek kerepek.

Nak membuat kacang salut tepung bukan susah sangat pun.  Resepi kacang salut tepung mudah pernah saya kongsikan dalam entry sebelum tu. Tapi itulah, kalau 'M' memang tak jadi lah dia.

Kacang Salut Tepung Crispy

Resepi Kacang Salut Tepung

Bahan-bahan
1 bungkus kacang tanah @500gram sebungkus
1 sudu besar jintan * dikisar halus
1 sudu besar jintan putih * dikisar halus
1 biji telur
secubit garam
1 sudu besar gula (boleh lebihkan kalau nak manis)
1/4 cawan tepung gandum ( lebihkan kalau adunan masih cair)

Cara penyediaan
1 Campur semua bahan ( kecuali kacang) dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan kacang dan gaul hingga semua bahan salutan tadi menyaluti kulit kacang.
3. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
4. Angkat dan biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.

notapink : harini mendung dan hujan on off. Sepanjang hari rasa sejuk. Terus terkenangkan fenomena banjir yang berlaku sekarang. Harap mereka yang terlibat dengan banjir selamat dan tabah menghadapi dugaan banjir. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn...


6 comments:

  1. Memang sejuk. Tidur malam pakai sweater.
    Memang ralit makan kacang bersalut.

    ReplyDelete
  2. Favorite anak akak ni, sekejap je habis sebotol!

    ReplyDelete
  3. org tua tua kalu berjalan ke rumah org.. mesti ada buah tgn kan

    ReplyDelete
  4. Memang best kacang salut tepung ini.. Asyik mengunyah tak sedar dah habis sebalang..

    ReplyDelete
  5. mknn mcm ni...bkn takat bahaya malah boleh bw bergaduh kalau x berkongsi hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.