Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1-15(Akhir) Lakonan Dato' Adi Putra dan Nadia Brian

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri lakonan Dato' Adi Putra dan Nadia Brian akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 Februari 2021 nanti. Aku Yang Kau Gelar Isteri sebanyak 15 episod ni diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production.

Selain pelakon utama, Sharifah Sakinah, Raja Atiq, Aznah Hamid dan ramai lagi pelakon hebat turut memeriahkan drama aku yang kau gelar isteri ni. Nantikan drama aku yang kau gelar isteri ni pada 17 Februari 2021 selepas tamatnya Drama Takdir Yang Tertulis.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1-15(Akhir)
sumber : TV3 Drama Sangat

DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

PELAKON DAN WATAK

Nadia Brian sebagai Raihani
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Atiq Azman sebagai Pian
Baby Azreen sebagai Maryam
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Zaki Azeman sebagai Naim
Lana Nodin sebagai Embun
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Jasper Supayah sebagai Rose
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
Zahir Deck sebagai Amin
Ferth Jasni sebagai Fakhri
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
Ariff Amran sebagai Hadi

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila (Sharifah Sakinah) menyintai lelaki yang bernama Ezlan (Adi Putra) dalam diam. Cinta Laila tidak berbalas, Ezlan tidak menyintai Laila. Sebaliknya, Ezlan menyintai Raihani (Nadia Brian) dan bernikah dengan Raihani. 

Laila sudah tentulah patah hati dan dia bertemu dengan Embun (Lana Nordin). Kehidupan Raihani dan Ezlan pada mulanya bahagia dan saling menyayangi. Satu hari, Laila kembali muncul di kampung dan kebahagiaan Ezlan dan Raihani mula goyah. 

Dengan kemunculan Laila membawa seribu satu mistik akibat dendam lama yang terpendam di hati Laila. Bagaimanakah kehidupan Ezlan dan Raihani setelah kemunculan Laila, apakah yang akan terjadi seterusnya?


Lagu tema OST Aku yang kau gelar isteri

Lagu : Purnama
Penyanyi : Naim Daniel


Lirik Lagu Purnama-Naim Daniel

Tak terungkap kata
Menyedari masa
Kemana perginya dia
Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima
Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya
Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada-Mu kuatkan lah hatinya
Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah…

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.