Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Bunga Rampai Di Racik Racik

Bunga Rampai di racik-racik, makin pandang bertambah cantik. Eh, ternyanyi pula. Sedap betul irama lagu tradisional melayu bunga rampai ni. Sangat sesuailah dimainkan di majlis kenduri kahwin. Lagi menarik ada persembahan joget lagu bunga rampai, kan?

Rasa nak terikut ikut pula lenggok tarian joget melayu tu. Indahnya irama muzik orang dulu dulu. Ingat lagi kenangan dulu buat bunga rampai untuk hantaran masa kakak kahwin. Orang dulu bila buat hantaran, wajib ada satu dulang bunga rampai.

Bunga rampai

Bunga rampai in english disebut potpurri eh? Bunga rampai terdiri daripada berbagai jenis campuran bunga-bungaan wangi dan warna yang menarik dicampurkan bersama daun pandan yang dihiris halus. 

Kemudian dicampurkan dengan beberapa titisan wangian untuk menjadikan bunga rampai bertambah wangi.

Mengikut adat masyarakat melayu dulu, bunga rampai digunakan dalam majlis pertunangan, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis potong jambul, majlis akad nikah dan sebagainya. 

Selain diselitkan dalam dulang sebagai hantaran, bunga rampai juga diletakkan di dalam bilik pengantin. Aroma bunga rampai memberikan rasa yang aman dan segar dalam sesebuah majlis. 

Itu sangat setuju. Kalau kau orang letak bunga rampai dalam bilik. Boleh bau semerbak bau daun pandan dan wangian bunga tu.

Orang dulu-dulu suka letak bunga rampai dalam bekas bunga rampai jenis kain net tu. Untuk buat pewangi rumah, letak dalam bekas apa apa pun boleh.

Bunga Rampai Di Racik Racik
bunga rampai : daun pandan + bunga kenanga

How to make bunga rampai

buat bunga rampai simple je. Tak susah. Ambil beberapa helai daun pandan dan beberapa jenis bunga. Paling wangi letak bunga kenanga. Untuk warna yang lebih menarik letak bunga kertas yang pelbagai warna tu. 

Paling simple letak daun pandan dan bunga kenanga pun dah cukup. Bunga kenanga sahaja pun dah cukup wangi tak perlu tambah minyak wangi. 

Lirik Lagu Bunga Rampai

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi dengan inai merah dijari

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

Sanggul berbagai rupa dihias pula dengan bunga
Baju kebaya panjang bersulam manik nampak bercahaya
Bila dia tersenyum ala sayang sungguh manisnya

Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi dengan inai merah dijari

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

Sanggul berbagai rupa dihias pula dengan bunga
Baju kebaya panjang bersulam manik nampak bercahaya
Bila dia tersenyum ala sayang sungguh manisnya

Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu

Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu

Lagu Bunga Rampai- Zaleha Hamid



Tiba-tiba cerita bunga rampai ni dah kenapa? 

Baru ambil benih pokok pandan dari kampung cerita dia. Sebab pokok pandan kat rumah ni macam dah nak mati je rupa dia. Alang-alang dapat balik sekejap kita ambil lah benih pokok apa apa yang patut. Ambil sekali 2 pokok pandan nak tanam.

Satu tanam dalam pasu, satu lagi letak dalam bekas isi air letak dalam rumah buat pewangi dalam rumah. Nak ambil untuk masak pun senang tak payah keluar. Harap hidup suburlah yang ditanam dalam pasu dan letak dalam air tu.

Kalau kreatif sikit boleh buat bunga rose dari daun pandan. Buat sejambak dan letak dalam pasu comel. Boleh dijadikan hiasan dan juga pewangi. 


Post a Comment

14 Comments

  1. Masa akak kawin dulu pun, bunga rampai dimasukkan sekali dlm hantaran, hihi.. sedara mara yang suruh letak sekali dalam hantaran, tapi tue la rasa macam klasik sangat² masa tue, dah macam kawin di zaman 60-an dulu, walaupun kawin pada tahun 2007😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Kurang halus tu hirisan daun pandan nya ciksun, dulu masa kecik akak memegang tender menghiris daun pandan untuk bunga rampai, kalau xhalus memang kene komenla dengan makcik2 heheheh...

    ReplyDelete
  3. Aduhla... apasal akak terpanggil ciksun, sedangkan ni cik fizah.. hahahah maafkan diriku 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha ape niiii ingat ciksun hebat ke amek gambar cecantik camni... 🤣

      Delete
  4. Ok, akak datang-datang dah tolong sambung nyanyi hahahah

    ReplyDelete
  5. suka bau bunga rampai ni , klu ada kenduri .. i mmg take part buat bunga rampai ni sbb suka bau dia

    ReplyDelete
  6. Tidak silap ada minyak wangi Dior bau betul macam bunga rampai. Memang laku bau itu, habis digunakan.

    ReplyDelete
  7. eh akak pun spontan nyanyi masa baca ayat pertama tu..hahahhahahah

    ReplyDelete
  8. Bunga rampai memang wangi. Masa akak nikah dulu-dulu long time ago, sendiri potong daun pandan. Kih kih.

    ReplyDelete
  9. suka baunya, tapi mls nak jaga dan mudah sangat jatuh..hahahah nampak tak mak seorang yng tak suka benda remeh temeh wpun wangi . kalau ada pun , kena org jaga .. ahahah

    ReplyDelete
  10. sedap bau bunga rampai ni. wangi sangat :)

    ReplyDelete
  11. mesti bau wangi kan..suke bau dia..fiza

    ReplyDelete
  12. Terkenang zaman kanak-kanak riang ria dulu selalu kena jadi ajk hiris halus-halus masa kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  13. Dulu rajin jugak buat bunga rampai ni letak dalam bilik tidur wangii kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.