Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake Sedap Baq Hang!

Tuesday, December 15, 2020

Buat pertama kalinya merasa Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake terus dan tak boleh move on. Sedap baq hang! Balik kampung haritu sempat jugalah merasa makanan yang tengah viral sekarang ni. Dah lama ke atau baru viral, entahlah. Bab bab viral ni agak lambat sikit terjebak.

Anak buah dok whatsapp "Ucu nak tak?" dengan menghantar gambar lotus biscoff vanilla cheesecake dengan choco cheese cake. Mahunya ucu dia yang sorang ni kata tak nak. Dua dua kek sedap. Maka, order lah dua dua tu sekali. Anak buah tolong orderkan sebab dia dah biasa beli dia seller tu.

Choco Cheesecake bagi anak buah sorang lagi sebab birthday dia beberapa hari lagi. Bagi kek birthday comel in advance. Fiza dapat rasa lotus biscoff vanilla cheesecake je lah. Sebab nak rasa punya pasal, so beli untuk merasa je lah cerita dia. Rupanya tak cukup. Padan muka!

Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake

Tu diaaa rupa Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake sedap tak tau nak habaq. Walaupun yang biasa nampak orang jual versi bentuk bulat dengan biskut lotus sekeping kat atas tu, tapi dapat rasa yang versi loaf macam ni pun okay. 

Ye, walaupun tak ada biskut lotus atasnya tapi rasa lotus biscoff vanilla cheesecake tetap ku kenang. Setiap kali suap mesti rasa nak cakap sedap. Over sangat kan!

Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake Sedap

Kek dia moist. Tambah lagi rasa caramel gula dan gula melaka tu sedapnya alahaiii..ni versi kek yang dibakar layer bawah tu, bukan jenis no bake tu. Sedap versi bakar ni.

Harga RM15 untuk satu loaf kek dalam bekas plastik makanan ni. Orang Segamat boleh order Lotus Biscoff Vanilla Cheesecake sedap ni kat instagram @Sheeraizan.

Ala kadar ambil gambar. Kat kampung photoshoot outdoor terus. Malas nak styling bagai. Ini pun nak cepat cepat snap buat modal entry punya pasal. Kah! Blogger kan, kena lah gigih demi sekeping gambar untuk entry.

Berakhir sudah percutian di kampung dan menguruskan beberapa urusan ambil ubat abah dan appointment mak. Kemas rumah mak, pasang kayu langsir. Dah macam nak raya pun ada. So sibuk balik kampung tak sempat nak hadap blog. 

Now, kembali ke jalan utama. Kembali berblog seperti biasa. Banyak dah tinggal ni nak berbalas komen dan blogwalking. Tunggu ye.

10 comments

  1. Hanya mampu merenung lama-lama sambil membayangkan keenakannya! Telan liur ni hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. Akak pun join Amie kat atas, telan ayaq liuq! :D

    ReplyDelete
  3. Pernah makan biskut dan sapuan, kek belum lagi.

    ReplyDelete
  4. Eza pun belum terjebak lagi nak makan kek viral ni walaupun selalu je lintas kat wall facebook. Dah Fiza cakap sedap tu, memang sah la sedap. Ok nak try beli!

    ReplyDelete
  5. hari tu buat cupcake, letak salted caramel then tabur lotus biscoff tu..perghhhh sedap ek! biskut tu sebenarnya ada kekuatan dia tersendiri, bila gabung dengan salted caramel memang meletop!

    ReplyDelete
  6. kpe tunjuk dekat2 fiza ^_^ sedapnya lahaiii

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.