Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Drama Marry Me Senorita

Drama MARRY ME SENORITA gandingan Janna Nick dan Dini Schatzmann ditayangkan pada 2 Februari 2021 di slot MegaDrama, Astro Ria. 

Drama marry me senorita merupakan adaptasi novel 'Marry Me Senorita' hasil karya Suri Ryana diarahkan pengarah terkenal Michael Ang bersama Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd.

Drama Marry Me Senorita Full Episod 1-20(Akhir)
Sumber : Astro Ria


Drama Marry Me Senorita Episod 1-Akhir

Drama : MARRY ME, SENORITA
Jumlah episod : 20
Mula tayangan : 2 Februari 2021
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Penulis skrip : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
Penulis novel: Suri Ryana
Pengarah : Michael Ang bersama Nur Ain Sharif
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

Pelakon Marry Me Senorita

Janna Nick sebagai Sofiy Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora

Sinopsis Marry Me Senorita

“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Isa Alenjandro, seorang lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehinggakan gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Tak mungkinlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan kosong, tahap tak tahu apa-apa.

Atuk dan nenek dia  pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

Tapi Isa Alejandro muncul pada masa Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya. Mereka selamat berkahwin.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya kerana apa, persoalannya sekarang adalah dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? 

Mereka berdua berpewatakan jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kemelutan itu, ada gelombang cinta yang semakin membuatkan mereka rasa 'cinta'. Tapi bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda telah memisahkan dua jiwa yang sedang asyik bercinta.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka bertaut kembali?

Marry me senorita novel Online

Untuk baca marry me senorita novel online Bab 1- Bab 14, boleh baca di wattpad. https://www.wattpad.com/story/180438134-suri-ryana-marry-me-se%C3%B1orita

Post a Comment

8 Comments

  1. Kak Pip siap beli novel ni dulu.
    Jalan cerita ok lah, hope drama dia lagi best bila dah adaptasi.
    Tapi selalu bila kes adaptasi, drama tak se-best novel.
    Hope yang ni best. Pelakon semua best2 juga.

    ReplyDelete
  2. Baca sinopsis macam best. Tapi,, boleh je nak tengok drama dia? hah

    ReplyDelete
  3. Fiza tersilap nama watak Janna Nick dengan Sini Schatzmann

    ReplyDelete
  4. Wah! sweet couple ni berlakon sama.
    mesti best!

    ReplyDelete
  5. hahaah ok sebelum nak baca novel kena tgk drama dulu

    ReplyDelete
  6. Wow.. gandingan pasagan ni ek.. fuh fuhhh!

    ReplyDelete
  7. Tajuk dia buat sha teringat lagu senorita.. mesti best layan novel dia nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.