Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Dua Puluh Dua Puluh - Aziz Harun & Bunga

Ye, dua puluh dua puluh (2020) memang tak indah sejak pandemik COVID-19 bermaharajalela diseluruh dunia. Tahun yang sangat sangat mencabar untuk semua orang semua negara, seluruh dunia!

Sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), untuk mengelakkan kemurungan ramai yang mula jadi kreatif. Tak ketinggalan, ramai artis menghasilkan single mereka di musim PKP haritu. 

Dua Puluh Dua Puluh - Aziz Harun & Bunga
sumber : Faithful



Terbaru, kolaborasi pertama Aziz Harun dan Bunga menghasilkan lagu bertajuk "Dua Puluh Dua Puluh" terbitan Faithful Music ciptaan bersama Romeo, Mage, Bunga dan Amzar Razqa. Menarik betul poster single 'Dua Puluh Dua Puluh' ni.

Single terbaru Aziz Harun 'Dua Puluh Dua Puluh' menceritakan tentang norma kehidupan pada tahun 2020. Dalam masa yang sama mengingatkan kita semua bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku tahun 2020.

Semoga kita bakal menyambut tahun baharu 2021 dengan semangat baru dan sabar menanti saat kehidupan kita kembali seperti biasa, kata Bunga.


Lirik Lagu Dua Puluh Dua Puluh- Aziz Harun & Bunga

2020, ku ingin nak berubah
Tapi 2020 penuh masalah
Ku ingin belajar tuk dapatkan degree,
Tapi sebab covid aku di sini

Aku tak tahan tengok muka abangku,
Masuk bilik, tapi tak pandai tutup pintu
Ku ingin bersabar tapi aku marah
Sebab aku tak boleh keluar rumah 

Tak boleh salam salam,
Sampai bila duduk diam

2020 kau tak Indah,
2020 kau tidak mudah untuk aku fahami
2020 ku dah cukup
2020 ku tak sanggup, untuk bersamamu lagi
Lebih baik aku ma..

Jangan jangan begitu
Sabar dulu fikir satu satu
Diri aku pun nak mati kutu
Jangan buntu masih ada tahun baru
Now hear me say 2021
Nak bebas berlari kemana pun
Aku tuju Tanpa risau
Walau bukannya mudah
Tapi ku pasti semua kan berubah

Tak boleh salam salam,
Sampai bila ku nak duduk diam

Jadi 2021 harap kau indah
2021 please jangan susah
Aku tak ingin guna mask lagi

2021 datang lah cepat
2021 aku dah penat
Tak sanggup hidup macam ini
Lebih baik aku ma..

Berdoa kepada yang satu,
terima kasih kerana hidupku,
Masih bernafas di muka bumi mu Maafkan ku..

Jadi 2021 harap kau indah
2021 please jangan susah
Aku tak ingin guna mask lagi

2021 datang lah cepat
2021 Aku dah penat
Tak sanggup hidup macam ini lebih baik aku maaa...


Post a Comment

6 Comments

  1. kreatif!! gambar tu pun sukaaaa... bestnya berbakat mcm ni

    ReplyDelete
  2. menariknya lagu dia! nanti akak dengar..hihihi

    ReplyDelete
  3. Lagu budak zaman sekarang. Satu hari kita akan tengok balik, dan jadi sejarah, 2020 ni, kenangan pahit manis, macam-macam benda buat dalam rumah, masa PKP dulu, dari lari dalam rumah, kopi dalgano, masak tak jadi, giler bercucuk tanam, anak upsr dan pt3 batal, orang kena berenti keja, orang tak leh niaga, dan lain-lain.

    ReplyDelete
  4. enjoy juga lagu ni..tp semua berkait covid hehee..semua x kesampaian hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.