Header Ads

Latest Update
recent

Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

Jemapoh Pizza Kayu Api, pizza viral Jemapoh yang semakin popular. Pizza kampung citoghaso international trademark dia. Kalau blogger mudah terpengaruh dengan rakan blogger. Mak mak kita terpengaruh dengan rakan group whatsapp.

Patutlah mak asyik sebut je pasal Pizza Jemapoh tu. Nak cuba rasa pizza kampung Jemapoh tu rupanya. Pergi lah kami berdua ke kedai pizza Jemapoh tu ha.

Jemapoh Pizza Kayu Api

Jemapoh adalah nama sebuah kampung yang terletak di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Bagitau siap siap. Nanti kang ada yang tanya Jemapoh tu apa. Dan disebabkan itu dinamakan Jemapoh Pizza.

Pizza viral Jemapoh ni mula viral sejak PKP. Perniagaan enam beradik yang menghasilkan Jemapoh Pizza Kayu Api telah menjadi tarikan dan lepas tu viral. Benda sedap memang cepat je viral. Unik pula tu menggunakan kaedah tradisional, pizza dimasak di atas dapur sabak menggunakan kayu api.

Masak pizza dengan menggunakan kayu api yang menyebabkan Jemapoh Pizza ni unik bukan biasa biasa dan extra sedap bila dibakar dengan kayu api. Aroma asap asap tu yang menambah rasa kesedapan Jemapoh Pizza Kayu Api ni.

Apa yang saya baca, idea ni tercetus bila mereka terperangkap kat kampung masa PKP tu. Rumah mereka memang ada dapur sabak tu yang memang digunakan untuk masak Pizza bila berkumpul ramai ramai satu family.

Dan ada antara mereka yang pakar dalam bidang roti dan pastri ni. Timbullah idea nak menjalankan perniagaan Jemapoh pizza homemade ni.

Terbayang bayang dah kesedapan Jemapoh Pizza kayu api ni. Almaklumlah memang teringin juga nak rasa pizza tradisional dan klasik macam pizza kampung Jemapoh ni. Yang wujud sekarang jauh jauh pula.

Kedai pizza Jemapoh ni bukan kedai biasa atau dereten kedai tu. Tapi kedai pizza Jemapoh ni adalah rumah kampung. Disebabkan pizza viral Jemapoh ni semakin viral, parkir pun penuh lah. Setelah pusing-pusing 2-3 kali barulah dapat parkir.

Ramai orang, jadinya husband pergi sorang je membeli. Tak dapatlah nak ambil gambar signage kedai. Lebih kurang dalam setengah jam menunggu, dapatlah pizza yang dipesan. Husband kata ada 3 jenis pizza je pun. No wonder lah masing masing keluar bawa 3 kotak. 

Masing-masing nak cuba tiga tiga jenis tu mungkin. Tertarik dengan design kotak Jemapoh Pizza Kayu Api ni. Nice sangat design logo dia. 

Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

Jemapoh Signature Original

Pizza Jemapoh Signature Original ni sangat recommended kalau nak cuba Jemapoh pizza kayu api ni. Sedap tekau! (tekau =kata kau). Kaya dengan tok nenek topppings. Memang sedap dimakan fresh from dapur sabak. 

Dah sejuk of course lah liat sikit roti tu. Hilang nikmat kesedapan tu sikit kalau dah sejuk baru nak makan.

Toppings

Sos pizza premium, sosej ayam smoked, capsicum, tomato, bawnag holland, cendawan king oyster, nanas, mozarella & cheese cheddar
Extra cheese RM20 | Extra segalo RM21


Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

Pepperoni Pilah

Katanya All time favourite tak kiro tuo mudo. Budak budak suko sobab takdo sayur. A real classic with a twist! Sodap gak. Tapi lebih suko yang ada sayur, sobab ayo pencinto sayor.

Toppings

Sos pizza premium, pepperoni daging, bawang holland, nanas + mozarella & cheese cheddar.

Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

Tuna Tikey

Tikey tu singkatan dari nama tempat Batu Kikir, sebuah pekan yang terletak di antara Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan. Fresh chili tang tikey! Podeh podeh sikit ikut tokak oghang nismilan tekau pizza tuna tapi podeh- podeh lado api. Sapo ghoma podeh. Wajib cubo!

Yes, Tuna Tikey ni pun sodap amek.

Toppings

Sos pizza premium, tuna flakes, mayonis, lado api, tomato, bawang holland, nanas + mozarella & cheese cheddar.

Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

Harga Pizza Jemapoh

Harga pizza Jemapoh boleh dikatakan harga standard pizza. Berbaloi dengan rasa dan dimasak dengan kaedah tradisional tu. Yang berdekatan boleh lah cuba. Tak rugi mencuba. 

Jemapoh Pizza Kayu Api, Pizza Kampung Citoghaso International

JEMAPOH PIZZA KAYU API

No. 27A, Kampung Desa Jemapoh,
Kampung Jemapoh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

facebook : https://www.facebook.com/JEMAPOH-PIZZA-KAYU-101556301575834/
instagram : https://www.instagram.com/jemapoh_pizza_kayu_api/

disclaimer : Bukan entry berbayar. Sharing is caring.

7 comments:

  1. jauhnya dekat N9.. huhuhuh Penang tak ada ke?

    ReplyDelete
  2. perghhh nampak sedap giler pizza dia..

    ReplyDelete
  3. Hmm.. branding dh ada.. packaging plak mantap.. boleh pegi jauh ni.. rasa pn mst rare sbb pakai dapur sabak kn?

    ReplyDelete
  4. Makchek akak kata sedap, penuh inti dan keju. Sayangnya belum dapat cuba. Untunglah yang duduk di K.Pilah.

    ReplyDelete
  5. kotak pun menarik tgk pizza not bad ala-ala pizza hut

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.