Azhafizah.com November Performance On Google Search

Sumpah tak percaya performance blog naik dari segi kiraan clicks (Web, impressions (web) dan juga pages with first impressions (estimated) on google search. Kalau tidak, ada je turun naik satu satu tu. 

Sebabnya bulan November lepas, bulan yang gigih untuk seorang Fiza ni update sampai 106 entri. Pecah rekod sebab bulan October update cuma separuh dari itu, 53 entri je. Kah! 

Patutlah tak berapa nak perform blog kau ni Fiza oiii...Ala biasalah, masa sibuk memang tak sempat nak hadap pun. Nak blogwalking apatah lagi.

Bulan November kira bulan yang rajin update entri dan juga blogwalking. Komen secara pukal blog mereka yang pernah singgah sini. Gunakan konsep sedekah, banyakkan memberi. Mana yang tak sempat, ampunnnn..nanti Fiza terjah okay.

Walaupun blog blogger lain lagi hebat dari kita. Jangan mengalah. Setiap orang kehidupan berbeza, inikan pula blog yang penulisan masing masing berbeza. Setiap blog ada aura hebat masing-masing, janganlah risau ye. 

Berblog lah dengan cara sendiri. Nak bagi tips tak pandai sebab bukan hebat sangat pun. Masa mendewasakan kita. Kejayaan ambil masa. Sejak 2009 Fiza berblog. Jadi, janganlah hairan pun pageviews banyak macam tu. Bukan sehari dua dapat gitu. Kau orang pun! 

Apapun syukur tak menurun bulan lepas. Kita tengok bulan Disember ni nanti. Harap semuanya perfoms baik punya.
Azhafizah.com November Performance On Google Search

Azhafizah.com November Performance On Google Search
104K Clicks (Web)🠅
1.38M Impressions (Web)🠅
7.68K Pages with first impressions (estimated)🠅

October
66.9K Clicks (Web)🠅
924K Impressions (Web)🠅
4.24K Pages with first impressions (estimated)🠇

September
48.9K Clicks (Web)🠅
743K Impressions (Web) 🠅
6.46K Pages with first impressions (estimated) 🠇

August
46.2K Clicks (Web)🠅
763K Impressions (Web) 🠅
1.27k Pages with first impressions (estimated) 🠅

July
43.9K Clicks (Web)🠇
683K Impressions (Web) 🠇
1.3k Pages with first impressions (estimated) 🠅

June
46.5K Clicks (Web)🠇
728K Impressions (Web) 🠅
1.01k Pages with first impressions (estimated) 🠅

May
48.1K Clicks (Web)🠇
710K Impressions (Web) 🠇
263 Pages with first impressions (estimated) 🠅

April
52.3K Clicks (Web)🠅
752K Impressions (Web) 🠅
30 Pages with first impressions (estimated) 🠇

March
47.6K Clicks (Web)🠅
594K Impressions (Web) 🠅
31 Pages with first impressions (estimated) 🠅

February
33K Clicks (Web)🠇
474K Impressions (Web) 🠇
19 Pages with first impressions (estimated) 🠅

January
38.2K Clicks (Web)
488K Impressions (Web)
13 Pages with first impressions (estimated)

How it started how it's going. Masa menentukan.

13 comments:

  1. Tahniah Fiza.
    Betul tu, berblog dengan cara sendiri. Yang penting rajin menulis. Walaupun ada hari-hari lemau yang terpaksa dilalui, namun demi minat usahakan juga untuk update mana yang sempat.

    ReplyDelete
  2. wahh terbaik.. banyaknya publish entry.. sy sebulan 4 kali ja hahaha

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhh fiza!!! Byk tu 106 entri... mst fiza sendiri pun tak sangka kan??? Semoga ini dpt memotivasikan fiza utk istiqomah update blog pd masa mendatang.

    Setuju dgn fiza. Setiap blogger ada kekuatan mereka sendiri. Yang penting nawaitu kita. Ada yg nk menulis krn nk jana pasif income, ada krn minat terhadap sesuatu dan ada juga yg menulis krn suka2. Kalau sibuk dgn kerja hakiki ada kalanya kita tpksa abaikan blog ni.

    Kesimpulannya berbanggalah dgn pencapaian diri sendiri. Kan? Hehehehe

    ReplyDelete
  4. Terbaik. Dari dulu sampai sekarang memang Fiza selalu baik je dengan semua blogger. Tahniah :). Semoga terus maju jaya ya dear..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. tahniah kak.. masing2 menulis dgn caranya sendiri kan kak

    ReplyDelete
  6. Keep up the good work Fiza.
    Berkat usaha.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Wah! banyaknya entry Fiza 106 berbaloi-baloi dengan performance macam tu
    Tahniah!

    ReplyDelete
  8. perghh dahsyattt..fiza ni akak suka sebab gambar2 dalam entri sangat menawan...datang sini puas hati tengok gambar cantik2..

    ReplyDelete
  9. tahniahhhh !! bestnyaaaa ada follower and view ramai2 ni kan.. teruskan tau :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, ketiga-tiga segmen naik.
    Akak yang first impressions itu turun.
    Ya ikut cara berblog masing-masing. Ada peluang dan internet laju maka lajulah melawat blog.
    Eh bulan ini google lambat beri laporan. Masa awal-awal bulan tertunggu-tunggu tapi masa tidak dijangka ada pula.

    ReplyDelete
  11. terbaik fiza! tak terkejar shida dgn semua ini hahahaa..
    boleh berguru dgn cara fiza :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.