Header Ads

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 1

Kisah bermula, Ezlan dan kawan-kawan termasuk bercamping di dalam hutan. Satu malam, Ezlan dan Laila berpakat untuk menakutkan kawan-kawannya. Ezlan jadi tukang cerita kisah seram dan Laila berlakon sebagai hantunya.

Sedang Ezlan bercerita, hantu tipu si Laila ni muncul. Takutlah masing-masing terkejut dengan kemunculan Laila. Kawan-kawannya ketawakan Laila, "Memang padanlah dengan muka buruk kau Laila jadi hantu". Laila sentap terus dengan kata-kata kawannya.

Laila memang mempunyai masalah kulit mukanya. Kesian Laila, disebabkan mukanya begitu jadi bahan ejekan pulak.
Esoknya di rumah Laila.

Dia mengadu pada maknya sebab di ejek kawan-kawannya. Laila menyatakan pada maknya akan perasaanya terhadap Ezlan.

                   aku yang kau gelar isteri full episode

Dirumah Ezlan.

Raihani, gadis yatim piatu tiada ibu bapa datang ke rumah Ezlan untuk meminang Ezlan. Mak Ezlan membantah dan tidak berkenan dengan Raihani. Ada pulak perempuan meminang lelaki kata Mak Ezlan.

Teruk Raihana dihina oleh mak Ezlan, Raihana sedih dan terus meninggalkan rumah Ezlan.

Di hari lain, sedang Ezlan duduk termenung di tepi sungai. Laila datang mendekati Ezlan dan Ezlan pun bercerita kepada Laila tentang maknya yang tak suka pada Rai (Raihana). Laila pun mencadangkan Ezlan membawa dirinya berjumpa mak Ezlan. Mana tahu mak Ezlan berkenan. Ezlan pun setuju.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 1
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episod 1


Sementara menunggu isya' Laila duduk termenung di beranda rumahnya dengan bertelekung. Mak Laila mendekati Laila dan mereka berbual. Mak Laila tak berkenan dengan mak Ezlan (Mak Lang) tu sebab sombong. Mentang-mentanglah anaknya si Ezlan tu pandai masuk Universiti.

Laila mencelah, setahu Laila Ezlan tak nak masuk Universiti sebab Rai. Perbualan mereka terhenti bila Laila perasan Ezlan lalu depan rumahnya. Ezlan terkejut "Ingatkan mak lampir tadi". Laila sentaplah dengar kata-kata Ezlan. Walaupun sentap, tetap dia sukakan Ezlan lelaki melayu terakhir. Tak sama dengan lelaki-lelaki K-Pop!

Laila mengajak Ezlan singgah rumah tapi Ezlan menolak dan berlalu pergi.

Esoknya di rumah Laila, Embun datang. Embun adalah kakak sulong mak Laila. Rupa paras Embun cantik dan nampak lebih muda dari mak Laila sedangkan jarak umur mereka tak jauh beza. "Long, kau ada pakai ke benda mak?" 

Benda kalau dah keturunan, nak turun kemana lagi? Pagar rumah kau pun aku dah langgar Jah, kata embun. 

Ezlan meminta tolong Laila untuk tumpangkan Rai di rumahnya sebab Rai terpaksa keluar dari rumah anak yatim. Sebelum tu Laila dah bertemu dengan makcik embunnya. Makcik embun pesan pada Laila, jangan dekat dan baik sangat dengan Rai.

Rai datang lagi ke rumah Ezlan untuk berbincang tentang perkahwinannya. Mak Ezlan tetap membantah dan tidak merestuinya. Tapi akhirnya Ezlan nikah juga dengan Rai.

Laila berang dan naik hantu bila Ezlan bernikah dengan Rai. Mak Jah (Mak Laila) cuba tenangkan Laila tapi dengan tidak sengaja Laila tertolak mak Jah.

Bersambung...

11 comments:

  1. Nak tengok tak ek cerita nih. Mcm seram ja

    ReplyDelete
  2. Semalam tengok juga episod satunya..
    Dari watak cerita, macam dah boleh agak ceritanya macam mana, tapi tu laa, malas nak ramal, kang jadi macam Hakim hahahahaha

    ReplyDelete
  3. tgk dh episod smlm...sbb ada fav hero adi putra wajib la tgk

    ReplyDelete
  4. mcm biasa, tggu habis baru nak marathon haaha ! too much in list now arghhhhh

    ReplyDelete
  5. tengok sbb ada adi putra je kak. haha

    ReplyDelete
  6. Done tengok! Hihi...
    Mari tengok dia buat apa next, walaupun tak minat Sakinah ni...kikikiikii

    ReplyDelete
  7. Hehe Sharifah Sakinah dipanggil mak lampir.

    ReplyDelete
  8. rasa mcm lama adi putra ambil masa utk kembali ke drama...

    ReplyDelete
  9. Suka tonton lakonan Adi Putra. Mantap! Tapi drama ini tak tonton lagi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.