Wofell 2 flavours dan Ice Blended

Monday, December 21, 2020

Petang semalam perut lapar, terus buka apps foodpanda. Bukan buka tudung saji. Bukan buka peti ais. Bukan buka kabinet tengok stok makanan. Tu diaaa zaman sekarang punya lifestyle. Semuanya dihujung jari bila dah malas.

Grabfood dah lama remove card link. Nak elakkan berlakunya duit hilang dalam bank. Foodpanda guna online banking je senang. Kena login macam biasa. Tapi grabfood kena link kan kad debit/credit sekali baru boleh proceed.

Bye bye grabfood! eh belum lagi uninstall sebab standby kot kot ada emergency nak guna grabcar ke apa. Bahaya betul bila buka apps foodpanda ni. Tengok itu nak tengok ini nak. Biasanya kau orang pilih ikut apa yang kau orang nak makan atau ikut harga, ikut cepat atau asal boleh?

Macam saya, akan tengok apa yang kita nak makan dan compare dengan kedai lain dari segi harga dan kecepatan masa tu. Tak ada pilihan lain? Terpaksalah pilih yang satu tu je.

Well, tak tahu nak makan apa untuk minum petang semalam. Nampak waffle teringin pula. Lama pula tak makan waffle. Sedang elok lah tu order waffle. 

Beli 2 jenis waffle dengan 2 jenis flavourse setiap satu tu.
  • waffle chocolate + strawberry
  • Waffle chocolate + peanut

Lewat 14 minit dari estimate time tu. Sampai sampai waffle masih panas lagi. Waffle agak lembik sikit mungkin sebab panas panas terus tutup dalam bungkusan. Kalau rangup sikit mungkin sedap makan.

Meleleh habis inti chocolate. Tak rupa waffle dah tu. Gigih juga kau nak snap kan.

Wofell 2 flavours

Inti chocolate dan strawberry tu banyak dan super sweet. Serius tak tahan rasa manis gila. Ke memang sekarang tak boleh bermanisan sangat. Manis manis pun kena habiskan jugalah.

Inti chocolate dan peanut so so manis dia. peanut tu bila blend dengan rasa chocolate jadi tak berapa manis sangat. Sedang elok lah rasa dia.

Order sekali ice blended sebab nak rasa.

  • Chocolate Vanilla Oreo Ice Blended 
  • Hazelnut Premium Ice Blended 

Ice Blended Wofell

Chocolate vanilla oreo ice blended manis juga. Hazelnut premium ice blended tu okaylah rasa hazelnut. Bukanlah sejenis yang sweet tooth sangat atau craving benda manis. 

Teringin makan waffle je cerita dia. Tak sangka pula manis teramat sangat. Tak biasa macam benda manis terlampau kot.

Mujurlah beli 2 je waffle. Lepas tu terus rasa pening sebab kemanisan terlampau. Potong kaki macam ni. 

Semalam beli sebab ada diskaun, itu yang mencuba tu. Kalau kau orang  boleh tahan dan suka kemanisan tu bolehlah order di wofell area Seremban by foodpanda. Bukan entry berbayar ye ni. Kita review ikut sukahati.

  • Waffle Chocolate + peanut RM4.55 RM6.90
  • Waffle Chocalte + strawberry RM4.55 RM6.90
  • Chocolate Vanilla Oreo Ice Blended RM6.09 RM8.70
  • Hazelnut Premium Ice Blended RM6.09 RM8.70


Inti tak kedekut tu boleh dipuji. Packaging pun nice dengan logo yang nice juga. Cuma kemanisan tu kena kurangkan. 

10 comments

  1. Nampak sedap dan menarik, tergoda!

    Akak belum pernah ngoder makanan kat foodpanda dan seumpamanya. Kot pandai, harus asik ngoder saja..haha!

    ReplyDelete
  2. Saya kalau waffle suka taruk peanut and coklat jugak. Tapi tulah kalau manis sangat boleh hilang rasa sedap tu

    ReplyDelete
  3. perghh..terliuq tengok waffle..banyak intinya..

    ReplyDelete
  4. hahaha... lucu pulak intro post fiza... lapar je bukak app panda bkn tudung saji ek.. sama lah kalau x order sehari mcm x sah je rasanya... tp xpelah kita nk bantu rider jugak kan?

    waffle kakmim suka peanut butter, butter, susu & honey je.. org² lama sungguh kn? hahaha

    ReplyDelete
  5. Itulah ada orang mungkin tidak kisah manis sangat.
    Hehe kalau akak pun tidak suka manis sangat. Kena seimbang manis, masam atau masin. Alahai tidak rangup tidak syok pula.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya .. akak suka coklat +strawbery... manis masam hehehh

    ReplyDelete
  7. Aduh, baru on diet balik harini . godaan sungguh!!! Hahahahs

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.