Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 5

Laila sedang duduk di ruang tamu. Mak Wan datang menghidangkan minuman untuk Laila. Sambil tu dia menasihati Laila. Laila tetap dengan pendiriannya untuk mengahwini Ezlan dan mengharapkan Ezlan menceraikan Rai di kampung.

Mak Wan terkejut dengan keputusan Laila. Puas Mak Wan menasihati Laila tapi sebaliknya Mak Wan di ugut oleh Laila. Kalau saya nak laki Mak Wan, kejap je saya boleh dapat, kata Laila.

Rais, anak Laila bermimpi yang neneknya ingin membunuhnya. 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 5
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episod 5


Di kampung Rumah Mak Lang
Ezlan sedang bersarapan dan ketika itu Rai bertanyakan kepada Ezlan dia bekerja dengan Siapa. Tergagap gagap Ezlan menjawab dan menjawab dia bekerja dengan sepupunya Naim untuk menyelamatkan keadaan. Rai berasa lega mendengar jawapan Ezlan.


Pada satu malam, Cik Embun dan Laila melakukan satu upacara mandi bunga di Sungai. Di rumah Cik Embun, Cik Embun tanamkan 'benda' pada Laila. Selagi 'benda' tu ada pada Laila, selagi tu Ezlan akan tetap bersama Laila.

Hadi, bekas suami Laila dan tunangnya Sarah dah mengetahui hal sebenar tentang Laila. Tunang Hadi sering di kacau oleh hantu Laila yang kerap datang kerumah.

Ezlan masih di kampung dan masih dingin terhadap isterinya, Rai. Ezlan duduk termenung di tangga dan teringat saat-saat manis bersama Laila di bandar. Ezlan tersedar dari lamunan bila terdengar bunyi handphonenya.

Laila mengingatkan Ezlan tentang janji Ezlan untuk berkahwin dengannya. Laila tak nak bermadu. Malamnya, Ezlan memberitahu Rai dia ingin berkahwin dengan Laila.

Apa salah Rai kat abang? Kenapa abang buat Rai macam ni? Rai menangis masuk ke bilik. Mak Lang tersenyum lebar mengetahui Ezlan nak berkahwin dengan Laila.

Di rumah Sarah, tunang Hadi.
Hantu Laila datang lagi mengganggu. Hadi datang bersama seorang Ustaz. Sarah kena rasuk!

Pak Leh datang ke rumah Mak Lang. Dia mengadu pada Ezlan yang dia ternampak Rai dan Pian berdua-duaan di satu tempat.

Cik Embun mengasap gambar Ezlan dan bungkus dengan kain kuning. Ezlan di kampung tetap ingin berkahwin dengan Laila. Dah angau betul Ezlan dekat Laila tu. Esoknya Ezlan keluar dari rumah membawa beg. 

Bersambung...

Post a Comment

16 Comments

  1. huaa scarynyaaa mengguna kan bomoh ni.. hmmmm still atie tak baca full sbb tanak spoiler hahaha tapi nak jg drop comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..benda syirik lagi nak buat. Okay faham faham. Selamat menonton nanti :)

      Delete
  2. Susah kalau sudah kena guna-guna.

    ReplyDelete
  3. Sis pun terjebak dah dengan drama ni..

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Dah makin melampau ye si Laila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak, sejak pakai 'benda' semakin berani dia

      Delete
  5. bahaya tu sbb angau dia sebab 'bantuan' lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'bantuan' yang akan memakan diri sendiri. menakutkan betul.

      Delete
  6. Mungkin beginilah kisah benar segelintir kecil masyarakat kita. sebab drama itu sebahagian kisah realiti hidup kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Amie. Mungkin masih ada yang mengamalkannya. Drama ni boleh dijadikan pengajaran.

      Delete
  7. Seramm... semakin seram... tak sabar nak tengok pembalasan kepada Lailaaa itu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari hari ada je seram dia. Tapi seram yang biasa je lah, kan?

      Delete
  8. lama tak tgk pelakon ni.. lupa dh nama

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.