Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Drama Keluarga Baha Don 2 Full Episod

Keluarga mafia No.1 Malaysia telah kembali! Peminat Drama Keluarga Baha Don tergantung musim 1 10 episod kini terjawab sudah dengan kemunculan Keluarga Baha Don Musim 2. Masih ingatkah lagi Jo menyedari bahawa ayahnya Baha Don mungkin masih hidup.

Dibintangi pelakon pelakon hebat seperti Remy Ishak, Jihan Muse, Khir Rahman, Othman Hafsham, Susan Lankester, Sharifah Aleysha dan Melissa Campbell dengan watak kekal musim 1 . Musim kedua siri Viu Original dah mula bersiaran pada Khamis, 3 Disember 2020 yang lepas.

Musim 2 pula akan menampilkan barisan pelakon untuk watak baru seperti Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan, Marsha Milan dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Kye Fariz @Syed Fariz Syed Khairuddin. Drama Keluarga Baha Don diterbitkan oleh Anomalous Films mengisahkan Keluarga Baha Don yang unik dan pelik. Mereka mempunyai bisnes kulinari dan dalam masa yang sama ada bisnes jenayah terancang.

Selepas Drama Keluarga Baha Don musim 1 berjaya mendapat sambutan hangat dari penonton dan berjaya memenangi 2 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) pada tahun 2019. Iaitu anugerah program komedi terbaik dan persembahan komedi terbaik yang dilakonkan oleh Jihan Muse.

Pastinya musim 2 lebih menarik dan lebih gila dengan plot twist yang mungkin tidak dijangkakan. Siapa pernah layan musim 1 mesti teruja nak tengok musim 2 ni. Haruslah!

Yang belum tengok Keluarga Baha Don Musim 1, kena layan dulu musim 1 baru layan musim 2 punya cerita okay. Barulah rasa syok bila dah faham jalan cerita. Keluarga Baha Don ni mengingatkan Drama Kampung People. Sama lawak!

Drama Keluarga Baha Don 2 Full Episod
sumber : Viu Original



Drama : Keluarga Baha Don 2
Jumlah Episod : 10
Mula Tayangan : 3 Disember 2020
Siaran : Viu Original
Pengarah : Kye Fariz @Syed Fariz Syed Khairuddin

Tonton Online Keluarga Baha Don 2

Keluarga Baha Don Episod 1
Keluarga Baha Don Episod 2
Keluarga Baha Don Episod 3
Keluarga Baha Don Episod 4
Keluarga Baha Don Episod 5
Keluarga Baha Don Episod 6
Keluarga Baha Don Episod 7
Keluarga Baha Don Episod 8
Keluarga Baha Don Episod 9
Keluarga Baha Don Episod 10



Pelakon Keluarga Baha Don 2

Remy Ishak
Othman Hafsham
Jihan Muse
Khir Rahman
Susan Lankester
Sharifah Aleysha
Melissa Campbell
Indi Nadarajah
Nam Ron
Mark Adam
Alvin Wong
Douglas Wong
Razak Ahmad
Sabri Yunus
Tony Eusoff
Junji Delfino

Sinopsis Keluarga Baha Don 2

Jo Don dan Mat Don berjaya melarikan diri dari cengkaman penculik yang tidak seperti penculik. Sementara itu, saingan kejam keluar untuk menghancurkan keluarga Baha. Bolehkah Jo yang berwatak lemah lembut mengubah dirinya menjadi gangster Don dan kembalikan semula kepercayaan rakan sekutunya untuk menyelamatkan diri.

Post a Comment

19 Comments

  1. Teringin sangat nak tengok, tapi tak langgan viu huwaaa

    ReplyDelete
  2. mcm mana nk tgk.. mcm best. huhu tak langgan viu

    ReplyDelete
  3. x pernah tgk sbb xde viu... so x boleh komen yg season 1 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok kat website viu kakmim. klik je link pink tu terus ke website viu. Boleh tengok sekali season 1 :)

      Delete
  4. Tengok barisan pelakon-pelakon memang hebat.

    ReplyDelete
  5. kena tgk season satu dulu ni baru boleh tgk season 2 ni

    ReplyDelete
  6. mcm menarik! tp shida xpernah tgk yg season 1 pn ^_^

    ReplyDelete
  7. Ketinggalan ketapi akak. Musim 1 pun tak tengok. Nasib Fiza ada bagi link. Thank you, ye. :)

    ReplyDelete
  8. Ni la drama melayu yang akak follow tiap episod. sejak habis drama ni terus uninstall Viu.Hahah. Nampaknya kena install Viu semula la.

    ReplyDelete
  9. alaa mesti kelakar ek cite ni..tapi nak tengok tu kena tunggu betul2 takde benda nak buat..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.