Drama Potong Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Hazama Dan Kaza Saisi

Tuesday, December 22, 2020

Drama 'POTONG' bergenre komedi lakonan Hazama dan Kaza Saisi bakal disiarkan pada 29 Disember 2020 di Astro Warna. Drama komedi potong akan bersiaran setiap hari selasa, jam 9:00 malam.

Tengok nama barisan pelakon pun dah tahu drama komedi. Hazama kalau dah bergabung dengan pelakon otai Kaza Saisi, tak pernah tak kelakar. Selain tu, ramai lagi pelakon hebat memeriahkan drama potong ni.

Drama Potong diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Boleh layan drama komedi ni nanti.  

Drama Potong Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Hazama Dan Kaza Saisi
kredit : to respective owner




Drama : POTONG
Jumlah episod : 15
Mula tayangan : 29 Disember 2020
Waktu siaran : Selasa, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna & Warna HD
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi  : World Evolution Brain,

PELAKON DRAMA POTONG

Hazama sebagai Midun
Kazar Saisi sebagai Mustapa
Lan Siro sebagai Jeman
Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur
Wafariena Roslan sebagai Lia
Dalimawati sebagai mak Midun
Rosyam Nor
Johan
Jurey Rosli
Black Hanifah
Along Eyzendy
Neera Azizi
Daler Yusuf
Kamarool Hj Yusoff
Erul Samah
Hamdan Senario 

SINOPSIS DRAMA POTONG

Sinopsis Potong Episod 1

Midun balik kampung di Lenggong. Abah Midun sakit, teringin nak makan Chicken Chop. Sebelum meninggal, abah Midun sempat menyampaikan amanat pada Midun supaya mewarisi pekerjaan tradisi keluarga mereka sebagai tok mudim. 

Midun terima dengan hati terbuka dan bekerjasama dengan Mustapa. Ada seorang orang kampung bernama Jeman Sado yang suka buat jahat, paw duit orang kampung, mencuri tabung masjid. Microfon masjid pun dia kebas! Sesuatu telah berlaku pada Jeman Sado dan terbongkarlah satu rahsia.

Kantoi!  Jeman sado  tak sunat lagi. Dr. Nur pula buka klinik baru di Pekan dan ada perkhidmatan berkhatan. Ini membuatkan Midun tak senang duduk, risau akan kehilangan pelanggannya. 


Sinopsis Potong Episod 2

Sesuatu yang tak dijangka terjadi. Tak tahu nak gelak ke nak kesian. Ketika menyunatkan seorang budak degil, tak pasal-pasal Midun dan Mustafa kene tendang dengan budak degil tu. Selepas keluar dari hospital, percubaan kali kedua untuk disunatkan. Kali ni Midun diludah pula. Lalu merajuk dan pulang ke rumah. Bermacam dugaan menyunatkan budak budak ni.

LAGU TEMA DRAMA POTONG (OST)

Adinda - Hazama

Lirik Lagu Adinda- Hazama

Kata orang kalau bercinta
Janganlah sampai buta
Baiklah berpada
Jahat jangan dicuba
Manis pahit masam masin
Begitu kehidupannya

Kata-kata bagai pujangga
Membuahkan ilusi
Redup pandang mata
Penuh berteka teki
Tanam tebu pinggir bibir
Siapa yang tergelincir

Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan

Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku

Jika ditelan mati mama
Diluah mati papa
Bercakap pun salah
Tak cakap pun bersalah
Biarlah ku mengalah
Dari kita mengundang parah

Hari hari mengejar ungu
Mata jadi kelabu
Hingga akhir waktu
Terlupa tujuan mu
hidup hanya sekali
Jangan bikin benda rugi

Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan

Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku

Andai kau tahu perasaanku
Punya ruang dalam perhatianmu
Pasti kau takkan
Menafikan cinta yang
menafikan cinta yang terbaik untukmu

Dinda...
Cintaku bukan hanya
mainan
Dinda...
Rinduku bukan hanya
hasutan

Inginku cuba untuk katakan
Yang aku cinta padanya
Tapi sayang dia bukan milik aku
Tapi sayang dinda
kau bukan milik aku

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.