Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Perkhidmatan Google Seluruh Dunia Terhenti Seketika

Gelabah sekejap bila google buat hal. Boleh pula dia acah-acah kita berhenti perkhidmatan seketika. Perkhidmatan google mengalami gangguan besar selama lebih kurang satu jam seluruh dunia hari isnin semalam mengakibatkan pengguna internet tak dapat access perkhidmatan internet daripada google.

Perkhidmatan Google Seluruh Dunia Terhenti Seketika


Apakah Sebahagian perkhidmatan google :

  • Gmail
  • Google Search
  • YouTube
  • Blogger
  • Google Maps
  • Google Drive
  • Google Calendar
  • Google Docs
  • Google Slides
  • Google Sheets
  • Google Groups
  • Google Hangouts
  • Google Keep
  • Google Tasks

Ahh sudah, dah kenapa email dan dashbord blogger tak error je ni. Kena hacked ke apa? Itu je yang terlintas dalam fikiran. Tak terfikir pula google akan ada gangguan lama macam ni. 

Puas lah dok tekan refresh. Still tak loading page dan keluar error. Lebih kurang dekat pukul 9 malam barulah dapat access email, dashboard blogger dan blog.

Memang terkesan sungguh bila google buat hal macam ni terutamanya YouTube, Gmail, Google Maps dan Blogger. Lebih dari 40 ribu aduan diterima dari serata dunia. Mana tidaknya, ianya menjejas kerja dan pendapatan mereka yang menggunakan perkhidmatan google.

Patutlah nampak adsense segan silu nak naik semalam sebab blog tak boleh view pun. Okay takpe, bukan rezeki semalam. Mungkin rezeki hari ni lebih baik.

Gangguan perkhidmatan google kali ni dikatakan lebih teruk daripada gangguan besar tahun lepas. Macam ingat-ingat lupa kejadian tu. Masihkah kau orang ingat?

Bukan blog dan website je terjejas teruk, beberapa apps juga tak dapat nak access dalam masa yang sama. Bila perkhidmatan besar macam ni tergendala memang akan menjejaskan kerja yang berkaitan.

berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/12/765079/khidmat-google-gmail-youtube-global-alami-gangguan

Post a Comment

18 Comments

  1. Tidak sedar ada gangguan tahun lepas tapi dulu-dulu blogger ada masalah lagi lama tidak silap hampir sehari masa itu gelabah sebab aktif berblog. Tidak ingat tahun.
    Nasib baik sekejap sahaja untuk tahun ini.

    ReplyDelete
  2. yep, wak pon terkena juga dgn masalah google semalam bila nk updet blog., huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ohhhhhhh.. patutlahhhh.... mlm tdi try bukak time tuh, x leh.. mak pun tanya tanya... kenapa hp dia x leh bukak utube.. hahahaha..... Rupanya google wat hal ek

    ReplyDelete
  4. Kan, semalam pun hubby akak nak bukak youtube takleh, dia ingat apps youtube dia yg x update..

    ReplyDelete
  5. patutla malam tadi akak nak buka blog tak boleh, bukak kawan lain pun sama...
    nasibla fb, ig, wassap semua takde masalah hehehe

    ReplyDelete
  6. uihh ada ye? mama tak perasan pun

    ReplyDelete
  7. Memang saspen dibuat nye bila tak boleh akses

    ReplyDelete
  8. Ooh..tak perasan pulak. Lama tu kalau dekat sejam. Banyak kesannya.

    ReplyDelete
  9. tak perasan pula. sbb mlm dh tak buka google atau blog

    ReplyDelete
  10. bila masalah mcm ni, nk update blog pun tak boleh

    ReplyDelete
  11. Tak perasan pula. Ada juga sekali buka blog tak boleh, ingatkan gangguan talian. Rupanya begitu ceritanya. Syukurlah, tak lama kemudian ok semula.

    ReplyDelete
  12. betul kan ,klu ada error dekat google mesti kita gelabah tkot kena hack kan hehehe

    ReplyDelete
  13. kakmim x perasan pulak.. mungkin ms tu x online kot... bila dgr deejay radio berceloteh semalam barulah kakmim tau google berehat sebentar... hehehe

    ReplyDelete
  14. Tak sedar ada gangguan masa ni sebab akak sibukkan benda lain 😊

    ReplyDelete
  15. uik tak perasan pulak ha...sebab malam pukul 8 gitu ek kejadiannya...memang tak buka laptop la maknanya...haha

    ReplyDelete
  16. Akak tak perasan pun hari Isnin lepas, google down. Mungkin sebab sekejap kot. Masa akak buka untuk update blog, takde masalah.

    ReplyDelete
  17. Masa fiza update baru shida prasan..mmg xkeruan dibuatnya tau!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.