Resipi Kek Pelangi Kukus Mudah

Wednesday, December 16, 2020

Menarik betul tengok kejadian kek unicorn viral tu. Kek lapis pelangi kukus yang menggunakan warna warna pelangi sebagai daya tarikan. Sedap ke tidak, tolak tepi dulu. Yang penting warna tu memang menarik perhatian betul.

Kek pelangi atau rainbow cake ni rupanya mudah je nak buat pun. Buat satu adunan dan asingkan mengikut warna, masak lapisan demi lapisan dengan cara kukus. Tapi itulah, ovelette tak ada pula. Makanya, kita simpan dulu lah resepi kek lapis pelangi kukus ni. 

Resipi Kek Pelangi Kukus Mudah

Resepi kek lapis pelangi kukus/resepi rainbow cake/kek unicorn viral

Bahan-Bahan:

4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovellete
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
Esen vanila Perisa dan pewarna

Cara Penyediaan

1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
3. Masukkan tepung, mix sebati.
4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai.
7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit.
8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana.

Kredit resipi & gambar : Makan Sedap Johor

25 comments

  1. masyaAllah...cantik betul kejadian dia tu..takpe, nanti ada ovallate boleh buat tau!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kek ni. Just nice tona warnanya 😊

    ReplyDelete
  3. Cantikkan kejadiaannya, kenalah rajin nak dpt hasil yg cantik.

    ReplyDelete
  4. Menggoda betul. Sementelah semua bahan ada ni, cuma kerajinan je takde :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menggoda. Tak tergoda ke nak buat tu kak bahan dah ada :p

      Delete
  5. Cantiknya kek ni fizah, rajinnya lapos lapiskan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan orang yang membuatnya ni memang rajin. Kena tunggu saya rajin baru boleh buat :)

      Delete
  6. Wah, first time tengok resepi kek guna santan. Memang nampak sedap, Fiza. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah buat kek guna santan. Sebab tu rasa nak cuba dan simpan resipi ni. Nanti boleh cuba :)

      Delete
  7. Macam-macam. Kreatif cari cara baru untuk kek lapis.

    ReplyDelete
  8. Allahh fiza..color dia menggoda betul..terus rasa nak mkn..kek ni ^_^

    ReplyDelete
  9. Cantikkknya kek ini. Mesti sedap jugak 😋😋

    ReplyDelete
  10. Wahhh kek colour colour mcm ni menarik perhatian utk sy makan ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.