Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Oncidium Orchid, Yellow Gold Orchid Yang Cantik Lagi Menawan

Orkid, sejenis bunga hiasan yang cantik. Ada banyak jenis orkid yang mempunyai peminatnya sendiri. Ada orkid hiasan, ada orkid hutan yang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. 

Harga bak golongan bangsawan. Mungkin disebabkan itu juga ramai yang tak berminat dengan bunga orkid ni. Tapi orang kata kalau dah minat, sanggup je berhabisan duit. Minat orang lain-lain. Jadi, ikutlah minat masing-masing.

Bunga Orkid

Orkid dalam bahasa inggeris adalah Orchid. Dalam bahasa melayu dipanggil bunga Anggerik. Tapi kini nama Inggeris sering digunapakai secara meluas dengan ejaan orkid. Perkataan orkid juga wujud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. 
[or.kid] | اورکيد
Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau bunganya, spt Vanda spp.; Arundina spp.; anggerik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[or.kid] | اورکيد
Definisi : 1. tumbuhan daratan atau epifit dr famili Orchidaceae yg bunganya berwarna terang dan cantik, anggerik; 2. bunga dr tumbuhan 1. di atas, anggerik.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ge.ri/] | اڠݢريق
Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya tidak mudah layu); orkid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
kredit : Dewan bahasa dan pustaka.

Bunga orkid dari Orchidaceae yang merupakan famili terbesar dalam pohon berbunga Angiosperma. Orkid merupakan bunga kebangsaan negara Singapura. Ada banyak jenis orkid hidup. 

Pokok orkid gantung biasanya dijadikan sebagai orkid hiasan.Di kampung kampung, orkid juga ditanam di dalam tanah tanpa pasu.

Jenis-Jenis Orkid di Malaysia

  • Dendrobium
  • Phalaenopsis
  • Arachnis
  • Vanda
  • Cattleyan
  • Oncidium

Mak saya salah seorang peminat orkid. Itu dulu sebab dah jarang nampak mak beli bunga orkid. Mungkin sebab harganya agak tak masuk akal pada mak. Sebab tu mungkin mak dah stop beli. Mak mertua pun ada juga tanam bunga orkid. 

Cuma ada satu je pokok orkid yang berbunga. Cepat cepatlah saya snap sebelum melepas bunga gugur atau tamat tempoh cantiknya. Bunga pun ada jangka hayat dia. 

Bukan selamanya mekar dan cantik. Bunga Oncodium Orchid ni menarik perhatian betullah. Lebat pula dia berbunga.

Oncidium Orchid

Oncidium orchid ni dikenali dengan nama yellow gold orchid. Nampak tak warna yellow gold yang menyerlah tu. Siapa suka warna kuning terus jatuh hati tengok. Kuning dia ceria dan terang betul. Nice colour is it?

Cara Menanam Orkid

Orkid ni medium penting dia sabut kelapa, arang dan pecahan batu bata. Orkid mudah ditanam dan boleh hidup tanpa tanah bergantung kepada jenis. Tak arif sangat tentang penanaman bunga orkid. Cuma biasa nampak di tanam menggunakan medium sabut, arang dan pecahan batu batu tu je lah.

Petua Orkid Cepat Berbunga

Ada bermacam macam petua yang Fiza jumpa. Yang biasa dan mudah dibuat menggunakan kulit telur yang ditumbuk halus. Ada juga menggunakan baja organik macam tahi kambing. Ada juga menggunakan baja moden, contohnya ezigrow.

Cara Perjagaan Orkid

Penjagaan orkid sama seperti penjagaan bunga yang lain. Cumanya kena faham setiap jenis pokok orkid. Perlu disiram, dibaja dan diletakkan di tempat yang sesuai. Buang akar akar yang reput dan mati. Pendek kata, kena kerap belek belek pokok lah untuk pastikan pokok orkid hidup subur.

Sebab tu peminat orkid ni rajin membelai pokok orkid. Agaknya lah. Tapi betul ke macam tu? Mak saya dulu pun ralit je tengok pokok orkid. Sekarang ni mak tak manjakan sangat pokok orkid. Jaga macam biasa je. Bunga pun dah jarang muncul. Tak letak baja agaknya kot.

Mak mertua pun biarkan je pokok bunga orkid ni tepi pagar. Tak jaga sangat pun. Biasalah, pokok pokok kat kampung ni tak jaga sangat pun dia boleh survive. Mungkin sebab persekitaran kampung membuatkan pokok pokok hidup subur juga.

Yellow Gold Orchid

Tak letak baja apapun, tahu tahu dia berbunga lebat macam ni. Sebelah tu daun kari tumpang menyelit dalam gambar. enterframe pula dia.

Post a Comment

8 Comments

  1. Cantik bunga orkid. Kuning. Akak suka bunga color terang. :)

    ReplyDelete
  2. bunga orkid yg chantek n menawan., harga pon bole tahan mahal., huhuhu

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa.. geram tengok pokok galak berbunga macam ni :)

    ReplyDelete
  4. Trending skrg orkid sintetik tu.. kayangan jugak tuu harganya.. tp yg hidup lg lawa kn gantung2 tepi rumah

    ReplyDelete
  5. Kuning!! i love yellow tapi now obsess dgn sunflower

    ReplyDelete
  6. Orkid ini kecil-kecil bunganya. Memang selalu nampak orang tanam.

    ReplyDelete
  7. bunga orkid kalau terang memang lawa! rumah nampak berseri

    daun kari pun lebar. merimbun nampak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.