Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Dapat Pishing Email. Apa Nak Buat?

Beberapa hari lepas dapat satu email. Email berbaur mengugut sangat. Kita pun jadi gelabah bila dapat email ugutan, kalau tak buat kena saman tak pasal pasal. 

Isu dia tentang gambar. Kononnya kita ambil gambar dia dan letak dalam website kita. Istilah dia curi 'gambar dia' lah.

Kalau tak remove dari website, kita akan kena saman. Mahu tak gelabah bila dapat email macam tu. Sebab pernah terjadi sebelum ni ada seseorang komen suruh creditkan gambar tu pada dia baru dia halalkan ambil gambar dia.

Gambar tu dah pun saya remove. Senang tak ada isu dah. Ye, faham salah saya ambil gambar tak letak credit. Mana lah nak ingat entry lama tu kan. Zaman blogger baru nak up tu. 

Well bila dah viral, mulalah nak claim. Salah owner juga tak letak watermark. 

baca : kes tak letak watermark, owner suruh letak credit

Sejak dari itu, kalau ada email atau komen suruh letak kredit bagai. Saya okay je jika cakap elok-elok. Tak perlulah nak hamburkan kata-kata kesat. Nak saman bagai. 

Dunia internet ni luas, sekali dah berkongsi/upload memang meluas lah pergi dia. Berbalik pada topik utama, ini email yang saya dapat beberapa lepas.

Phising email example

Pishing Email Mellita Photographer

Kalau kau orang dapat email macam ni, apa yang kau orang akan buat? Mesti lah terus klik pada link yang diberikan untuk memastikan kesahihan gambar tu. 

Mestilah kena tengok lepas tu boleh remove terus kan. Settled, habis cerita. Saya dengan gelabahnya terus klik link tu. Bukan sekali, bukan 2 kali. Ada 3 kali mungkin. 

Gelabah punya pasal nak tengok gambar apa nak remove cepat cepat kononnya. Bila klik link tu tak ada apa pun. Kosong! Ahhh sudah. ini apa ni. 

Baru terdetik nak menggoogle email dan juga info berkaitan dengan email ni. Rupanya ramai yang dapat email ni. Ramai cakap ini adalah salah satu contoh phising email. Modus operandi dia sama cuma nama berubah.

Hello there!
This is Melitta and I am a certified photographer.

I was baffled, to put it nicely, when I found my images at your website. If 
you use a copyrighted image without an owner's license, you must know that 
you could be sued by the copyright holder.

It's against the law to use stolen images and it's so сheap!

Here is this document with the links to my images you used at 
www.azhafizah.com and my earlier publications to get the evidence of my 
legal copyrights.

Download it now and check this out for yourself:

https://sites.google.com/view/id1008900044/google/drive/file/downloads/storage?FileID=40699564492957591

If you don't remove the images mentioned in the file above during the next 
few days, I'll file a to your hosting provider informing them that my 
copyrights have been severely infringed and I am trying to protect my 
intellectual property.

And if it doesn't help, for damn sure I am going to take it to court! And 
you won't receive the second notice from me.

Regards,
Mel | Meshot678@gmail.com

Alamak, dah terklik link tu. Apa nak buat ni? Selepas beberapa hari so far tak ada benda pelik berlaku. Risau juga dibuatnya. Harap harap tak ada berlaku lah. Dah siap scan antivirus. Harap membantu lah. 

Apakah Phising Email

Phising email ni tak lain tak bukan tujuan dia untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. Sebagai contoh di atas. Suruh klik link untuk mereka dapatkan maklumat peribadi dengan cara hacked peranti yang kita gunakan tu.

Sebahagian besar phising email dihantar untuk menipu pengguna dalam perbankan internet atau maklumat kewangan seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau nama login dan juga kata laluan (password).

Ada juga phising email yang meletakkan link/pautan borang palsu untuk kita isi. Macam macam muslihat ye orang menipu zaman sekarang. Sebagai pengajaran, bila dapat email macam ni kena google dulu maklumat penghantar dan maklumat yang dihantar.

Kemudian pada email tu, klik report phising. Hati hati dengan email zaman sekarang. Ramai betul scammer dan phising email yang bukan bukan mencari mangsa. 


Post a Comment

16 Comments

  1. uish seram juga kalau kena macam ni..

    ReplyDelete
  2. Oh, ok. Kalau tak berkenaan, akak delete je dan report spam. Yang bank punya phising email pun satu, bila masa ntah ada account ngan bank ni, pelik dibuatnya. Ha ah, sekarang apa-apa gambar bukan kita amik, kena letak credit, takut kemudian hari, orang cari kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuu.. tapi kalau sy x kredit...sebab nampak pic tu dah ada label or logo org tu, sy biorkan aje nampak link dia dalam pic tu. huhuu..

      Delete
  3. Haah mesti gelabah kalau dapat e-mel begini.
    Terima kasih beritahu. Panduan akan datang.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih beritahu . takut rasanya.

    ReplyDelete
  5. kadang2 scam tu cari mangsa je., huhuhu

    ReplyDelete
  6. kebiasaan scammer tu cari jalan supaya kita cuai and login internet banking kita melalui platform yang dorang sedia

    ReplyDelete
  7. Ishhh.. ada jugak gini eh.. ok. kena more careful lah nampak gaya.. thankss info

    ReplyDelete
  8. uish bahaya jugak tu...pelik jugak dalam email tu, dia tak terus letak link entri kita yang guna gambar kita tu..suruh klik link gambar dia pulak..nampak nau scammer..huhu

    ReplyDelete
  9. mmg gelabah kalau dapat emel macam tu..siap nak saman masuk court lg..

    ReplyDelete
  10. Pernah gak macam dapat tapi ignore je hehehe... Sebab yakin semua gambar adalah milik sendiri.
    Kalau Kak banyak kali website copy ambil the whole blog content pergi ke website diorang. Nampak ketara dengan watermark kita semua di sana. Jadi complain terus dekat provider.

    ReplyDelete
  11. Kalau shida pun gelabah fiza, tp biasa shida dapat tak kan tekan..kalau ragu2 hahaa dasar penakut kot virus ke ape ke haa sudah..naya ^_^

    ReplyDelete
  12. Risau pulak kena benda-benda macam ni ya. Serius la makin aggresive pulak tindakan phising email bagai. Moga dijauhkan segala scam.

    ReplyDelete
  13. Seram pulak kalu dapat email camni. Thanks for sharing fiza 😊

    ReplyDelete
  14. Mesti nervous bila dpt email mcm ni... kalo email yg masuk spam biasanya kakmim mmg xkn klik... open utk baca je... tp melibatkan saman menyaman ni mmg akn klik kot.. pasal gambar tu kakmim pun jarang nk buat watermark.. malas pulak... hmm

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.