Selain Kurangkan Berat Badan, Jump Rope/Skipping Mencantikkan Kaki Juga

Sunday, December 27, 2020

Selamat pagi! Kagum dengan semangat Kak Nur, seorang slow runner yang hari hari berjaya menyahut cabaran buat skipping/jump rope. Salute! Bukan mudah nak konsisten buat jump rope setiap hari. 

Bila tengok semangat kak nur setiap hari buat jump rope, rasa macam terinspirasi nak tiru gaya hidup sihat kak nur. Harap harap bukan hot hot chicken poop lah ye. Bila nak mula tu? Gaya macam teruja sangat. Jangan cakap je, kan.  

Mungkin boleh mula january 2021 tahun baru nanti. Acah acah Azam baru lah katakan. Azam 'kurus' yang tak pernah lagi tercapai. Kah!

Jump rope/Skipping

Gerakan melompat dengan tali disebut jump rope atau skipping. Dipanggil juga lompat tali dalam bahasa melayu. Lompat tali adalah satu olahraga kardio yang mampu membakar kalori lebih banyak disebabkan anggota badan bergerak secara keseluruhannya. 

Ye, walaupun sekejap cuma tetap boleh membakar kalori. Contohnya buat aktiviti skipping 10 minit dapat membakar lebih kurang 124 kalori bersamaan dengan 30 minit jogging. 

Dalam situasi pandemik covid-19 yang sedang berlaku sekarang, banyak aktiviti riadah di luar tidak dibenarkan. Demi mengekalkan kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat, salah satunya boleh lakukan aktiviti jump rope di rumah je.

Waktu terbaik untuk skipping

Menurut kajian, melakukan aktitviti senaman pada waktu petang sekitar 4-6 petang adalah waktu yang terbaik. Ini kerana paru-paru berfungsi pada tahap optimum. 

Masa ni juga otot lebih anjal dan membolehkan kita bergerak dengan lebih baik jika dibandingkan membuat senaman pada waktu pagi.

Setelah sehari suntuk bekerja atau melakukan harian, dengan senaman dapat memberikan ketenangan dan memberikan kecergasan. Bersenam waktu petang juga sebenarnya dapat memperbaiki sistem tidur kita.

Manakala bersenam pada waktu pagi sebelum sarapan, ada yang mengatakan dapat meningkatkan aktiviti metabolisme dan minda. 

Bersenam sebelum mengambil sarapan juga dapat mengubah pengaliran darah ke otot untuk proses penghadaman dan juga membakar lebihan lemak.

Dengan melakukan rutin lompat tali dengan kerap seminggu dapat meningkatkan stamina dan kapasiti paru-paru. Bukan itu sahaja, skipping membantu menurunkan berat badan.

Apakah skipping boleh mengecilkan peha?

Ya, dengan melakukan skipping juga bermanfaat untuk mengencangkan otot paha dan inti (core) tubuh badan. 

Jump Rope/Skipping Untuk Shapping Kaki Cantik
credit to respective owner, pssttt watermark tak jelas.

Kebaikan lompat tali 

  1. Apabila anda melompat, tubuh akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan. Ia juga membuatkan tubuh berasa lebih santai.
  2. Meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.
  3. Memperkuatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih baik.
  4. Dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.
  5. Penggunaan tali skipping selama 15 hingga 20 minit membantu membakar keseluruhan kalori daripada sekeping bar coklat.
  6. Boleh membuka liang roma dan mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh.
  7. Ketika anda melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan akan membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori terbakar ketika berjalan dalam jumlah yang sama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/21149/LIFESTYLE/Oh!-Lelaki/Jangan-teragak-agak-untuk-melakukannya

9 comments

  1. baru tau jump rope boleh cantikkan kaki... waaaa .... ok need to do it starts from today

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba jugak aktiviti skipping ni. Sebab berat sekarang, berat mata memandang. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Fizah, patut akak tersedak-sedak sejak pagi. Hehe.. mekasih Fizah, mention blog akak yang kecik tu. Sila, sila, marilah kita beramai-ramai skipping. :) Akak suka skipping sebelum sarapan, badan rasa ringan. Semua orang boleh buat. You can do it too, Fizah. :)

    ReplyDelete
  4. Aktiviti yang mudah
    Dalam rumah pun boleh buat.
    Banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  5. time sek dulu time active sikit ni mmg rutin cg suruh buat nak warm up..
    srkng ni buat adehh.. rasa lemah lutut hehe..

    ReplyDelete
  6. lama dh tak buat skipping. hehe
    tali pun tak ada

    ReplyDelete
  7. housemate akak pun rajin skipping ni..kitorang tumpang lah pinjam tali skipping dia..buat dalam rumah pun boleh, senaman terbaik untuk bakar kalori dengan cepat..tapi tu la, bila gemuk macam akak ni, kaki cepat sakit kalo kena melompat..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Betul itu senaman mudah dan boleh dibuat di rumah. Hait masih belum ada tali skipping. Masih bertangguh mencari.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.