Responsive Ad Slot

Slider

Tak Sia Sia Tanam Bawang Bertunas, Jadilah Daun Bawang Yang Berguna

cara tanam daun bawang guna bekas telur cara tanam daun bawang merah tanam daun bawang tanpa tanah cara tanam daun bawang dalam botol
Mendung, kejap kejap hujan, lepas tu panas. Berulang lah proses tu dua tiga hari ni. Cuaca tak menentu. Mood pun terikut sekali tak menentu. Bila tak ada mood, ada jugalah yang menghiburkan hati. Hari-hari tengok perkembangan pokok daun bawang nan sepi ni rasa teruja pula bila tumbuh besar dengan cepat.

Haritu sajalah potong 2-3 helai daun bawang, buat nasi goreng dan taburkan daun bawang. Menarik sikitlah bila ditambah daun bawang sebagai accesories makanan. Aroma daun bawang dia tak berapa sangat. Kalau ditambah dalam daun sup panas rasa dia akan jadi lebih sedap lagi.

Gambar terkini daun bawang selepas di potong. Cepat betul membesar selepas dipotong 2-3 hari macam tu. Lagi cepat berbanding yang masih belum potong tu. Ikutkan tradisi cucuk tanam memang elok dipotong/dipangkas untuk menggalakan pertumbuhan tanaman. Ye, itu memang ternyata betul.

Daun Bawang Cepat Besar

Memang tak sia-sia tanam bawang bertunas, berguna untuk tujuan memasak. Kalau tidak, nak buat sup ke apa ke kena beli. Beli pun guna sikit je kan. Nampaknya kena sentiasa rajin potong dan guna untuk dia hidup subur dan berhasil terus. 

Cara tanam daun bawang guna bekas telur

Nak lagi mudah tanam pokok daun bawang ni, boleh gunakan cara tanam daun bawang guna bekas telur tu. Ambil bekas telur tu, basahkan dan letak bawang. Hari hari make sure bekas bawang tu lembap, daun bawang pun tumbuh.

Cara tanam daun bawang dalam botol

Boleh juga guna cara tanam daun bawang dalam botol. Botol plastik tu potong atas dia ikut muat muat saiz bawang. Isikan botol dengan air dan letakkan bawang pada mulut botol tu. Mudah je kan. 

Itulah caranya tanam daun bawang tanpa tanah. Ada tanah, tanam je guna tanah letak dalam pasu comel macam Fiza buat tu.

Tanam Bawang Bertunas

Balik kampung nanti dah plan nak ambil benih pokok-pokok yang ada. Pokok pandan pun kena ambil benih baru sebab dah mati pulak dia. Sebelum ni rimbun betul. Tak tahu kenapa. Daun dia kering kuning. Hujung hujung tinggal sikit je.

Daun kari pula habis kulat buat sarang. Dugaan betul tanam kalau ramai musuhnya. Stop menambah pokok bunga, bertukar kepada tambah tanaman untuk kegunaan pula ye. Pokok bunga hiasan semua tengah hidup bahagia sekarang. 

Cadang nak beli terus benih pokok kat pasar tani tu kan. Lagi senang. Pastu tansfer masuk pasu je.

21
( Hide )
  1. Mudah juga yaa tanam daun bawang nii. Keep it upp

    ReplyDelete
  2. Mudah hidup daun bawang.
    Wah ada projek menanam yang baru.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni smua benda mahal kan ,klu boleh cucuk tanam yg mana sikit2 pun dah boleh berjimat

    ReplyDelete
  4. Ada pelbagai cara nak tanam bawang.. good sharing fiza 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, boleh guna mana yang mudah. senang. Sama sama kakmim :)

      Delete
  5. Fresh cut dari kitchen garden. Save cost banyak termasuk perbelanjaan nak transport fresh goods ke market dan kemudian bawa balik ke rumah.
    Kaedah ni dalam household waste management minimisation boleh masuk prinsip 3R atau Sustainable Resource Recovery hehehe sebab kita harness energy dari dia... Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay, love fresh cut from kitchen garden. Feeling good :)
      wahh dah masuk konsep pembelajaran tu. Terima kasih kak share ilmu. Harap plan berjaya. memang boleh save cost sangat ni.

      Delete
    2. Kebetulan Kak baru bagi assignment mini project minggu ni pasal waste minimisation dengan resource recovery household level kat students. Suruh buat survey, lepas tu analyse, discuss cara terbaik buat infographic posters contribute to society.
      Termasuk lah pasal circular economy.
      Fiza punya idea ni bagi Kak idea cara paling mudah dalam household waste minimisation boleh promote kan. Dari asyik fikir Teknologi yang mahal tak cost-effective. Tengok lah hasil discussion student 2 weeks later ni hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Gunakan bekas telur atau botol macam yang dikongsikan dalam entri tu :)

      Delete
  7. wah sihat membesar daun bawang tu tumbuh. boleh juga jimat kos barang dapur :)

    ReplyDelete
  8. Sihatnya daun bawang fizah ni... geram je tgk 🤭.. saya tanam daun bawang, halus mulus je tumbuhnya... hadoii kurang bagi makan kot 😆

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok bawang hidup subur. Firdaus tanam bawang merah dan bawang putih dalam bekas telur. Dua tiga kali jugalah Kak Amie potong buat masak-masak.

    ReplyDelete
  10. yang tanam guna botol tu pernah nampak dalam cite she was pretty..comel pulak kejadiannya, guna bawang holland siap lukis smiley kat bawang tu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu