Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Kenapa Nak Beli Luar, Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan mac haritu, masing-masing tunjuk bakat memasak di dapur. Banyak betul menu viral yang dicipta sehinggakan wujudnya page "Masak apa tak jadi harini". Masih ingatkah lagi?

Yang mana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) area yang belum left group lagi, kita bertabahlah dulu bersama-sama. Marilah kita sambung tunjuk bakat memasak. Tak dapat keluar nak membeli grocery tak mengapa sebab ada online grocery delivery Malaysia.

Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah
Bila lama dah duduk terperap kat rumah, mesti otak pun dah buntu tak tahu nak masak apa. Sampai mood kurang rajin tu, lebih suka masak resepi ringkas dan sedap. Kalau kau orang tak ada idea nak masak resepi ringkas tu, boleh tiruvasi  3 resepi ringkas ini di rumah.

3 Resepi Ringkas Di Rumah

1. Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Nanas

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Nanas

Bahan-Bahan

Cili Api (sukat ikut tahap kepedasan masing-masing)
Kunyit Hidup
Udang
Nanas
Santan (1 kotak)
2 cawan Air
Garam Secukup Rasa

Cara masak lemak cili api campur nanas

Kisar halus cili api dan kunyit hidup. Masukkan bahan kisar tu dalam periuk bersama santan, air, garam dan juga nanas. Didihkan dan biarkan masak sambil mengacau supaya santan tak pecah minyak. Malas mengacau perlahan kan api dapur je. 

Tapi jarang santan kotak pecah minyak beria kan. Buka api perlahan pun dah okay. Hujung hujung baru kacau pun boleh. Bila nanas dah lembut, akhir sekali baru masukkan udang. Udang ni sebaiknya letak lambat sikit sebab udang jenis cepat masak. 

Kuah kalau nak pekat tak perlu letak air banyak sangat. Kalau pedas sangat letak lah gula sikit.

2. Resepi Telur Dadar Kucai

Resepi Telur Dadar Kucai

Bahan-Bahan

3 biji telur
secubit garam
kucai *dikerat kerat
1/2 biji bawang holland * boleh didadu atau hiris
2 sudu minyak masak

Cara masak telur dadar kucai

Pecahkan telur dan masukkan garam. Pukul rata telur, kemudian masukkan kucai dan bawang holland. Panaskan minyak (sebaiknya guna non stick pan) dan curahkan adunan telur bersama kucai tadi.

Biarkan masak dulu kemudian baru terbalikkan. Tunggu bahagian bawah masak sekejap dan angkat. Mudah dan ringkas bukan?

3. Resepi Kuew Teow Goreng 

Resepi Kuew Teow Goreng

Bahan-bahan

Kuew teow halus 
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
1 biji telur
Kucai
Kicap
Untuk tambah lagi sedap letaklah rencah lain seperti sotong, udang, kerang, fishball, fishcakes, kobis, taugeh dan lain-lain ikut selera masing-masing lah ye.

Cara masak kuew teow goreng

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang ditumbuk. Bila dah naik bau dan garing, masukkan cili kisar dan biarkan garing sikit. Lepas tu baru masukkan rencah basah seperti udang, sotong, kerang, fishball dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Bila dah agak masak, masukkan garam dan kacau. Kemudian baru pecahkan telur, kacau. Masukkan kuew teow dan kicap. Kacau lagi dan akhir sekali barulah masukkan sayur kucai dan taugeh.

Tu dia 3 resepi ringkas di rumah yang boleh dicuba. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah disediakan. Kenapa nak beli luar kalau boleh masak sendiri resepi ringkas ni. Boleh makan panas-panas lagi sedap. Kebersihan juga terjamin gitu.

Tak ada bahan-bahan masak, malas nak keluar membeli? Ada caranya!

Grocery Delivery : Pandamart by Foodpanda

Tak payah susah susah kau orang nak bersiap dan keluar membeli. Tak perlu buang masa nak beratur masuk kedai membeli barang. Segala barang runcit untuk buat resepi ringkas ni boleh order guna Pandamart by Foodpanda dengan perkhidmatan grocery delivery.

Buat tempahan dan tunggu je barang runcit sampai terus depan pintu rumah. Dah ada yang lebih mudah, buat apa nak susah payah. Lainlah kalau boleh pergi membeli sambil tu boleh bebas bershopping. Semua pergerakan terhad.

Grocery delivery memudahkan kerja suri rumah nak membeli barang dapur. Dah ada barang dapur mesti lebih rajin memasak kat rumah. Yang penting rajin nak mencuba. 

Stay safe di rumah selagi pandemik covid-19 masih belum berakhir. Selamat  membeli barang runcit menggunakan grocery delivery dan selamat mencuba 3 resepi ringkas yang dikongsikan di atas. Sesuai untuk orang bujang atau yang suka masak ringkas di rumah.


Post a Comment

34 Comments

  1. kdg² angin malas tu menyerang tu yg malas nk masak.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kadang je kan. mujur bukan selalu :)

      Delete
    2. sbb kalau selalu tapau tetiba rasa mcm rindu nk mkn masakan sendiri pulak.. hahaha

      Delete
  2. Masak sendiri terjamin Bersih. Takde serbuk perisa kan. Semua asli.

    ReplyDelete
  3. akak memang prefer masak sendiri dari beli, walaupun sesimple yang boleh heheheh

    ReplyDelete
  4. seminggu dua ni jadi berat betul nak ke dapur, rasa stress.. esok dah nekad nak memasak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kadang perasaan dan mood tu muncul secara tiba tiba, kannnn
      terus masak simple simple je senang.

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh cuba resepi ringkas tu kak CP. anytime boleh makan :)

      Delete
  6. Sedap sungguh rupa masakan tu dear. Alhamdulillah dah jimat kat situ kan. Masakan rumah ni istimewa sangat sebab boleh tambah berkali-kali. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Syukur rupa masakan dan rasa seiring.
      betul, boleh jimat dah :)

      Delete
  7. Hari-hari bersilat berperang di dapur! Perjuangan belum selesai... hahahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan pernah selesai tu kak. hari hari berjuang :)

      Delete
  8. kan...masak lebih puas makan, boleh makan berulang...bersih terjamin

    ReplyDelete
  9. kite goreng kuey teow tak pernah jadikk hehe

    ReplyDelete
  10. eeehehehe memang senang masak2 ni tapi malaih..
    tu je penyakit dia macam manaaa tu sis ?? hehe..

    ReplyDelete
  11. Masak sendiri lagi puas hatikan Fiza.. Nak buat masak lemak udang nenas tu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Sha. Silakan Kak Sha memasak dan menjamu selera :)

      Delete
  12. suka masak sendiri dr beli.. puas hati. nk letak bahan byk pun tak kisah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. kalau teringin benda lain baru membeli :)

      Delete
  13. Memang 3 menu ringkas.
    Lagi suka masak kalau mudah buat.

    ReplyDelete
  14. ada masa memang akak belek juga pandamart bila ada bahan tak cukup kat rumah..tapi setakat ni hanya pernah beli catfood je guna pandamart tu..

    ReplyDelete
  15. Tiga-tiga masakan nampak sedap, Fiza. Memang masakan rumah the best! Walaupun simple. Akak suka kuetiau tu! Nyummmy!

    ReplyDelete
  16. Ru,ah akak ni hari2 masak. Cuma masak sehari sekali je la. Time lain kalau nak makan order foodpanda je. Tak hari2 la sebab selalunya budak2 ni tak nak makan pun

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.