Header Ads

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 3

Aku yang kau gelar isteri episode 3. Cik Embun sedang mengadakan upacara biasanya. Di rumah Maksu, Rai bawa Laila berjumpa Mak Su. Mak Su memuji kecantikan Laila. Dah macam artis sekarang ni. Mak Su ada buat pengat pisang dan pergi mengambil pengat pisang kat dapur.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 3
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episod 3


Pak Leh sampai di rumah Mak Su nak pulangkan barang barang kenduri. Pak Leh naik ke rumah dan Rai bertanyakan pada Pak Leh kenal pada Laila atau tidak. Pak Leh terkejut dengan kecantikan Laila.

Sedang mereka asyik berbual, Mak Su sampai dengan pengat pisangnya. Laila kata dia tak rasa nak makan. Pak Leh saja cakap, kau tak makan sebab pakai susuk ke?

Laila terkesima. Mendengar kata kata Pak Leh, Laila makan juga pengat pisang tu untuk membuktikan dia tak pakai susuk untuk cantik. Selepas makan dia bergegas balik. Dia mula panas dan esoknya dia pergi rumah Cik Embun.

                   aku yang kau gelar isteri full episode

Separuh muka Laila menjadi buruk. Cik Embun pun mula mengubati Laila dan bertanyakan kepada Laila siapa yang buat. Spontan Laila menjawab “ Pak Salleh!”. 

Cik Embun melakukan satu upacara. Di tangannya ada sebuah patung berbalut kain kuning. Rupanya Cik Embun menghantar ular untuk mematuk Pak Leh yang ketika itu berada di kebunnya. Mujur ada Pian ketika itu. 

Naim balik ke kampung dan bersembang dengan Mak Su. Mak Su bercerita tentang kecantikan Laila pada Naim. Tapi Mak Su cakap Laila tu macam 'sesuatu' sangat.

Mak Su risau dengan adik Naim, Pian yang rapat dengan Rai. Mak Su membebel dengan Naim sebab isteri Naim tak balik bersama Naim. Ye lah rumah kampung, Rose tak suka. 

Naim berjumpa dengan Ezlan dan mengajak Ezlan bekerja di bandar. Ezlan masih memikirkan dan teringin untuk hidup mewah ada kereta macam orang lain. Tapi Rai tak bersetuju dengan Ezlan dan tak kisah kalau hidup susah di kampung.

Sedang Ezlan menunggang motor, Ezlan terdengar suara sayup sayup memanggil namanya. Ezlannnn Ezlannn Ezlannn...Ezlan terus ke rumah Laila.

Laila tutup pintu dan ingin memerangkap Ezlan. Ezlan memuji Laila cantik. Baru sekarang Ezlan cakap Laila cantik. Ezlan minta maaf pada Laila sebab dulu buat Laila rasa terhina.

Rupanya Laila pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai sebuah syarikat besar. Laila berjaya bercerai dengan lelaki tu yang dah berkahwin lain. Dia sempat membuatkan lelaki tersebut menukarkan nama syarikat tersebut kepada Laila. Laila kini seorang CEO di syarikat tersebut.

Satu hari, Naim dan isterinya Rose terserempak dengan Laila. Rose terpegun dengan kecantikan Laila dan mula berbaik dengan Laila. Naim menasihatkan Rose supaya tidak terlalu baik dengan Laila. Naim bercerita tentang kisah Laila yang dulunya seorang gadis yang tak cantik. 

Naim juga menasihati Rose supaya tidak cucuk sana cucuk sini untuk nampak cantik sebab Rose sudah pun cukup cantik di matanya.

Rai masih bersedih di rumah. Mak Lang masih membenci Rai. Laki kau tu nak mencari kerja bukan nak kahwin lain. Laila membalas, Laila tak kisah hidup kat sini dan bahagia. Sampai hati Mak Lang cakap tiang rumah ni boleh mereput kalau Rai masih tinggal di rumah itu.

Tiba-tiba Pian datang. Pian menasihati Ezlan supaya tidak pergi ke bandar. Tapi Ezlan tetap berkeras nak bekerja di bandar.

Akhirnya Rai membenarkan Ezlan untuk bekerja di bandar. Ezlan pergi ke bandar dan pergi ke rumah Laila. Sampai je Ezlan di muka pintu, Laila muncul dan terus memeluk Ezlan.

Bersambung...

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.