Petua Memilih Tembikai Untuk Peminat Tembikai

Saturday, December 26, 2020

Siapa suka tembikai? Tahu tak jenis tembikai yang manis isinya jika dipandang rupa tembikai tu? Kalau tanya saya, tahu makan je!. Nak beza kan tembikai manis ke tidak memang tak tahu lansung.

Selalunya minta tolong penjual tu, minta dia pilih yang manis. Itu kalau beli kat kedai buah. Kalau beli kat mall, siapa pula nak tolong pilihkan. Betul tak?

Jadi, bolehlah gunapakai ilmu petua memilih tembikai mengikut selera masing-masing. Boleh juga tahu tanda tembikai tu manis melalui rupa tembikai dan jenis tembikai yang dijual.

Tembikai Merah

Tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari famili Cucurbutaceae. Asalnya dari Utara Afrika. Tembikai bukan hanya boleh ditanam di ladang yang luas. Tapi boleh juga di tanam di halaman yang kecil. 

Siapa suka tembikai tu kalau rajin, silalah cuba tanam. Kot kot berhasil. Tak cuba tak tahu, kan.

Petua memilih tembikai

  • Saiz sekata & berat = tembikai manis
  • Lonjong = tembikai berair (watery)
  • Ada tanda kuning/oren = tembikai sedap
  • Ada tanda putih = tembikai tak ada rasa
  • Sarang saiz kecil = tembikai tawar
  • Sarang saiz besar = tembikai manis
  • gelap dan kusam = tembikai ranum
  • berkilat = belum ranum
Petua Memilih Tembikai Yang Asas Untuk Peminat Tembikai
kredit : to respective owner

Bagi senang nak ingat, pilih mana satu jenis tembikai yang kau orang suka. Suka tembikai rasa sedap, cari je yang ada tanda kuning/oren tu. Takpun, sebelum membeli simpan siap siap gambar ni. 

Apa beza tembikai kuning dan merah?

Beza dia mudah je, warna isinya lah. Macamana nak tahu tembikai tu warna  merah atau kuning? Tembikai kuning, corak luar tu lebih terang dan jelas. 

Sejauh mana kebenaran petua memilih tembikai dalam gambar ni? Siapa pakar, silalah komen ye. Terima kasih.

Satu petua lagi yang dikongsikan oleh wak. Terima kasih wak.
cari tangkai buah yang dah kecut -Warisan Petani 

10 comments

  1. tq for sharing..selama ni pakai hentam je beli tembikai...hehe..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ohhh macam tu ye wak. Baik, terima kasih wak. nanti saya masukkan dalam entry perkongsian wak ni ye.

      Delete
  3. waa.. belajar benda baru hari ni... lepas ni boleh dah plh tembikai sendiri tanpa minta pandangan penjual hehe

    ReplyDelete
  4. Akak sama cam Fizah, tak tahu pilih tembikai. Jadi, akak beli yang telah dipotong di supermarket. Tak pernah beli yang sebiji. Yang telah dipotong dan dibalut plastik. Hehe..

    ReplyDelete
  5. nice tips fiza.. selalunya beli di kedai buah. boleh beli setengah. kalau sebiji memang tak habis

    ReplyDelete
  6. suka yang manisss..tapi bentuk bulat selalunya lebih mahal dari bentuk lonjong..nak check sarang takut tak terfikir dah masa beli..mesti lupa semua tips..hahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.