Cara Buat Baja Guna Telur, Yakult Dan Ajinomoto Untuk Tanaman Subur Dan Berbuah Lebat

Thursday, December 10, 2020

Satu kegembiraan bila tengok tanaman hidup subur, berbuah lebat, berbunga lebat dan daun yang rimbun. Pendek kata, menjadi dan berhasil. Bila tanaman tak hidup subur ni, kita pun rasa macam down juga.

Orang yang suka bercucuk tanam, tahu lah perasaan dia macam mana. Kan? Tanaman tanpa baja ibarat tanpa makanan. Baja tu adalah makanan tumbuhan yang menggalakan lagi pertumbuhan. Tak ada baja lambat sikit dia nak hidup membesar.

Ada satu perkongsian menarik tentang cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto untuk suburkan tanaman. Hanya perlukan 3 bahan ini sahaja.

Cara Buat Baja Guna Telur, Yakult Dan Ajinomoto Untuk Tanaman Subur Dan Berbuah Lebat

Perkongsian cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto adalah dari seorang cikgu sekolah yang minat dengan pertanian. Banyak tanaman beliau berhasil berbuah lebat, pokok rimbun dan berbunga banyak.

Seronok betul tengok tanaman orang lain menjadi. Macam nak cuba juga buat baja organik guna bahan-bahan mudah didapati. Cuma kena beli yakult tu je lah.

Bahan Utama

1 botol yakult
2 biji telur
1 sudu teh ajinomoto

Cara Penyediaan

Campurkan dan goncang sehingga berbuih. Peram dalam masa sehari. Kemudian pati baja tersebut dicampurkan bersama 10 liter air biasa dan spray pada daun seminggu sekali

Cara Penyiraman Baja

Spray pada daun seminggu sekali
Jangan siram ke tanah @akar

Baja power ni sesuai untuk pokok bunga, buah-buahan dan sayuran. Jadi, bolehlah mencuba baja guna telur, yakut dan ajinomoto ni untuk tanaman kau orang juga.

Pokok cili, tomato, kunyit, pokok herba : seminggu sekali
Pokok mangga, kedondong, mulberi : setiap hari

kredit image & info : Cikgu Mohd Nor




14 comments

  1. Wow...menarik...boleh cuba ni..nanti bleh bagi kat Pak Zain...biasa dia guna air basuhan ikan dan ayam jer kan...

    ReplyDelete
  2. InshaAllah balik kampung nak buatlah. Terima kasih perkongsiannya ya Fiza.

    ReplyDelete
  3. Yakult ni terkenal dekat Indonesia kan ada program untuk bantu wanita.

    ReplyDelete
  4. Husband ai buat baja gini gak tapi tak sure yakult tu ada etak ke tak.

    ReplyDelete
  5. Siapa yang suka berkebun bolehlah cuba kan...
    Tapi sayang yakult satu botol kalau tak menjadi huhuhu...

    ReplyDelete
  6. ohh yang ni terus sembur pada daun ya...berbeza dengan baja biasa yang kita letak kat tanah dan sebolehnya jangan sentuh pokok tu kan..

    ReplyDelete
  7. Ada nampak abah buat guna yakult dan telur tapi tiada pula ajinomoto.
    Oh rupanya untuk baja.

    ReplyDelete
  8. ala..ajinomoto je tak de nih.. yang lain ada dah..

    ReplyDelete
  9. Lepas tu kalau tak habis, boleh simpan ke, sbb banyak tu 10L air, kalau letak kat luar mesti busuk nanti. Ataupun kita kurangkan sukatan kot supaya habis 1 kali guna.

    ReplyDelete
  10. Oh, pelik je, first time dengor guna yakult. Akak biasa guna abu dari sisa bakar sampah, sebagai baja.

    ReplyDelete
  11. baru tahu .. ooo nanti nak suruh asben cuba, dia suka tanam2 ...

    ReplyDelete
  12. Oh! Ajinomoto boleh suburkan tanaman rupanya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.