Header Ads

Latest Update
recent

Kerepek Kentang Paling Macho Dan Paling Hot

Craving satisfied! Lega bila keinginan sesuatu makanan tu berjaya memuaskan hati si tekak. Bila kita lama tak makan sesuatu yang kita suka. Mesti akan buat kita rasa nak makan tetiba. Pernah rasa tak macam tu.

Selagi tak dapat, selagi tu akan diusahakan sampai dapat. Ala, apa salahnya teringin makan pun. Mengidam bukan untuk perempuan mengandung je. Sesungguhnya mengidam itu milik semua orang. Ayat sedapkan hati sendiri.

Masih ingat lagi cerita mister potato paling hot? Kisah tersalah beli kerepek kentang yang di inginkan tu. Okay kali ni husband beli yang betul punya. Kerepek kentang paling macho dan paling hot. 

Suka beli mister potato sebab tak terlalu masin. Sedang sedang saja. Tak tahu lah kalau lidah orang lain rasa masin ke apa. Sekali hadap berdua habis satu pack jumbo ni yang berharga RM3.90 di speed mart.

Sedap dan harga seiring. Banyak juga kerepek kentang dalam pack jumbo ni. Penuh sebekas tupperware IKEA penutup hijau saiz besar tu. Bukan kembung isi angin semata-mata. 

Kerepek Kentang Paling Macho

Husband pun terjebak suka makan kerepek kentang macam ni berbanding dalam bekas panjang tu. Itu tak feel sangat rasa kentang dia. Lebih kepada bentuk kerepek kentang yang cantik. Sekali beli dua terus kerepek kentang paling hot dan paling macho. Dua dua sedap!

Kerepek Kentang Paling Macho Dan Paling Hot

Menarik betul nama-nama kerepek dalam setiap pek keluaran Mister Potato ni. Bukan nama je menarik, rasa pun menarik. Paling tak boleh move on dengan potato chips sweet potato tu kan.

Variasi Mister Potato Chips

  • Paling Macho/The Macho- Barbeque (BBQ)
  • Paling Menyengat/The Hot- Hot & Spicy
  • Paling Otai/The Boss- Original
  • Paling Drama/The Diva- Sour cream & Onion
  • Paling Manja/The Princess -Tomato
  • Paling Menyengat/The Buzzy Body -Honey Cheese
Paling manja tu rasanya tak akan beli sebab tak berapa suka tomato. Belum cuba The Diva sour cream & onion tu. Nanti nak cubalah!

Ada yang dah cuba? Mana satu paling favourite kau orang? Fiza suka The Macho dan The Hot.

9 comments:

  1. Wahh. Nampak macam sedap ni makan sambil tgk tv.

    ReplyDelete
  2. Mister Potato ni biasanya Kak Amie jumpa dalam kereta, kalau dalam perjalanan jauh bersama keluarga. Fairuz tukang belinya. Macam bekalan wajib pula untuk kudap-kudapan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. kalau sambil layan movie tau anime ni kejap ja abis 3-4 bungkus hehe

    ReplyDelete
  4. Kakmim suka the boss & the diva 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  5. Duduk di Kampung ni suami dan anak-anak Kak kena control the makan ni hahaha...
    Ada 2 minggu 1 tin atas meja tak de siapa buka lagi.
    Kalau travelling memang dicari masuk dalam beg.

    ReplyDelete
  6. presentation dia cantik ... letak dlm mangkuk gitu

    ReplyDelete
  7. besar jugak pek dia tu, macam ni baru puas hati makan..

    ReplyDelete
  8. Mister potato ada saiz jumbo eh? Bolehlah beli. Selalu beli saiz biasa itu rasa tidak puas makan.
    Harga pun murah juga kalau RM3.90. Nanti tengok kat Mydin.

    ReplyDelete
  9. betul fiza..shida pun suka..yummies!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.