Bertukar http ke https Blogspot

Monday, December 28, 2020

Berkali kali perasan notification kat dashboard adsense. Change to https, opportunities that could boost your income. Berkali kali juga ignore sebab masih berkira kira nak tukar ke tidak. Ye lah, tak nak lah bila tukar ke https kena re apply adsense.
https (Hypertext Transfer Protocol Secure)
Dah lah susah nak lulus apply adsense. Sekali tukar ke https kena re apply memang sakit lah di situ. Selepas bertanyakan kepada sifu adsense dan blog. 

Dapatlah jawapan yang membantu. Taklah sesat jalan. Lega mendengar bila tukar https ni tak perlu re apply adsense.
Sebab dia daftar nama domain bukan protokol. Boleh terus guna dan tak perlu buat apa apa kalau dah ada code adsense dalam blog.- Hasrul Hassan
Tak perlu apply semula. https lebih secure, dia ada lock dan di syokrkan guna https.- Sis Hawa
Terima kasih untuk kedua dua sifu yang sudi menjawab pertanyaan. 

                  10 tips lulus permohonan adsense

2 opportunities yang sedang berlegar legar untuk di ambil tindakan naikkan earnings adsense. opportunities that could boost your income

Seperti yang adsense sarankan untuk bertukar https tu akan memberikan kesan yang lebih baik bukan hanya opportunities that could boost income adsense.

Kelebihan https

  • Better ranking in Google searches
  • Improved security against your traffic being hijacked
  • Green padlock sign in the browser security bar

Unblock general ad categories tu take take action pun sebab kena jugalah tapis tapis iklan yang tak sepatutnya.

Penting ke tukar https?

Dari apa yang saya baca dan faham, search engine (enjin carian) google lebih mengutamakan website/blog yang menggunakan https.

Web browser juga telah mengklasifikasikan sesebuah website samada 'secure' atau 'insecure'. Sesetengah browser akan memberikan amaran jika website tak selamat untuk dilayari. Ada juga web browser yang menyekat terus website daripada pengunjung.

Dengan kes zaman scammer ni, ramai yang bijak mencuri data pengunjung. Bila website ni secure, pengunjung pun rasa selamat bila melayari website/blog kita. 

Bila dah kaji mengkaji, soal siasat dan lebih yakin nak bertukar kepada https. Dengan harapan tak memberikan kesan pada iklan adsense dan juga trafik blog.

Cara tukar http to https

Sebelum bertukar kepada https, dinasihatkan backup dulu blog ye. In case berlaku apa apa, ada backup.

Log in dashboard blogger.com
Settings dan swipe left (switch ON) https tu.



Selepas switch on https tu, blog tak akan dapat dilayari selama beberapa minit. Ikut pengalaman saya, lebih kurang 5 minit macam tu. Jenuh la refresh sampailah blog muncul seperti biasa. Iklan pun elok terletak.

Siapa yang singgah blog saya petang semalam tak boleh masuk tu maaflah ni. Tengah bertukar masa tu. Tapi kejap je kan?

Fuhhh..settle satu hal. Kemain berdebar lagi nak tukar https pun. Selepas tukar https, saya tak usik apa apa dalam account adsense. Cuma tukar setting:

Google analytics
Admin>>Property Settings>>Default URL tukar http to https

Google search console 
>> add property

Selain tu, check juga broken link. So far itu je tindakan selanjutnya yang dibuat selepas tukar https. Trafik blog pun seperti biasa, tak merundum teruk macam yang pernah saya baca sebelum ni. Mungkin sekarang berbeza. 

Bila blog dah secure ni harapnya lebih cemerlang lah dalam ranking SEO ( Search Engine Optimization), seterusnya earnings pun meningkat. Innity je sendu. Majuk ah camni tak nak letak.

So now kita ber url https://www.azhafizah.com/. Siapa ada pengalaman bertukar daripada http ke https tu boleh share di kotak komen. Terima kasih

Blogger lain dah lama bertukar ke https, saya ketinggalan kapal terbang. 


16 comments

  1. huaaa.... i applied google adsense till skrg tak approve ..tatau la kenapa and apa masalahnya... but thanks for sharing ni, utk future knowledge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba lagi Atie. Saya pun banyak kali failed kot. Boleh gunakan cara dan tips yang saya share dalam entry :)

      Delete
    2. okay...i will try tgk.. hopefully approve huhuhu thank you tau sharing tips

      Delete
  2. Belum dapat seru lagi nak apply google adsense kat blog hehehehe

    ReplyDelete
  3. Elokla buat pembaharuan kpd sesiapa yg serius dan boleh buat duit kat blog. Kalau macam akk ni tak perlu kot, hihi

    ReplyDelete
  4. Kakmim x reti nk apply adsense ni.. haha.. apa kelebihannya.. setting macam mana.. tutorial lagi boleh?? for beginner.. hihi

    ReplyDelete
  5. Begitu bezanya rupanya tukar ke https. Selalu pandang mudah ingat macam protokol. Ingat tidak blog kena taip hujung .my? Ingatkan kes begitu. Hehe.
    Apapun maklumat baru.

    ReplyDelete
  6. Mrs. A dah tukar masa google heboh-heboh suruh tukar dulu hiks!

    ReplyDelete
  7. saya bab bab ni memang off sikit.. ilmu cetek. tapi kadang2 tu ada juga buat pembacaan. yang mana simple faham jugala n boleh apply hehe..

    ReplyDelete
  8. when it comes to google adsense seram jgk kalau tersalah klik or setting kan sudahla mau approve pun payah.. sy punya adsense baru jgk approve tahun 2019 padahal dari 2013 apply huhuhu lama tunggu

    ReplyDelete
  9. dah lama tukar lepas baca cara2 kat blog kak mia liana dulu..sebab dengan template sekali kena edit segala url dalam coding dari http tukar kepada https..tapi dashboard blogger baru ni macam da tak payah tukar dalam coding tu..

    ReplyDelete
  10. http lebih secure tu memang betul dh.. dulu buat website utk projek final year lecturer tak bg letak www

    adsense masih tak nk approve blog nina. macam2 dh cuba

    ReplyDelete
  11. ada terbaca juga yg ada bagi effect kat adsense kalau ubah setting ni. tapi kalau tak ganggu oklah, kalau tidak jenuh nak apply balik adsense. nice sharing sis :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
  12. Entri yang banyak info, untuk blogger baru macam akak ni, Fizah. Thank you, share. Akak masih baru dalam adsense, takde opportunities lagi. Baru experiments. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Baru tau pasal ni. Nak try jugakla walaupun adsense sendu. Haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.