6 Amalan elak sihir/santau

Friday, December 04, 2020

سلام جمعة
Nak kongsikan amalan elak sihir/santau yang dikongsikan oleh Dai Luqman @Chaq di twitter. Teringat pula drama cinta sekali lagi episod 21 semalam. Jahat betul Amani bagi nasi kangkang pada suami kakaknya, Amanda. Adik beradik pun boleh dengki. Tak patut betul.

Manusia bila dah berkawan dengan syaitan, semua bisikan Syaitan dia ikut. Amalan elak sihir/santau ni semua kena ambik tahu. Sihir dan santau ni bukan benda biasa-biasa. Hatta Nabi SAW sendiri pernah diuji dengannya.

6 Amalan elak sihir/santau
kredit : google



6 Amalan elak sihir/santau

1. Amalkan membaca Bismillahi Tawakkaltu sebelum keluar rumah 

Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yg membaca Bismillahi Tawakkaltu sebelum keluar rumah, maka Allah berikan perlindungan, petunjuk dan rezeki dari arah yg x disangka²

Rujukan : Riyadhus Solihin, Imam An-Nawawi, hadith nombor 83

2. Membaca Bismillah sebelum masuk rumah 

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa baca Bismillah sebelum masuk rumah, maka Syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Sesungguhnya kita tak dapat tempat menginap malam ini'" 

Rujukan : Hisn al-Muslim, hadith nombor 18

3. Membaca Ayatul Kursi sebelum tidur 

Dalam satu riwayat yang sohih menceritakan bagaimana Syaitan mengajarkan kepada Abu Hurairah RA, "Barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi sebelum tidur, dia takkan diganggu sehingga keesokan harinya".

Rujukan : Sohih Bukhari, hadith nombor 3275

4. Membaca Bismillah 5 sebelum makan atau minum di kedai yg asing

- Bismillah
- Bismillahi Syaafi
- Bismillahi Kaafi
- Bismillahi Mu'aafi
- Bismillahil Lazii La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi Wa Laa Fis Samaai Wahuwas Sami'ul 'Aliim

5. Tutup aurat dengan sempurna

- elakkan dari diri sendiri terdedah dengan pandangan jahat mata manusia 
- Syaitan lebih mudah untuk menganggu mereka yang tidak ikut apa yang disuruh Allah

6. Elakkan dari selalu memaparkan kebahagiaan di media sosial

Sama ada dengan pasangan, menunjukkan kekayaan dan kemewahan diri. Boleh nak tunjuk sekali sekala sekadar nak kata kita dah kahwin cukuplah. 

Tak perlu tiap saat nak kongsikan dari luar rumah sampai ke dalam rumah. Ingat, suami sekalian. Tanggungjawab melindungi isteri, bukan mendedahkan isteri. Wallahua'lam 

Sama-sama kita amalkan dan jadikan amalan setiap hari. Semoga Allah lindungi kita semua dari sihir dan santau. Aaminn...

30 comments

  1. InSyaAllah sama-sama kita amalkan.
    Nombor 6 tulah dugaan zaman masa kini yang kadang-kadang kita tak perasan semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
  2. Memang berguna dan boleh diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amalan yang bagus, elok diamalkan dan dikongsikan :)

      Delete
  3. tips yang bermanfaat..tq for sharing fiza :)

    ReplyDelete
  4. No.6 tu hurmmm kdg2 kita update rasa biasa je..org kate kite riak..pastu benci kitee huhuuu..sabo jela..mudahan amalan2 ni dimanfaatkan sebaiknya..

    tq sharing fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..orang dengki biasalah tu tak boleh tengok orang lain lebih sikit. huhu

      Delete
  5. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Mohon perlindungan selalu daripada-Nya, Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata.

    ReplyDelete
  6. semoga dijauhkan diri kita daripada santau dan sihir ni. nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. Kena amal selalu baca bismillah 5 dan ayat kursi. Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda terkutuk seperti sihir dan santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Eza.
      Aaminn..semoga dijauhkan dari sebarang bahaya.

      Delete
  8. Ya yang No. 6 tu Benar kena elakkan dari timbul rasa tak senang dari orang lain.

    ReplyDelete
  9. berkenaan bab ni memang paling benci org yg buat sbb family 3 org dh arwah. skrg ni makcik side hubby pula yg kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..kesian yang jadi mangsa. Semoga dipermudahkan segala urusan dan harapnya semoga baik baik je. Aaminn

      Delete
  10. thanks for sharing fiza.. no 6 tu mmg betul... nk elakkan ain ye jugak.. semoga kita dijauhkan dpd phd ni semua

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, takutnya kan sbb benda2 ghaib ni kita tak nmpk dan tak rasa on the spot kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..semoga kita dijauhkan daripada perkara perkara yang berbahaya. Aaminn

      Delete
  12. Zaman sekarang ada lagi manusia suka main2 sihir nih.. Tak tajut langsung dengan balasan Allah.

    ReplyDelete
  13. nombor 6 tu ramai selalu buat kan..mudah2an dijauhkan dari semua ni, thanks fiza for sharing..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.