Header Ads

Breaking News
recent

6 Kebaikan Kurang Pengambilan Gula

Manusia dan kemanisan tak dapat dipisahkan. Walaupun tahu keburukan gula tu jelas nyata lagi sahih. Pendek kata gula punca penyakit. Penyakit apa? Kencing manis itu adalah kesan pengambilan gula berlebihan yang terpaling popular.

5 Keburukan gula

1. Tenaga Berlebihan

Pengambilan gula menyebabkan tenaga berlebihan dan tenaga tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana tidak mempunyai rutin kerja yang berat atau aktiviti yang mengeluarkan peluh untuk membakar tenaga tersebut.

2. Berat badan bertambah.

Tubuh badan yang mempunyai tenaga yang berlebihan akibat pengambilan gula yang banyak dan secara kerap akan menyebabkan berat badan bertambah. Jika ianya terus berlaku dan dijadikan rutin dalam masak yang panjang akan menyebabkan obesiti.

3. Berisiko mendapat penyakit kronik

Pengambilan gula yang berlebihan akan membuatkan tubuh badan kita berisiko mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

4. Tinggi kalori

Satu sudu gula mengandungi kalori yang banyak. Belum lagi ditambah dengan makanan berkalori lain yang berlemak dan berminyak. Bayangkan berapa banyaknya kalori yang tersimpan dalam tubuh manusia yang mengambil gula dengan kerap dan berlebihan.

5. Gigi rosak

Ingat lagi tak masak zaman kanak-kanak dulu mak kita selalu marah makan gula gula. Ada sebabnya tu. Gula menyebabkan pembentukan karies gigi dan akan menyebabkan masalah gigi rosak dan sakit gigi.



Tapi apakah rasa makanan tanpa gula. Tambah lagi bila kita yang sejenis sweet tooth sangat. Pernah cuba makanan dan minuman tanpa gula. Tak minum air manis seminggu kononnya. Tapi menemui kegagalan. Menyerah kalah selepas beberapa hari.

Seminggu sekali cheat day okay kot kan. Seriously, kesan diet tanpa gula ni memang sangat berkesan. Selama amalkan diet tanpa gula dan kurangkan garam, mampu mengurangkan beberapa inci lemak walaupun timbang tak ada beza sangat.

Sebenarnya kurang ambil gula ni adalah diet paling murah dan sangat berkesan. Itulah kan, saya yakin ramai nak kurus tapi tak mampu nak tinggalkan pengambilan gula secara drastik. Slowly but surely. Hopefully, boleh simpan azam tahun 2021 yang dah carry forward sejak bertahun tahun. Kah!

Bukan cakap orang lah, cakap untuk diri sendiri juga. Bukan mudah nak kawal diri dari minum air manis dan makanan manis ni. 

6 Kebaikan Kurang Pengambilan Gula
kredit : to respective owner

6 kebaikan Jika Kurangkan Pengambilan Gula

  • Mood lebih terkawal
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Turun berat badan
  • Kulit bertambah baik
  • Sistem imun bertambah baik
  • Lebih bertenaga

So macamana? Ada berani? Marilah kita sahut cabaran kurus tahun 2021. Sesambil tu buat jump rope juga. Boleh juga bakar kalori dengan banyak dan mudah hanya di rumah je tak perlu ke gym bagai. Semoga berhasil.



5 comments:

  1. bkn senang nk kurangkan guna...nk2 kalo pencinta dessert sure nk mkn manis2 ..tp tula kalo dpt kurangkan gula mmg nmpk effectnya mcm berat bdn bole turun

    ReplyDelete
  2. Baiklah. Mari kita cuba kurangkan intake gula. Azam tahun baru. :)

    ReplyDelete
  3. Good Luck!! Hahaha.. Saya memang bukan penggemar air manis walaupunkua makan kat luo... so senang nak buang air manis... tapi.. makanan manis.. susah nak kawal.. Errr... setuju sgt kalau kurangkan gula, banyak kebaikannya.. Haritu kurangkan gula.. dlm 15kg dah turun.. so esok ngn 1hb nak timbang tengok berapa final berat.. untuk tahun ni.. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. masalahnya kebanyakan makanan dan minuman kita mengandungi gula.

    ReplyDelete
  5. Betul, susah kalau tidak sentuh gula. Makanan pun banyak ada glukosa macam nasi, mi pun susah tolak.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.