Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Masih Belum Boleh Left Group, PKPB Sambung Lagi

Tak sabar betul tunggu Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan umumkan pasal PKPB tadi dengan harapan PKPB ditamatkan. Berdebar lain macam, macam tunggu pengumuman result SPM! Ternanti-nantilah PKPB Seremban ditamatkan. 

Tapi..kecewa dah hampa sungguh bila PKPB dilanjutkan. Tiba tiba rasa nak bertukar jadi hulk. Stress terus dibuatnya.

استغفر الله العظيم

Selepas dengar habis sidang media. Rentas daerah dan negeri dibenarkan. Alhamdulillah. Bolehlah balik kampung dua-dua. Haritu husband nak balik Pilah hantar ubat mak dan uwan yang kena ambil kat Seremban. 

Pergi Balai Polis, Polis kata pos je. Tak boleh rentas daerah! Aduii. ubat dah lah tinggal sikit. Nak pos entah bila nak sampai. Sudahnya isnin nanti lah baru hantar ubat mak dan uwan.

PKPB Seremban sampai 20 Disember 2020
kredit : MKN

Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan PKPB (5 Disember 2020)

Pulau Pinang
PKPB ditamatkan kecuali 2 mukim
PKPB : Mukim 12 (Daerah Barat Daya)
PKPD : Mukim 13(Daerah Timur Laut) PKPD

Perak
PKPB di Perak ditamatkan kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong

Selangor
PKPB dilanjutkan sehingga kecuali tiga daerah, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Putrajaya
PKPB di Wilayah Persekutuan Putrajaya ditamatkan.

Negeri Sembilan
PKPB di Negeri Sembilan ditamatkan kecuali daerah Seremban dan Port Dickson

Johor
PKPB ditamatkan di Daerah Mersing, Johor.
PKPB semula daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai

Kelantan
PKPB di Kelantan ditamatkan kecuali bagi daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah

Sabah
PKPB di Labuan ditamatkan
PKPB di Sabah dilanjutkan

Nota Penting!

Rentas daerah dan negeri dibenarkan. Tiada sekatan lagi kecuali PKPD. Ada kelonggaran sikit syukurlah. SOP jaga sampai bila bila. Tu je nak pesan. Bila longgar ni jangan mudah buat-buat lupa.


Post a Comment

31 Comments

  1. Take care Fiza. Bilalah convid nak berakhirkan. Setiap hari ada je kluster baru. Lepas tu kes baharu pun still 4 angka. Hurnmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. You too kak Fiza. Hari hari turun naik kes baru. Entah bila tak tahu lah. Allah maha mengetahui. Semoga cepat berakhir. Aaminn

      Delete
  2. Jaga jarak fizikal dan kena guna mask kat tempat awam. Stay safe awakk :) Alhamdulillah dah boleh rentas merentas ni, terubat rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kekalkan SOP. You too Eza, stay safe.
      Alhamdulillah..syukur ada peluang rentas daerah/negeri.

      Delete
  3. Cuma ikut daerah kena sambung PKPB.
    Moga tanah siapa yang terlibat.

    ReplyDelete
  4. Terpaksalah open tiket nak balik Malaya! Sabah dilanjutkan PKPB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rentas negeri balik malaya kak amie. kecuali PKPD.

      Delete
  5. Replies
    1. sedang bersabar dan masih bersabar Shida. Stay safe juga Shida.

      Delete
  6. Tak apalah, dah boleh rentas daerah dan negeri.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah boleh rentas daerah kan. Apa apa pun kita jaga kita. Stay safe n take care ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur boleh rentas daerah/negeri. Stay safe too :)

      Delete
  8. Hahaha sabar je lah. Apa salahnya kalau terus cakap PKPB sampai 2021 terus kan senang hahahaha

    ReplyDelete
  9. Alhdllh skrg dh pn boleh rentas daerah

    ReplyDelete
  10. Bila announced semalam terus rasa down..
    Hampir seluruh daerah Seremban zon merah.
    Tepat sekali pesanan Fizah, ikut SOP, jangan ambil mudah.

    ReplyDelete
  11. boleh rentas negeri dah, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Apa pun, segalanya telah pun berrrlalu

    ReplyDelete
  13. Semoga covid bisa segera ditaklukan ya, saya dengar vaksinnya mulai disebar ke segala penjuru dunia, di Indonesia juga udah masuk namun masih harus melalui beberapa proses lagi :)

    ReplyDelete
  14. Tak kisahlah sambung pun, yang buat steress dan tak boleh nak hadam tu, tang boleh rentas negeri tu...gi mana nak kontrol kes ni..dah le makin hari makin naik kes, kan kan...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah kt cni pun dah tamat...tpi di campus belum lg....sedang tunggu kebenaran dean....

    ReplyDelete
  16. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Fiza sekeluarga. Stay strong dan be safe!

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni masing2 kena jaga SOP je la. Risau ke turun naik je/

    ReplyDelete
  18. ye betul..bila da ada kelonggaran ni, harapnya tak ada yang buat2 tak jaga diri sendiri...keep on stay safe..

    ReplyDelete
  19. seram tgk kes naik hari2.. alhamdulillah makcik di putrajaya dh selamat sampai utara. semua pakat nk balik kg

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.