Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Dinosaur Encounter Melaka, Tarikan Terbaru di Zoo Melaka

Hujung tahun, ramai yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga menghabiskan sisa sisa cuti sebelum tahun baru. Selepas boleh merentas negeri, ramailah mula merancang cuti masing-masing.

Bercuti, bercuti juga. Tapi jangan terus lupa covid-19 masih bermaharajalela. SOP jaga, ingat tu!

Apa yang saya perasan, ramai yang bercuti ke belah utara dan Pantai Timur. Tahu tak ada satu tempat yang menarik di Melaka, iaitu Dinosaur Encounter Melaka yang baru dibuka pada 25 Disember 2020 beberapa hari lalu.

Dinosaur Encounter Melaka

Dinosaur Encounter Melaka 

Dinosaur Encounter Melaka merupakan taman dinasour interaktif terbesar di kawasan hutan seluas 5 ekar di dalam Zoo Melaka. Terdapat lebih daripada 100 hingga 150 spesis dinasour yang bersaiz besar dapat dilihat di Dinasour Encounter Melaka.

Dinosaur Encounter Melaka

Ini merupakan presejarah yang paling menakjubkan pernah dibuat dalam sejarah Malaysia. Wow! turut teruja tengok taman dinasour besar dengan dinasour yang banyak. Macam real tengok Dinasaur tu. Ala ala Jurassic Park.

Siapa suka tengok cerita Jurassic World tu bolehlah tengok dinasour secara dekat walaupun bukan real. 

Sebelum ni ada yang kata Zoo Melaka dah kurang menarik, haiwan pun dah kurus kurus kan. Jadi, dengan adanya tarikan baru ni dapat juga menaikkan ekonomi dan sedikit sebanyak membantu Zoo Melaka menaik taraf apa yang perlu. 

Dinosaur Encounter Melaka

Satu lagi yang menarik di Zoo Melaka ada The Valley Of Lights. Boleh juga datang waktu malam untuk saksikan keindahan limpahan dan gemerlapan lampu di Zoo Melaka. Tapi The Valley Of Lights available 1st January 2021.

The Valley Of Lights-Zoo Melaka

The Valley Of Lights

Harga Tiket Zoo Melaka

Harga Tiket Zoo Melaka

Aktiviti Menarik di Zoo Melaka

Animal Attraction
Petting Zone
Flying Monkey
Dinosaur Encounter - New attraction

Services

Tram Ride
Buggy Ride

Kids Strollerwaktu operasi : 9:00 AM - 5:00 PM
website : www.dinosaurencounter.com.my
contact : 03-2089 3400
email : info@dinosaurencounter.com.my

 Zoo Melaka Ayer Keroh
 +606 2323 900
 www.zoomelaka.gov.my

kredit info & photos : Dinosaur Encounter

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik juga tu. Kesian zoo-zoo sebelum ni, kena tutup, camana nak ada income bagi binatang makan, kan. Sampai ada program adopt haiwan zoo.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Thanks share. Saya peminat dinosaur, walaupun takut cicak. Haha. Harga pun lagi murah berbanding zoo negara.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa!!! antara zoo yg paling anak² kakmim suka ialah zoo melaka

    ReplyDelete
  4. waaaa kenapa jauh sngt.. nak pergi huhu i always love ZOO

    ReplyDelete
  5. Penah pegi sekali je. Letih giler kaki ni besar btol tempat. Tp next time nak dtg lagi la da ada dinosaur park ni. Ank suka dinosaur

    ReplyDelete
  6. Baru sahaja pergi 2018, sudah ada tarikan baru.
    Kurus ke binatang? Hehe dahulu pergi rasa biasa sahaja.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.