Drama Penjara Janji Lakonan Alif Satar dan Azira Shafinaz

Drama TV3 Bersiri PENJARA JANJI lakonan utama Alif Satar dan Azira Shafinaz. Penjara janji episode 1 akan mula bersiaran pada 12 April 2021 di Slot Samarinda TV3 menggantikan drama ulangan Camelia

Drama Slot Samarinda baru Penjara janji ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin-Khamis, jam 10 malam sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Drama arahan Azman Yahya @Jinggo dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Selamat menonton drama Malaysia terbaru di bulan Ramadhan nanti. Nampak macam ada pengajaran di situ dari sisi kehidupan di penjara. Mungkin ada kisah disebaliknya.

Drama Penjara Janji Lakonan Alif Satar dan Azira Shafinaz

DRAMA PENJARA JANJI

Mula Tayangan : 12 April 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Janjira
Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jinggo
Pengarah : Azman Yahya @Jinggo
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Alif Satar sebagai Rizan
  • Azira Shafinaz sebagai Rozita
  • Esma Daniel sebagai Razlan
  • Syed Ali Murtadha sebagai Azam
  • Fauzi Nawawi
  • Aida Aris
  • Zulin Aziz
  • Aishah Atan
  • Raja Hakim

SINOPSIS PENJARA JANJI

Rizan (Aliff Satar) seorang warden penjara yang berusaha untuk memenuhi hasrat terakhir seorang banduan yang bernama Zulkifly. Zulkifly merupakan seorang banduan yang dihadapkan dengan hukuman mati. 

Dalam pada itu, Rizan berdepan dengan masalah dengan tunangnya Rozita (Azira Shafinaz) kerana terlalu fokus pada hal Zulkifly sehingga mengabaikan Rozita. 

Tanpa pengetahuan Rizan, Zulkifly adalah bapa kepada Rizan yang tidak pernah ditemuinya.

2 comments:

  1. drama baru dah.. huaa.. byk drama lain tak habis marathon lagi ni

    ReplyDelete
  2. Minat dengan azira tu.. comel. alif satar pun suka gak. hoho

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.