Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Kuasa Cintamu Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Alhamdulillah. Tumpang gembira bila penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza (TokTi) umumkan berita sedang hamil anak kedua. Aafiyah bakal jadi kakak! Dalam hari yang sama pengumuman dibuat, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga melancarkan Muzik Video Kuasa Cintamu. 

Lagu Kuasa Cintamu karya ciptaan Melly Goeslow dan lirik tulisan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri. Lagu Kuasa Cintamu jugaa salah satu lagu yang ada dalam album terbaharu ManifestaSiti2020 yang didedikasikan buat Aafiyah. Muzik Video Kuasa Cintamu sangat istimewa dengan menampilkan anaknya, Siti Aafiyah.
Kuasa Cintamu Dato’ Sri Siti Nurhaliza
sumber : google



Bukan hanya tu, penggambaran Muzik video Kuasa Cintamu juga sangat mencabar kerana penggambaran dalam satu urutan tanpa henti. Tak ada cut cut gitu. Dalam masa yang sama tukar persalinan dalam beberapa saat je. Dari baju kuning ke baju merah. 

Satu Muzik Video yang menarik, penceritaan kehidupan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dari kecil sehingga kini memiliki Aafiyah. Kalau Datok' K ada sekali dalam muzik Video, pasti lagi menarik dan boleh jadi kenangan terindah. 

Lirik Lagu Kuasa Cintamu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Penulis lirik : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Melly Goeslaw

Ku mengkhabarkan pada awan
Jangan terus jadikan mendung
Kerna alam ingin cahaya
Untuk terus hidupkan terang

Semenjak aku menatapmu
Hilang pandang hatiku galau
Tak pernah lagi lelap tidurku
Tanpamu mengiring pejamku

Kehadiranmu
Seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah Kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku jatuh
Jatuh cinta
Jatuh cinta lagi

Hebatnya kuasa cintamu
Engkau mendengar rayuanku
Telah kau kirim cinta ini
Kubahgia kini kau di sisi

Kehadiranmu seperti
Tak mungkin bisa terjadi
Telah kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu (dari dulu) kumenunggu, woo
Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku

Post a Comment

26 Comments

  1. Best lagu ct ni... teringat dengan anak² sendiri bila dgr lirik lagu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sangat dekat dengan orang yang kita sayang.

      Delete
  2. Seronok tengok Dato'Siti kan...bertambah rezeki dah..x kisah la walau lambat sikit dikurniakan anak janji ada zuriat kan...

    ReplyDelete
  3. Oh baca posting Faizah baru tau Tokti pregnant anak kedua.
    Boleh la Kak pujuk nak bagi Abby adik hehehe...

    ReplyDelete
  4. baru tgk semalam petang..comei!!!

    ReplyDelete
  5. Banyak orang kutuk MV ni. Tapi ai ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah ada yang tak suka tu..kann, MV ni okay je :)

      Delete
  6. best lagu nie..dia buat lirik mengenai kisah hidup dia..

    ReplyDelete
  7. nanti layan..internet slow sikit skrg ni huhu

    ReplyDelete
  8. Okay not bad juga la lagu ni :) utk aafiya :)

    ReplyDelete
  9. Cantik kehidupan Datuk Siti. Teratur di atas jalan-jalan beronak dan berduri. Ada yang suka ada yang membenci. Itulah kehidupan anak seni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak amie. jalan hidup kita semua tak pernah sama. ada pahit manisnya :)

      Delete
  10. suara dia tetap mantap kan , lagu genre apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara tak pernah tak mantap kan. sedap didengar.

      Delete
  11. Ada tengok kat twitter Alan dia share pasal cara MV tokto ni dibuat. Memang dasyat, semua kena serba pantas

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah boleh dirasai bahagia yang dikongsi dari lagu ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.