Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Hidangan Udang Galah. Wajib Ada!

Alhamdulillah selamat sampai kat kampung. Belum sempat panas bontot. Kena keluar semula bawa abah keluar ambil ubat kat Poliklinik Kesihatan. Ikutkan boleh je keluar tanpa abah sebab nak ambil ubat je kan. Tapi abah mengadu sakit perut cirit birit katanya sejak semalam.

Mujur masa sampai tak ramai orang. Lepas waktu rehat sesi petang. Lepas jumpa doktor, buat urine test juga. Dah ambil monthly ubat dan ubat sakit perut. Settlekan urusan satu lagi. Dah settle dua dua , singgah beli kuih dan buah buahan abah nak makan.

Layankan je selagi dia berselera nak makan. Nanti dia tak selera makan. Kita juga susah hati nak pujuk makan memang payah. 

Perut dah berangin teruk sebab tak makan tengahari lagi. Mujurlah dalam perjalanan dah makan roti alas perut.

Balik rumah lepas selesai segala urusan abah mak, sampai rumah lebih kurang 3 ptg. Masak kejap. Mak dah siap siap keluarkan udang galah sebelum keluar tadi.

Tukar baju terus memasak kat dapur. Masak udang galah tumis berlada,  hidangan yang wajib ada setiap kali balik kampung. Favourite sepanjang zaman. Dari kecil sampai besar tak pernah jemu makan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Mak abah tahu favourite anak bongsu dia ni. Nak suruh balik kampung, dia pancing kita cakap ada udang galah. 

Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Kat kampung tak dapat nak styling beria untuk food photography. Mana yang sempat dan seadanya je lah. Tak pasal ada yang bising lambat makan nanti. Biasalah kamera makan dulu. Haha

Suka udang galah sungai sebab rasanya manis dan sedikit kenyal isinya. Kena masak pedas baru sedap. 

Udang Galah Tumis Berlada

Tumiskan cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup yang dah ditumbuk. Tumis garing, masukkan udang, asam keping dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan masak. Lebih kurang gitu lah kaedah masak udang galah tumis berlada masak cara Fiza.

Nanti Fiza sambung blogwalking ye. Sempat blogwalking beberapa blog je ni. Esok esok sambung lagi.

Post a Comment

13 Comments

  1. Sedapnyaaa... moga dipermudahkan segala urusan yooo

    ReplyDelete
  2. Bestnya makan udang galah. Besar pulak tuuu. Memang senang nak dapat eh area kampung Fiza? Masakan kampung la the best di duniaaaaa :)

    ReplyDelete
  3. Besornya udang galah, Fiza. Nyummy! :D

    ReplyDelete
  4. adoi.. lapar pulak tgk udang galah ni fiza... selamat bercuti di kpg ye

    ReplyDelete
  5. Besarnya udang tu. Puas makan

    ReplyDelete
  6. Udang galah ini macam makanan mewah juga. Oh ada udang galah sungai. Makan sejak kecil!

    ReplyDelete
  7. Besarnya udang galah tu Fiza 😍... masakan mak sememang nombor 1...

    ReplyDelete
  8. besarnyaa..tapi kan.. for me, i tak berapa suka udang besar2.. suka yg kecil2 hehehe

    ReplyDelete
  9. Fiza..gambo gini pun cantik juga okey!
    fiza shoot mcm mana pn mesti menarik! :)

    udang galah, boleh tgk jela..xleh mkn huhuuu

    ReplyDelete
  10. Bestnya balik kampung. Dapat makan udang sungai yang fresh, hilang letih!

    ReplyDelete
  11. eh eh menariknya cara fiza masak udang galah ni..mak akak biasanya rebus ngan serai aje..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.