Filem Bikin Filem

Saturday, December 12, 2020

Filem 'Bikin Filem' dah ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 5 November 2020 lepas. Ada yang tonton Filem Bikin Filem ni? Tengok dari teaser tu macam kelakar je.

Ya, Filem Bikin Filem adalah filem komedi lakonan Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Hamid dan ramai lagi.

Menurut pengarahnya, Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler) filem bikin filem diperam 10 tahun lamanya dan ianya berjaya di tayangkan pada bulan lepas.

Menariknya, filem Bikin Filem ni mendedahkan kepada penonton bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

Filem Bikin Filem


Filem : Bikin Filem
Tarikh Tayangan : 5 November 2020
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler)
Penerbit : Empire Film Solution

Pelakon Bikin Filem

Sherry Alhadad
Sharifah Sakinah
Erra Fazira
Scha Alyahya
Azhan Rani
Zain Hamid
Amerul Affendi
Mark Adam
Azrel Ismail
Azhar Sulaiman
Jasmin Hamid
Syazwan Zulkifly
Kodi Rasheed
Kamarool Hj Yusoff
Ucop

Sinopsis Bikin Filem

Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

14 comments

  1. Saya dah tengok, tapi mungkin saya expect lebih tang lawak tu, jadi macam frust sikit. Silap saya la kot sebab ingat ni cerita kelaka haha.. overall nice story ni ��

    ReplyDelete
  2. Wah sepertinya bagus ni filmnya hehe

    ReplyDelete
  3. movie ni kelakar tapi sayang lah pendek sangat!

    ReplyDelete
  4. Lama juga ya filem ini disimpan. Akhirnya keluar juga.

    ReplyDelete
  5. Macam best jea filem nie, tapi tue lah, akak xde astro so, nak kena tunggu tayang kat tv jea la.. hihihi

    ReplyDelete
  6. lama tak tgk pelakon2 lama dlm filem ni..

    ReplyDelete
  7. Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah filem sebelum ditayangkan. Dulu, waktu bujang pernah ikut kursus terbitkan drama pendek. Adooiii... tak tidur bermalam-malam, banyak sangat kerjanya. Akhirnya, dapat sijil tapi terus lupakan dunia penerbitan.

    ReplyDelete
  8. pelakon pelakon dia nmpk best best, hope jalan cerita pun best

    ReplyDelete
  9. Tak dan tengok lagi. Tapi berkenan nak tgk sebab pelakon-pelakonnya

    ReplyDelete
  10. macam kelakor je ni sebab ada Azhan Rani..haha

    ReplyDelete
  11. Akak tak tengok lagi filem ni. Azhan Rani pelakon yang bagus.

    ReplyDelete
  12. filem bikin filem..menarik betul tajuk dia fiza ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.