Pokok Daun Bawang Nan Sepi

Wednesday, December 02, 2020

Harga bawang merah dah mahal sekarang ni uii. Jadi topik hangat mak mak sekarang ni. Masa sembang dengan kakak on the phone haritu dia bising merata mencari bawang. Kedai ke kedai mencari bawang tak ada, sudahnya dia beli bawang holland. Syukur ada juga bawang nak memasak.

Kenapa Harga Bawang Merah Mahal?

Dah dah jangan membawang! Kenapa bawang merah (shallot) mahal sekarang ni? Kenaikan mendadak harga bawang merah India sekarang ni sebabnya kekurangan bekalan dari Negara India berikutan musim tengkujuh disana.

Tapi harga bawang import dari negara lain seperti Thailand, Pakistan dan Indonesia, harg kekal pada kadar yang sama. Kesimpulannya, harga bawang india je naik harga kalau dibaca daripada petikan berita tu.

Boleh tak nak cakap, jenis bawang ni tak tahu sangat dari India ke Thailand ke. Yang tak tahu bawang besar, bawang merah kecil dan bawang holland. Dari negara mana tak ambil peduli pula. Janji ada bawang. Apalah rasa masakan tanpa bawang merah. Hambar!

Baru baru ni pun beli bawang susah nak dapat bawang elok. Banyak bawang yang kulitnya ada tak ada je. Ada yang dah dikupas kulit campur bersama bawang dengan ada kulit. Paling tak suka beli bawang macam tu. Tapi dah tu je yang ada, kita ambil je lah daripada tak ada bawang lansung.

Bila membeli bawang yang kurang elok ni, cepat busuk. Kadang tak sempat guna habis dah bertunas. Kalau bertunas tu tak elok dimakan katanya. Betul ke? Ke bahaya makan kentang bertunas je? Kena kupas lagi tu topik tu.



Daun Bawang Merah

Cara selamat, bila bawang merah dah bertunas tu, masukkan dalam pasu kecil dan biarkan dia membesar. At least daun bawang yang tumbuh tu boleh diguna pakai dalam masakan. Campur dalam nasi goreng ke sup sedap ni. Boleh petik sehelai dua.

Tu diaa daun bawang merah nan sepi keseorangan semakin membesar. Banyak juga ada tu. Tak keseorangan sangat sebab masih ada pokok bayam brazil letak jauh sikit dari pokok daun bawang ni. Itu je tanaman sayur yang masih ada letak kat dapur.

Daun kari dah pindah letak kat luar tapi dalam laman rumah sekangkang monkey tu. Tanaman sayuran tak suka tanam kat luar pagar rumah terutamanya belakang rumah sebab dah banyak kali nampak kucing kencing kat serai dan daun pandan jiran. Jiran pun tak tanam dah serai belakang rumah. Mati agaknya pokok serai tu sebab dah banyak kali kena kencing kucing.

Kucing ni kalau dah biasa membuang kat satu tempat, memang kat situ lah port dia. Kadang anjing pun lalu lalang belakang rumah. Itu yang malas tu nak letak tanaman sayur luar rumah. Ada kawasan tanah luas mesti seronok menanam pokok macam kat kampung. Rindu kampung haihhhh...

13 comments

  1. takpe je makan bawang betunang, tapi dah cun sangat nak buat daun bawang tu hehe

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH KAK ANDA PEMENANG TOP PENGOMEN BULAN DISEMBER DI BLOG RABIA.NANTI BACA TAU MY ENTRY.ASSALAMUALAIKUM <3

    ReplyDelete
  3. Kat sini pn bwg merah kecil2 tu takde.. bwg holland je yg ada.. kakmim x brp suka masak guna bwg merah holland tu

    ReplyDelete
  4. Kat Sabah orang dulu rajin juga tanam bawang merah ni. Kekadang ada warga emas jual Bawang merah local grown tapi Jarang2 jumpa di tamu. Siap Kak ada tanya cara diorang menanam. Malaysia pun ada potential boleh tanam bawang merah macam area Sabah tapi tak berapa ada initiatives yang diberikan oleh Kerajaan banding tanaman lain kut.
    Bagus juga kalau ada area potensi scout buat tanam Bawang sekurangnya kita boleh kurang reliance on import goods.
    Area Kundasang pun ada potato local grown untuk pasaran tempatan.
    Masa PKPB ni kalau ada rezeki ke Kundasang biasa Kak singgah Bundu Tuhan beli local potato.
    Support barang2 local.

    ReplyDelete
  5. betul fiza..nnt boleh la shida cuba tanam juga :)

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang kena beli bawang Holland apabila bawang besar tiada.
    Memang satu keperluan bawang ini. Kena cari kalau sudah habis.
    Akak suka guna banyak bawang sedap sedikit masakan.

    ReplyDelete
  7. bawang pemanis, penyedap masakan...kat rumah, kucing cakar pot tempat tanam pokok..sedih tgk pokok habis terburai.....

    ReplyDelete
  8. bawang merah india tu lagi sedap dari yang indonesia..indonesia punya kaler dia pun pucat aje dan bijinya bujur2 berbanding bulat2..

    ReplyDelete
  9. betul, bawang merah mahal betul skrg ni, klu boleh tanam sendiri better tanam sendiri kan

    ReplyDelete
  10. Bawang merah yang dah ada akar dalam, belah dua, dan keluarkanlah yang hijau tu. Tapi kalau dah besar sangat akar dalam bawang, cucuk jugak ke tanah, macam Fiza. :)

    ReplyDelete
  11. Petang tadi Encik Suami ajak beli barang dapur. Dia pergi tempat bawang, Kak Amie pergi tempat rempah. Dia datang bawa bawang putih dengan bawang besar holland. Katanya, tak jadilah ambil bawang merah, sekilogram RM25. Kak Amie pun kata, tak beli pun tak apa. Kita guna bawang besar jew.

    ReplyDelete
  12. tak pernah menjadi tanam pokok bawang ni. mula tanam tu naik elok je daun dia tertiba kecut, tak tahu kenapa..haha

    ReplyDelete
  13. Kalau rumah akak ni kucing suka melompat atas pasu .t u yang susah nak tanam.diaoarang main kejar2.habis pokok2 yang akak tanam.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.