Header Ads

Chicken Buttermilk Vs Cendawan Tiram Buttermilk

Chicken buttermilk atau cendawan tiram buttermilk? Dua dua saya suka! Memandangkan isi ayam yang diasingkan semakin membanyak, encik suami request buat chicken buttermilk. Daging ayam potong nipis sikit, goreng salut tepung bestari rangup rangup kemudian buat sos buttermilk.

Kenalah kita buat dari asasnya. Biasanya beli popcorn atau ayam dah bersalut dan tinggal sediakan sos buttermilk je. Isi ayam ni kalau tak buat buttermilk, buat menu chicken slice black pepper  throw throw (campak-campak).

Kena masak begitu baru laku isi ayam. Takpun jadikan rencah untuk masakan bergoreng macam nasi goreng ke, mi goreng ke kan.

Chicken buttermilk kali ni sosnya kurang pulak, agaknya terlalu pekat saya letak mushroom powder sekali. Biasa tak letak. Saja nak improvise resipi.

baca juga : resipi chicken buttermilk

resepi chicken buttermilk

Alang-alang nak buat chicken buttermilk, saya cuba buat sekali cendawan tiram buttermilk jugak. Kaedah yang sama. Kena goreng dengan tepung bestari dan curahkan sos yang sama. Cuma tak beria kacau rata sebab tak nak kegaringan cendawan tu berkurangan.

cendawan tiram buttermilk resepi

Masak buttermilk ni kena makan sementara masih panas. Dah sejuk jadi kurang sedap dan kurang garing. Masakan buttermilk ni cepat muak. Kena tambah extra cili dan daun kari baru tak rasa muak sangat. 

40 comments:

  1. aah kan... bahagian isi ayam ni kena goreng camni.. kalau tak, tak laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kakYan, kalau tidak terbiar sepi tak laku. huhu..Masak macam ni laku sikit :)

      Delete
  2. cendawan tiram buttermilk tak pernah cuba lagi. boleh buat nanti. hari tu dah terpengaruh dengan Fizah, beli baby siew pak choy. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah cuba Sal. hihi..terpengaruh sudah. Sedap kan baby siew pak choy :)

      Delete
  3. Terpesona dengan gambar-gambar Fiza. Berseni sungguh.

    ReplyDelete
  4. Akak suka je buat macma ni tapi tu la..Pak Zain ngan Mak Pah x suka..ye la diorang tekak orang kampung kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu kak, tekak orang lama tak suka macam ni. Memang takdenya dorang nak jamah pun. Buat macam ni kalau teringin nak makan atau ada yang order je :)

      Delete
  5. aduyai lapar tgk menu ni. jap nak pimakan dulu laa

    ReplyDelete
  6. Perghhh tengok pun dah tau sedap, kecurrr pulak nengoknyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kena dengan selera.
      Apa lagi sis lin, jangan lupa masak nanti :)

      Delete
  7. Sedapnya. Nanti nak try jugalah cendawan tiram tu.

    ReplyDelete
  8. suka masak buttermilk mcm ni, tapi bebudak x suka. so bila nak makan beli je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang je makan memang beli je lah senang kan.

      Delete
  9. buttermilk ni akak suka makan panas-panas kalau sejuk macam dah pekat sangat lak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Kak Dana. Kena makan panas panas baru sedap. Kalau sejuk tu hilang sikit rasa kesedapan tu.

      Delete
  10. Sedapnya buttermilk ayam dan mushroom. Tak beli - beli lagi tepung bestari, buh dalam list dah. ni pun nak klik resepi buttermilk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat cepat beli tu kak. Ada tepung bestari senang kerja masak masakan bergoreng celup tepung ni :)

      Delete
  11. Sedapnya Fiza!
    Betul tu, kena makan time dia masih panas-panas dan kena bagi pedas sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kena makan panas panas dan pedas sikit baru sedap tak muak.

      Delete
  12. Tengok chicken buttermilk Fizah ni teringat Abang Farid yang suka sangat makan. Sewaktu balik ke LD hujung tahun lepas, selalulah dia suruh wife dia masak menu begini di rumah kami. Dia yang ajar wife dia masak chicken buttermilk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh favourite Abang Farid. Raja ayam. Bagus dia ajar wife masak, baru lah ikut selera dia. Tak jemu pulak dia makan ayam. Hihi...

      Delete
  13. throw throw pun look delicious🤭🤣

    ReplyDelete
  14. Isi ayam di rumah ini selalu buat rencah. Hehe menarik tapi betul kalau tiada unsur pedas memang tidak jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat rencah pun okay je. janji laku :)
      Betul, kalau tak pedas memang cepat muak.

      Delete
  15. Tambah extra cili tu memang setuju.. Supaya tak muak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kaksha, kalau tak letak tak boleh pergi jauh. Mungkin tak habis jugak. huhu

      Delete
    2. tu la sebab nya aida berfikir nak masak ni fiza.
      yg makan nyer tak ramai. then kalau tak habis, sayang!!!
      most of the time, aida buat ayam popcorn je.

      Delete
    3. Popcorn pun okay jugak tu. Asalkan stok isi ayam laku habis dimakan :)

      Delete
  16. betul fiza. kena makan panas2.
    baru la kerangupan ayam tu terasa.
    and the milky part tu sedap rasa.

    nurin ada request aida buat ayam buttermilk ni.
    tak buat2 lagi. sebab asben and izzat tak makan.
    memang amat malas nak buat byk lauk :) ha ha ha ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, panas panas garing dan melting tu penting menjamin kesedapan. Kena buat sikitlah gitu kak. Menu tak susah :)

      Delete
  17. isi ayam tu blend jadikan your own homemade nuggets pun ok..lagi sihat dan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang makan nugget kak. Itu yang rasa macam malas nak buat. Better buat lauk cepat sikit masaknya.
      Terima kasih share idea :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.