Header Ads

Hasil Tinggalkan Komen Di Blog Nonasani.com Sepanjang Tahun 2021

Tiba-tiba dengar macam bunyi kereta berhenti dan bagi salam. Terus perati kat tingkap. Agaknya lama tunggu saya bersiap, dia tinggalkan parcel je. Lepas tu bunyi notification whatsapp, courier hantar gambar. 

Lahhh...dia campak parcel kat bonet kereta depan. Ish ish ish..kalau barang fragile ni dah lama pecah!

Keluar rumah, perasan satu lagi parcel di tembok. Eh bila masa pulak ada parcel tu kat situ. Bila entah courier hantar. Parcel tu cerita entry lain lah ye.

Ambil parcel atas bonet kereta, tengok nama pengirim. Ohhh blogger nona sani rupanya yang bagi. Baru teringat dia ada minta alamat haritu sempena dinobatkan sebagai salah seorang top 10 komentator blog nona tahun 2021.

Saya berjaya merekodkan sebanyak 402 komen sepanjang tahun 2021 di blog nona. Maka, inilah hasil tinggalkan komen di blog nona sepanjang tahun 2021.

  • Travel sejadah with pouch
  • Kitchen towel microfibre doublesided colour x 1 sheet
  • 3 ply face mask x 1pcs
  • KF 94 - 4 ply face mask x 2 pcs
  • Serbuk gulai daging x 1 pack
  • Rose Milk Tea x 1 sachet
  • Fridge Magnet Limited Edition Sempena Top 10 Komentators 2021

Hadiah Top Komentator Blog NonaSani

Macam-macam hadiah yang nona kirimkan. Terima kasih nona berkongsi rezeki dengan kami semua top komentator blog nona. Rajin tinggalkan komen banyak-banyak bukan sebab nak ganjarannya. Salah satu cara saya untuk membalas kunjungan blogger yang rajin singgah ke blog saya.

Lebihkan memberi dari menerima, begitulah. Bukanlah mengharapkan ganjarannya. Siapa lagi nak memeriahkan kotak komen kalau bukan blogger sendiri. Saling bertukar tukar komen lah kiranya.

Ada masa dapatlah tinggalkan komen. Kadang sibuk nak jengah pun payah. Tambah lagi kotak komen ni macam-macam ragamnya kan. Sabar je lah.

Bila ada yang sudi berkongsi rezeki, kita terima dengan tangan terbuka. Kadang segan juga bila asyik dapat hadiah.

Alhamdulillah...Semoga nona terus dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminn...

Jom singgah blog nonasani.com

38 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih.
      Lumayan ada macam macam :)

      Delete
  2. Wah,Tahniah Fiza
    Tak sia-sia Fiza jadi peramah & rajin ziarah....

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak. Nanti dari Syu pula bakal menyusul. He2~

    ReplyDelete
  4. Tahniah Fiza ๐Ÿ‘๐Ÿฝ
    Seronoknya dapat hadiah dari kawan2 blog ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak.
      Orang memberi kita merasa :)

      Delete
  5. Tahniah Fizah.
    Memang kehadiran rakan-rakan blogger yang tinggalkan komen menambah meriahkan lagi rumah kita. Siapalah kita tanpa kunjungan mereka kan Fizah. Kak Amie pun nak ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas kesudian Fizah ke rumah Kak Amie. Moga ukhuwah di antara kita sentiasa berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Kak Amie.
      Sama-samalah kita saling kunjung mengunjungi dan semoga ikatan terus begitu. Aaaminn...

      Delete
  6. eh tu mmg fridge magnet eh? try gak tampal tp mcm x melekat plak ehhehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak, rezeki tak pernah salah alamatnya.. :)

    ReplyDelete
  8. wah..congrats! meriah hadiah & semuanya yg sgt useful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak.
      Ye, semuanya akan digunakan sebaiknya :)

      Delete
  9. Hehe betul itu. Membalas kunjungan. Lebihkan memberi komen.
    Tahniah Fiza. Ini perlukan kegigihan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul kak. Rasa seronok bertukar tukar komen dan kunjungan.
      Betul, perlu kegigihan juga :)

      Delete
  10. Alhamdulillahhh.. Terima kasih sudi singgah teratak saya dan tahniah ye.. Betuk jugak tu.. Blogger la yang memeriahkaan kotak komen sesama kita kan.. setujuuuu.. Cuma tuhla.. kadang kekangan masa... Amin untuk doa tu... Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Nona. Terima kasih untuk kiriman dan kunjungan ke sini jugak. Sama samalah kita memeriahkan dunia blogger :)

      Delete
  11. Alhamdulillah . Tahniah .rezeki lagi . Banyak juga kiriman dari blogger nona

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih lyana.
      Itulah tu, macam macam ada :)

      Delete
  12. eh eh adabi buat packagigng baru. Cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak sebab jarang beli brand adabi.
      Menyerlah design dan warna packaging tu kan.

      Delete
  13. tahniah, fiza :)
    menarik sgt hadiah2 semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak Aida.
      Semuanya menarik :)

      Delete
  14. wowww tahniah.. nona ni ain memang kenal sangat. hehehhe.. seorang kawan yang kelakar.. hahahha.. kalau jumpaa mesti selalu tergelakk dengan perangai blur dia. hahhaha. dengan ain ain sekali akan auto blur sama .. ehh , sorryy non .hhahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Haruslah kenal kan sebab geng jdt blogger :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.